Diana membasuh pinggan dan mengelap meja yang sedikit kotor. Kemudian dia bergerak ke biliknya untuk mandi.
Selesai sahaja mandi. Dia perasan pintu biliknya tiba tiba tertutup. Diana tidak ambil kisah kemudian dia mengambil baju apa yang dia mahu pakai. Bajunya banyak hoodie memandangkan di UK dahulu sejuk. Kat Malaysia ni agak agak lah nak pakai hoodie kan? Dia duduk di birai katil sebelum perasaan akan sesuatu.
Telekung bewarna peach lembut tiba tiba sahaja berada diatas katilnya. Mungkin sebab itu pintu biliknya tertutup sebab Shahrul masuk?
Hatinya berbolak balik. Jadi dia hanya merenung telekung tersebut. Matanya memandang note kecik ditepinya.
'Maaf. Saya tak pandai pilih. Harap awak suka. Perlahan lahan okey? ❤'
Diana mengambil telekung tersebut dan disimpan didalam almari. Apa yang yakin. Dalam hidup ini tiada kebetulan. Semuanya takdir. Jadi bermulanya dia pulang ke tanah air dan secara takdir dengan tiba tiba dia menjadi isteri kepada lelaki yang dia langsung tak kenal. Kemudian pelbagai perkara yang buat hatinya terasa dijentik. Lelaki kiriman Tuhan.. Diakah yang akan memimpinnya?
Suara merdu seorang lelaki yang dia dengar di surau itu tiba tiba terngiang kembali membuat perutnya sekali lagi membuat backflip. Tubuhnya meremang. Tertanya tanya kenapa dia rasa begitu. Matanya kembali berair. Ada peluang untuk dia berubah?
Shahrul berdiri di muka pintu dengan meletakkan telinganya ke pintu. Cuba mencuri dengar jika Diana sudah perasan akan telekung tersebut.
Gadis itu boleh berubah. Semua makhluk yang melakukan maksiat di muka bumi ini boleh bertaubat. Mereka hanya perlukan pembimbing.
Keadaan Diana pula mengingatkan dirinya yang dahulu. Namun lebih teruk. Dirinya hampir membunuh. Alhamdulillah dengan tiba tiba sahaja datang insan insan yang muncul untuk membantunya. Gadis yang masih sekolah menengah yang selalu datang bersama abangnya tanpa sedar memberikan semangat kepada Shahrul untuk berubah. Kini dia berubah. Jadi dia perlu bantu yang lain.
Dia tahu. Sebeku beku diri Diana. Pasti ada sesuatu yang dapat mencairkan hatinya. Cuma Shahrul masih lagi tertanya tanya. Macam mana gadis itu boleh berubah?
Shahrul menelefon abang iparnya. Kelakar bila umur mereka sebaya. Namun panggilan tidak diangkat jadi dia membatalkan panggilan tersebut.
Lelaki itu turun ke bawah untuk menonton TV. Menunggu gadis itu turun. Sejam berlalu. Gadis itu masih belum turun.
Shahrul melangkah ke dapur. Mencari sesuatu didalam peti sejuk.
Diana turun ke bawah dan matanya jatuh ke belakang badan milik Shahrul yang sedang menunduk.
" Kau buat apa tu? " Tanya Diana. Shahrul sedikit terkejut sebelum menoleh kearah Diana sambil tersenyum.
" Saya jumpa aiskrim. Awak punya kan? Nak satu boleh? " Diana mendekati Shahrul.
" Hm. Ambil lah. Aku memang beli kan untuk kau. Perisa Chocolat tu semua kau punya. " Kata Diana. Tak dia sangka dia akan tersenyum ikhlas. Tak sedar dia membuat Shahrul terkebil kebil melihat senyuman Diana.
" Erm.. Betul? Terima kasih.. " Kata Shahrul. Dia ambil satu dan selebihnya diletakan kembali kedalam peti sejuk. Diana ambil ais krim Vanilla dan mengikut langkah Shahrul ke ruang tamu.
YOU ARE READING
Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔
AksiDiana. Siapa dia tu? Orang tak kenal. Orang kenal dia gadis brutal nama D. " Wahh.. Kau nak gaduh ngan aku? Meh ah. Tapi aku kasi pilihan. Kau nak aku belasah kau lembut or kasar? Cadangan aku. Kasar lah. Baru best! " - Diana. ...