🍁17🍁

6.2K 288 10
                                    

Diana memandang dinding. Tak sangka dia akan murung bila lihat yang kejadian semalam akan menjadi topik didalam ignya. Dia menggerakkan badannya ke belakang dan kedepan sambil memeluk lutut. Dan tiba tiba panggilan yang dia tidak mahu angkat buat ketika ini masuk ke phone nya. Dengan perlahan talian diterima.

" Hello.. " Suara Diana kedengaran seperti Zombie. Tiada perasaan dan seolah tidak mahu meneruskan hidupnya lagi.

" I ada tengok kat ig! Sape laki tu?! " Tanya Iskandar. Nada suaranya tinggi dan meminta penjelasan dari gadis itu.

" Haih.. " Keluh Diana. Dia tiada kata mahu bercerita.

" I dah kata you kene tunggu I! Tapi! " Iskandar menahan suaranya dari menjerit.

" Haih.. " Keluh lagi Diana.

" Pfft..! "

" Pfft!! "

" HAHAHAHAHAHAHAH" Mereka berdua tertawa bersama. Iskandar paling kuat ketawa sambil memegang perutnya.

" So. Dia orangnya? " Tanya Iskandar. Diana mengangguk lemah dan lupa Iskandar tidak dapat melihatnya jadi dia hanya bergumam.

" Aku ingat kau nak marah. " Kata Diana. Bibirnya tersungging senyuman tipis. Antara mereka tiada apa apa. Semuanya lakonan.

" Come on! Kita buat tu semua atas kerja. Tak sangka dah sampai sini. Kita partner kan! " Kata Iskandar dengan nada ceria. Lelaki itu memang ceria. Namun lelaki itu amat berwibawa ketika menjalankan tugasnya. Dan 3 tahun lelaki itu membantunya. Dia amat berterima kasih.

" Hm.. Thanks "

" Welcome! Jangan lupa buat kerja kau. Boss dah bising" Bila Iskandar menyebut perihal bossnya. Diana mengeluh kecil.

" Ye.. Aduh.. Kau pon sama. Belajar lek lok. Sambil tu jangan lupa kerja kita. " Pesan Diana.

" Beres! Bye partner! "

" Bye partner. "

🍁❤🍁

Shahrul berdiri tegak dihadapan pintu bilik Diana. Dia berkira kira mahu mengetuk. Akhirnya dia memilih untuk mengetuk pintu bilik Diana dan sebelum dia buat. Phone nya berdering.

" Assalamualaikum. Tuan. " Komander Saif menelefonnya. Shahrul menjeling pintu bilik Diana sebelum dia turun kebawah.

" Waalaikumsalam. Saya nak team kamu berkumpul. Sekarang. " Arah komander Saif.

" Baik tuan! " Talian diputuskan dan mata Shahrul masih memandang pintu bilik Diana yang tidak terbuka sebelum keluar.

Diana keluar dari bilik bila mendengar enjin kereta Shahrul berbunyi meninggalkan perkarangan rumah.

" Deh.. Asyik asyik keluar. Macam mana aku nak buat kerja aku? " Diana mengomel pada diri sendiri. Kaki diangkat ke dapur untuk mengambil aiskrim lalu kembali di ruang tamu. Phone dimainkan sebelum panggilan sekali lagi masuk. Nama pemanggil yang Diana tak sangka akan menelefonnya.

" Fakhrul? Asal kau call? Selalu Huzair yang Call kalau nak buat video? " Pelik. Sememangnya tugas Huzair akan memanggilnya kerana dia seorang yang mempunyai nombor Phone milik Diana. Bagaimana lelaki itu mempunyai nombornya?

" Ah.. Herm! Huzair suruh aku Call kau. Dia ada kerja. Datang lah. Tempat biasa. " Diana memandang jam di dinding. Pukul 11 pagi.

" Hm.. Okey lah. Tunggu aku kat sana. " Diana masuk kembali kedalam bilik untuk mengambil barangnya dan keluar dari rumah. Pintu rumah dikunci dan dia tidak perlu risau kerana Shahrul mempunyai kunci spare. Matanya sempat menoleh kemuka pintu rumah sebelah untuk mencari kelibat Syazwan. Lelaki itu sudah lama tidak datang bertandang dirumah. Mengingatkan hari ini hari sekolah. Pasti lelaki itu masih di sekolah.

Diana berjalan jalan santai. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Tiada apa yang perlu dicurigakan. Sebelum langkahnya berhenti. Matanya menangkap kelibat yang membuat darahnya menggelegak. Menuju ke tempat mereka selalu lepak.

