🍁23🍁

6.2K 271 17
                                    

Derapan langkah pantas menuju ke bilik siasatan. Fikiran Shahrul rasa nak pecah. Hatinya bergelojak ingin mengetahui maklumat apa yang mereka baru dapat. Jauh disudut fikirannya. Dia masih mahu mengetahui latar belakang isterinya. Selama ini dia fikir yang dia sudah mengenali gadis itu. Tidak dia tahu .Gadis itu sedang menyimpan rahsia yang dalam. Dan gelap.

Apa yang disorokkan oleh gadis tu?

Dia melangkah masuk kedalam bilik dimana semua sudah berada dan sedang menunggu kedatangannya.

" Apa yang kita dapat? " Tanpa aba aba Shahrul menyoal. Faiz memandang Dani yang masuk sekali bersama Shahrul. Kemudian kembali memandang laptop nya. Cermin mata dibetulkan.

" Erm. Ni orang yang masuk rumah kau. " Faiz menekan sesuatu dilaptopnya kemudian projector dihidupkan. Lalu paparan muncul di dinding.

" Empat orang ni masing masing dalam satu kumpulan. Dillo" Kata Faiz. Memulakan penerangan. Yang lain mendengar dengan tekun.

" Mereka datang atas arahan dari D. Boss diorang. " Shahrul memandang Faiz. Ketika itu juga Faiz memandang kearah Shahrul seolah tahu apa yang lelaki itu fikirkan. Namun dia hanya berdiam diri dan meneruskan menekan papan kekunci.

Shahrul tak dapat berkata apa apa. Adakah kali ini masih kebetulan?? Dia pernah mendengar gadis itu memanggil peminatnya Dillo. Kemudian memanggil dirinya dengan nama D. Masih kah kebetulan?

" Shahrul pernah menyelinap dalam markas di orang sebelum undercover Shahrul terdedah. Dan ini gambar markas tersebut. Sekarang. Squad Leo tak dapat dikesan. " Paparan gambar markas asal dan kemudiannya markas itu sudah dibakar. Masing masing melepaskan nafas frust. Makin lama makin susah misi mereka. Musuh mereka semakin licik.

" Tapi.. Dalam salah satu baju suspek. Ada satu kertas yang memberikan mesej. Mula mula pandang nampak macam tiada apa. Selepas diselidik kertas tersebut. Ia tertulis. ' Shahrul ' " Serentak semua mata memandang kearah Shahrul. Shahrul merasakan badannya mengeras. Tiada kata yang dapat dia katakan. Dia memandang lantai.

" Apa kaitan dengan Shahrul? " Tanya Adib. Dia yang duduk jauh dari Shahrul cuba memerhati riak wajah lelaki itu. Lelaki itu kelihatan terkaku dan seperti cuba memproses maklumat tersebut.

" Yang peliknya. Suspek mengatakan bukan dia yang menulis mesej tersebut. Malah dia tidak tahu siapa Shahrul memandangkan yang dia kenal Shahrul sebagai nama samarannya. Muaz Irfan. Bukan Shahrul. Dan. Bossnya juga dikatakan belum berada di Malaysia dan dia pasti mesej tersebut bukan darinya. Jadi.. " Faiz mengangkat kepalanya memandang kearah Shahrul yang masih berdiam diri.

" Sebelum tu.. Diana je ada kat rumah.. " Kata Shahrul perlahan namun cukup untuk ornag didalam bilik tersebut dengar dengan jelas.

" Kenapa pula Diana yang buat? " Tanya Adib bila soalan pertamanya tidak dibalas. Seperti mula mula. Soalannya tidak dibalas dan Adib mengalah lalu bersilang tangan. Pasrah.

" Persoalannya dekat sini. Apa maknanya mesej tersebut. Shahrul? " Bilik tersebut sepi. Dani memandang sekeliling sebelum berkata.

" Mungkin angka? " Hanif seperti tersedar sesuatu.

" Mungkin angka! Cuba kita pecahkan satu satu huruf ikut turutan. Macam ni. " Hanif mengambil pen dan mula menulis diatas kertas.

S= 19

H= 8

A= 1

H= 8

R= 18

U= 21

L= 12

" Lepas tu? " Tanya Dani. Hanif berfikir sejenak.

" Maybe tambah? " Kata Hanif dengan nada tidak yakin.

" 87" Kata Shahrul cepat dengan mencongak dalam kepala.

" Apa makna nombor tu pula?? " Tanya Adib. Semua berfikir membuat soalan Adib tidak terbalas. Lelaki itu mengeluh kecil dan menyesal bertanya. Sudah tiga kali dia dipalau.

