🍁22🍁

6.1K 270 27
                                    

Shahrul duduk di meja. Hari ini hari ketiga mereka dalam operasi Undercover. Namun anehnya. Pihak musuh seperti sudah tahu plan mereka. Jadi hari ni tiada tangkapan. Tangannya memusingkan remote diatas meja didalam bilik mesyuarat. Hanif berada disebelahnya hanya berdiam diri. Otaknya bekerja keras berfikir. Apa yang berlaku.

Faiz seperti biasa fokus menaip di laptop. Bunyi papan kekunci ditekan mengisi bilik yang dipenuhi dengan aura stress. Adib dan Dani sekejap memandang kearah ketiga tiga senior mereka. Sudah hampir sejam mereka berada didalam bilik tersebut.

" Erm... "

" Macam mana mereka macam tahu plan kita?! " Tiba tiba Shahrul meletup. Dia berdiri di tepi meja. Memandang kearah teamnya satu persatu. Wajahnya tidak puas hati dan bengang. Hanif dengan cepat menggosok belakang badan lelaki itu lalu bahu Shahrul ditepuk. Menyuruhnya dia duduk. Berbincang dengan tenang.

Mata Shahrul hanya memandang kearah Dani. Firasatnya entah kenapa mengatakan ada sesuatu yang pelik dengan Dani. Bermula hari kedua. Dani menunjukkan perlakuan yang pelik. Dia tidak berapa kenal dengan Dani kerana dia ditukarkan dengan Nazir. Ahli sepasukannya yang awal.

Dia mula merasakan syak wasangka pada Dani. Namun fikiran tersebut dengan cepat dibuang. Mereka satu pasukan. Mesti saling percaya!

" Aku tak rasa yang dia tahu plan kita Shah. Mungkin kebetulan je sekarang ni. " Kata Hanif. Dia memandang Shahrul dan serentak dia teringatkan isteri lelaki itu. Dirinya penuh syak wasangka pada gadis itu. Tetapi disudut fikirannya. Hanif merasakan dia pernah berjumpa dengan gadis tersebut. Persoalannya. Bila?

" Ergh..! " Rengusan marah dari Shahrul. Dia betul betul panas hati. Jaket yang dipakainya dicabut. Tetiba ada sesuatu yang terjatuh. Tangannya mencapai untuk melihat apa yang baru sahaja jatuh dari jaketnya.

" Ladybird? " Shahrul memandang ladybird tersebut. Sekejap dipusing pusingkan. Dia pelik kerana ladybird tersebut terasa keras. Dani yang memandang membulatkan matanya tanpa sedar.

" Eh?! Tu!.. " Kata Dani dengan nada terkejut membuatkan semua mata memandang kearahnya dengan tanda tanya. Dani bangun menghampiri Shahrul dan mengambil ladybird tersebut.

" Kau tahu ke benda tu?" Tanya Shahrul. Dani membelek belek ladybird itu.

" Ni bukan ke alat untuk pengintip? " Semua orang didalam bilik terkedu.

" Macam mana kau tahu? " Tanya Shahrul lagi.

" Saya tahu lah.. Sebab. -" Dengan tiba tiba Dani mendiamkan diri. Tidak menghabiskan ayatnya. Shahrul memberikan pandangan meminta penjelasan.

" Ha.. Erm.. Saya selalu tengok dalam movie.. Haha.. " Kata Dani sambil menggosok belakang lehernya dengan ketawa kekok. Shahrul kelihatan tidak puas hati. Sebelum dia dapat berkata kata. Faiz sudah mencelah.

" Bagi sini. Kalau kau betul. Aku boleh detect location siapa yang bagi benda ni. " Kata Faiz dan Dani dengan pantas menurut. Tidak berani memandang Shahrul yang bercekak pinggang. Faiz mengambil alat tersebut dari tangan Dani dan dia sempat mengerling kearah Shahrul.

Sebelum dia dapat berbuat apa apa. Ladybird tersebut meletup.

" Apakah.. " Semua orang tercengang.

🍁❤🍁

Diana menutup laptop dan menghempas head phonenya. Untung dia sempat meletupkan alat tersebut. Dia bersandar pada kerusi. Melepaskan keluhan lega.

" Macam mana? " Tegur satu suara membuatkan Diana menoleh. Memberikan senyuman tipis sebelum meraup wajahnya.

" Diorang dah tahu. " Jawap gadis itu. Dia menerima mug berisi air Milo dari tangan Iskandar.

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Where stories live. Discover now