🍁❤🍁

Shahrul duduk di sebelah hanif dan cuba memberikan sepenuh perhatian pada apa yang komander Saif katakan.

" Squad Leo memberi laporan yang sekarang mereka sedang bermaharajalela melakukan perdagangan manusia. Dan jumlah penculikan semakin meningkat. Kita perlu bertindak segera. " Kata komander Saif dengan suara tegasnya. Tangannya memegang remote untuk menggerakkan paparan dari projectornya.

" Tapi sebelum itu. Saya nak kamu melakukan undercover dan mencari orang orang dillo yang sedang merayau mencari mangsa mereka. Dan jika menjumpai mereka. Tembak bila perlu. " Arah komander Saif lagi. Team blue Alpha terangguk angguk faham dengan arahan yang diberikan.

" Dan selepas itu. Saya nak kamu kembali ke markas untuk misi kamu. "Shahrul meneguk liur. Misi ini pasti lama dan dia akan meninggalkan Diana. Hatinya terasa berat. Jika selalunya dia akan bersemangat pergi ke misinya. Kali ini hatinya berbelah bagi. Lagi lagi keadaan sekarang banyak perculikan berlaku. Perculikan itu berlaku tanpa mengisahkan latar belakang. Random. Dan kalau Diana yang -- Shahrul menggelengkan kepala. Dia sepatutnya berdoa agar gadis itu sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT. Namun perasaan risau, bimbang, takut kehilangan seseorang menebal.

" Kau okey tak? " Tegur Hanif bila mereka semua sudah keluar dari bilik mesyuarat dan ahli yang lain sudah cuba menyedarkan Shahrul dari termenung.

" Ha? Aku okey. " Shahrul memberikan anggukan kecil dan tepukan di bahu Hanif. Menyedapkan hati lelaki itu yang dia baik baik sahaja.

" Oh~ takut Rindu orang rumah lah ni~ lek.. Kita ada lagi 4 hari sebelum pergi misi. " Hanif tersenyum nakal membuatkan Shahrul memusingkan matanya dari Hanif.

" Eh kau ni. " Shahrul mahu marah namun dia ketawa. Hanif ikut ketawa dan Shahrul terasa berat yang menimpa dirinya perlahan lahan pergi. Gadis yang mula menempatkan tempat di hatinya seorang yang kuat. Dia yakin gadis itu tidak akan apa apa.

🍁❤🍁

Fakhrul memandang belakang badan orang yang sudah lama membuatkan dia gila. Dia mahukan gadis itu dan mengetahui gadis itu sudah berkahwin bila dia melihat cincin yang tersarung dijari manis gadis itu membuat hatinya terbakar. Hanya dia yang boleh memiliki gadis itu. Hanya dia. Dengan perlahan lahan. Kain hitam yang dia sudah letakkan dengan gas metana dan dia pantas menekup mangsanya dengan kain tersebut. Dia menggelupur untuk dilepaskan sebelum dia lemas lalu pengsan.

Fakhrul sudah tersenyum kemenangan. Hanya satu langkah lagi sebelum gadis itu akan menjadi miliknya . Selamanya.

Tubuh kecil itu diangkat lalu masuk kedalam satu ruangan bilik lalu diikat dikerusi. Perlahan lahan tidak mahu mencederakan gadis itu. Sebelum tiba tiba muka bertemu dengan kaki gadis itu. Ikatan yang belum sempat siap diikat kemas dibuka dengan mudah oleh gadis itu. Senyuman yang terpamer bukan seperti selalu. Membuatkan Fakhrul tersedar sesuatu. Tangannya menyentuh wajahnya yang mula sakit dan dia tidak dapat berkata apa apa bila kepalanya dihentak kedinding. Kepalanya muka berdarah dan dia mula pening.

Fakhrul jatuh kelantai. Dia cuba mendongak untuk melihat gadis yang sedang tersenyum sinis sambil tangannya memusing musingkan objek yang membuatkan dia membulatkan mata. Dia cuba bangun sebelum kakinya mengalirkan cecair merah kerana ditembak. Lelaki itu menjerit sakit. Kuat. Namun tiada siapa dapat membantu. Dia menyesal. Dia tidak kenal gadis ini.

" Kau!? "

🍁❤🍁

Tbc..






Andweaaaa!! Ini tak sepatutnya jadi macam ni!! Help me!! Part Iskandar tu. Author tak rancang macam ni. Tapi nanti jadi banyak konflik. Sebab author mula mula buat Iskandar akan balik and lamar Diana then! Bang!! Shahrul meletup sebab jeles.! And citer ni totally action. Macam x de langsung sweet dari pada asal yang authir rancangkan.. Huhu.. Nak nangiss!!

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Where stories live. Discover now