" Atau kira ikut kosa kata? Shah. Dengan rul. " Cadang Hanif.

" Shah 33. Rul. 51." Kata Shahrul lagi selepas mencongak. Adib mendiam diri tidak mahu bertanya walaupun dia tidak faham apa maknanya nombor nombor tersebut. Yang lain juga kelihatan buntu. Tidak tahu makna nombor tersebut.

" Kalau tolak? "

" 18"

Semua melepaskan nafas serabut. Buntu seketika. Faiz menekan papan kekunci dan gambar surat tersebut terpapar. Semua orang melihat dan mengkaji.

" Kejap kejap! Perasan tak warna tulisan tu lain?? " Tanya Adib dan kali ini semua orang membalas dengan reaksi.

" Huruf H, R, U, L warna dia pekat sikit. " Komen Adib. Semua orang mengangguk. Namun tidak faham.

" Kalau kita ikut angka lagi. Dia akan jadi. 8. 18. 21.12" Kata Hanif. Dia menggosok dagunya sambil berfikir.

" Tarikh? " Tanya Shahrul.

" Tak. Location. " Semua memasang wajah semangat.

🍁❤🍁

Diana tersenyum. Dia dapat mendengar dengan jelas apa yang mereka bincangkan. Disebabkan dia kelihatan gembira Iskandar menegurnya.

" Aku ada balik markas. Boss nak jumpa kau. " Hilang terus perasaan gembiranya.

" Kau ni. Spoil lah. Boss yang mana? " Tanya Diana. Iskandar tersenyum nipis melihatkan gadis itu mula bangun.

" Jom. "

Tidak ambil masa yang lama Iskandar dan Diana sudah sampai ke markas. Bilik mesyuarat berada di hujung koridor. Pintu dikuak perlahan.

" Sherry dah sampai! " Umum seseorang dan Diana memandang dengan senyuman seorang gadis yang sedang berdiri dengan lolipop didalam mulutnya.

" Mana ketua? " Tanya Diana. Pintu tiba tiba dibuka melihatkan ketua. 7 orang yang berada didalam bilik tersebut berdiri tegak bila melihat ketua. Ketua menanggukkan kepala dan membuat isyarat untuk mereka duduk.

" Sherry? " Tiba tiba ketua menegur dengan senyuman. Diana hanya memberikan pandangan menyengetkan kepala lalu ketua mula bercakap.

" Kita straight to the point perjumpaan kita hari ni. Setelah bukti yang mencukupi. Team elit force akan turun padang esok. Kali ini akan diketuai oleh Sherry. " Kata ketua dan Diana mengangguk faham. Iskandar menyiku lengan Diana dengan senyuman mengusik.

" Jadi. Disebabkan Sherry ketua. Saya akan serahkan pada Sherry strategi untuk esok. Saya berikan kepercayaan saya pada Sherry serta kamu semua. " Dengan itu ketua keluar. Kini semua mata memandang kearah Diana. Diana bangun.

Alat bulat yang kecil diletakkan diatas meja. Dengan satu sentuhan. Hologram muncul.

" Okey. Dengar elok elok. Ini bangunan yang kita akan masuk. Dillo bukan sikit. Tapi ramai. Jadi kita perlu berjaga jaga. Sebab itu aku akan bahagikan. Shooter dengan combat. " Kata Diana. Team elit force mendengar dengan tekun apa yang dikatakan oleh Diana.

" Fred, gru, shooter akan ada dekat bahagian sini. " Diana menunjukan dibahagian atas berdekatan dengan bangunan tersebut.

" Combat. Flynn. Dan criss. Combat. Korang akan jadi back up kami. Aku dengan mark akan teruskan penyamaran kami dan kami akan selesaikan dari dalam. " Diana menghabiskan ayatnya. Ahlinya menangguk angguk kepala menandakan mereka faham. Mereka semua handal. Memandang mereka semua berada didalam elit team. Cuma musuh mereka hanyalah kesalahan dan keadaan yang tak terjangka. Jika itu berlaku semua mula huru hara.

" Ada soalan? " Tanya Diana. Matanya memandang kearah ahlinya. Mereka semua menayangkan wajah tiada soalan akan ditanya. Diana menekan lagi alat bulatan tersebut lalu tiba tiba ahlinya mendapat fail mengenai hari esok.

Diana menarik nafas.

" Semua agent boleh bersurai. "

🍁❤🍁

tbc..

Jeng!! Jeng!!! Author tak fikir macam ni tapi citer ni dah jadi macam niiii.. Huwaaaa *hentak kepala dekat dinding.

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Where stories live. Discover now