🍁18🍁

6K 281 29
                                    

Shahrul berjalan jalan perlahan. Mengikuti targetnya yang memakai skarf biru. Kelihatan itu simbol Dillo. Alat penghubung di telinga dipegang kerana takut terjatuh ketika dia melakukan undercover.

" Target tak buat apa apa. Nampak macam dia dah perasan aku. Get ready semua. " Kata Shahrul. Dia sebagai ketua cuba bertindak tenang supaya dia dapat berfikir dalam keadaan begini. Hanif bersedia dihujung taman. Faiz duduk di bangku dan sibuk memasuki sistem CCTV di kawasan taman tersebut. Dani dan Adib bersedia didalam kereta.

Shahrul sedikit tidak fokus kerana lelaki lelaki Dillo sedang merayau dikawasan perumahannya. Diana pula sering keluar tanpa memberitahunya membuatkan dia sedikit cemas dengan keadaan sekarang.

" Big Boss! Target dah jauh dari Big Boss! " Kata Hanif menggunakan alat penghubung. Shahrul dengan cepat mencepatkan langkahnya kerana membiarkan target jauh. Dia tidak sepatutnya terganggu dengan fikirannya dalam keadaan begini.

Sepertinya target sudah perasaan yang dia sudah diekori menyebabkan dia berlari.

" Beta! Target dah lari. Ready! " Beta, nama samaran kepada Hanif. Hanif dengan cepat mencari kelibat yang sedang berlari ke arahnya. Dia menunggu lelaki itu melintas dihadapannya sebelum bertindak.

100 meter..

Kaki lelaki itu ditahan lalu terjatuh.

" Maafkan pakcik nak.. " Kata Hanif yang menyamar menjadi seorang pakcik tua. Lelaki yang terjatuh itu mendecih dan sebelum lelaki itu dapat bangun, Hanif memukulnya dengan tongkatnya.

" Eh.. Nak!! Maafkan pakcik nak.. Pakcik nampak macam ada sesuatu kat kamu tadi.. Maaflah.. Pakcik dah tak nampak.. " Kata Hanif masih lagi dalam lakonannya. Dia melihat yang Shahrul hampir dengan mereka.

Lelaki itu bangun dengan berang dan dia melihat yang Shahrul menghampiri mereka. Hanif ditarik dan diletakkan pisau dileher hanif.

" Jangan dekat! Kalau tak aku bunuh Pak Cik ni! " Ugut lelaki tersebut. Shahrul sudah mendekati dan sempat memberitahu team mengenai keadaan mereka. Faiz sudah mengetahui tempat mereka meminta yang lain menjadi back up.

" Jangan bergerak! " Jerit lelaki itu namun Shahrul masih melangkah. Matanya memandang pisau dileher hanif. Dia tenang. Hanif juga tenang. Memandangkan Hanif antara yang terbaik dalam perlawanan.

Lelaki itu semakin marah dan dia ingin mengelar leher Hanif sebelum tangan Hanif yang di makeup seperti orang tua menarik tangan tersebut.

Tangan lelaki itu dipusing dan Hanif cepat mengunci pergerakan lelaki itu dan tongkatnya dapat dilembutkan lalu dijadikan tali. Shahrul memukul lelaki itu tepat pada leher sebelum lelaki itu pengsan.

" Nice! " Hanif dan Shahrul berhigh five. Ahli yang lain bersorak yang mereka dapat mendengar melalui alat penghubung.Sebelum tiba tiba dia mendengar jeritan.

" Tolong!! TOLONG!! " Shahrul memandang seseorang yang sedang dimasukkan kedalam van.

" Deo! Harry! Back up! " Adib dan Dani yang berada didalam kereta bergerak mengikuti van tersebut.

Shahrul masuk kedalam kereta dan meminta Faiz dan hanif membawa lelaki itu ke markas.

Shahrul memijak pedal minyak sekuatnya supaya kereta bergerak dengan lebih pantas. Kereta yang dipandunya bergerak dengan lancar diselekoh dan mujur jalan sedikit lengang dan ini menjadi peluang pada penculik itu untuk melepaskan diri dengan mudah.

Shahrul meminta Adib dan Dani berada di jalan besar sementara dia mengejar van tersebut di antara lorong lorong .

Mereka meneruskan aksi kejar mengejar. Pedal break tiada guna buat masa sekarang memandang kedua duanya tidak mahu mengalah. Matanya cuba mengingati nombor plate van tersebut dan jenisnya. Sebelum matanya memandang seseorang yang mahu melintas.

Shahrul terkejut lalu dia terpaksa break mengejut. Dia melihat orang itu terjatuh dihadapan kereta. Shahrul keluar dari kereta dengan sedikit berat hati.

" Cik?? Cik okey? " Tanya Shahrul. Gadis yang tertunduk itu mendongak.

" Diana?? Awak buat apa kat sini?? "

" Big boss! Kenapa kau berhenti? Kau dah dapat mereka?? " Tanya Faiz melalui alat penghubung namun Shahrul tidak membalas. Dia lebih fokus dengan gadis yang terduduk itu.

" Auch. " Diana memegang kakinya.

" Awak boleh balik?? Saya ada hal lagi! " Nada Shahrul sedikit tinggi menandakan dia sedikit kabut. Dia masih dalam misi nya jadi dia terpaksa meninggalkan Diana.

Diana bertindak cepat dengan menarik lengan baju Shahrul.

" Auch.. Aku tak dapat bangun.. " Kata Diana bila dia cuba bangun. Tetapi dia kembali jatuh terduduk dengan wajah yang tersakiti.

Shahrul memandang van yang berhenti untuk memandang mereka sebelum berlalu pergi. Shahrul menghentak pintu kereta.

" Deo! Harry! Diorang dah pergi jalan utama! Ready! " Kata Shahrul. Dia memandang Diana sebelum masuk kedalam kereta. Dia buat pilihan. Dan pilihannya..

Kerjanya lebih penting.

Diana memandang kereta Shahrul yang pergi meninggalkannya yang masih terduduk hanya dipandang lama dengan anak mata. Wajah yang ditayang tadi berubah. Senyuman senget terlukis.

Dia bercakap menggunakan alat penghubung.

" Jangan guna jalan utama. Mereka dah tunggu. " Kata Diana dan bila dia mendapat balasan. Dia bangun dengan menepuk bajunya untuk menghilangkan debu. Dia bangun berjalan dengan wajah tenang.

Phone dikeluarkan dari poket phone.

" Is. Boss suruh kau balik. " Kata Diana bila panggilan terhubung.

" Balik? Sekarang? " Tanya Iskandar . Diana dapat mendengar yang lelaki itu mengeluh kecil.

"  Come on.. Kau tak rindu kerja ngan aku ke? Tak rindu partner kau ni? " Tanya Diana dan dia dapat mendengar Iskandar tertawa dengan soalannya.

" Haha.. Aku dengar kau yang semangat sekarang ni. Wokey.. Aku balik. Macam dulu dulu. "

Diana tersenyum nipis sambil matanya memandang langit dan dia menarik nafas.

" Macam dulu dulu. "

🍁❤🍁

Shahrul menghentak meja. Hanif dan Faiz hanya diam. Lelaki itu sering kali begitu jika misinya gagal. Kerana lelaki itu benci kegagalan.

" Macam mana diorang boleh tak lalu jalan utama? Aku dah nampak yang diorang nak pergi jalan utama! " Kata Shahrul bila dia sudah bertenang. Badan belakangnya disandarkan ke kerusi. Dia menarik nafas dalam .

" Tak sangka ini trap! " Shahrul menyalahkan dirinya. Salah dirinya kerana tidak peka kerana itu nyawa orang awam berada dalam bahaya. Dan dia yang berimpian untuk menjadi orang yang berguna buat masyarakat merasakan dirinya tidak berguna setelah apa yang terjadi.

" Kita pon tak sangka keadaan jadi macam tu. Sekurang-kurangnya sekarang. Orang dillo ada ngan kita. Kita boleh dapat maklumat dari dia. " Hanif cuba memujuk Shahrul. Shahrul meraup raup wajahnya dan pangkal hidung dipicit picitnya.

Hanif sebenarnya sedikit terkilan kerana Shahrul tidak dapat mengejar lelaki lelaki tersebut. Dia sudah tahu yang bab bab mengejar Shahrul nombor satu. Dan jarang Shahrul melepaskan target. Namun lelaki itu kelihatan tidak fokus dalam misinya hari ini. Bila ditanya, lelaki itu enggan berbicara.

" Diorang dah bawa lelaki itu ke ruang tahanan. Kita akan jalankan soal siasat nanti " Kata Faiz setelah lama berdiam diri. Matanya tidak memandang Shahrul dan Hanif kerana dia sibuk menaip di laptop nya.

Tiba tiba intercom didalam bilik tersebut berbunyi.

" Dani? " Tanya Hanif setelah dia menekan butang di intercom. Shahrul mendekatkan diri dengan intercom. Menanti Dani berbicara.

" Suspect bunuh diri! "

🍁❤🍁

Tbc...

Erghhhhh.. * Face palm.

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Where stories live. Discover now