Diana sudah sampai ke rumah. Berdiri seketika dihadapan pintu. Macam mana kalau dia masuk nanti dia kena serang ngan Shahrul? Eh.. Asal aku nak takut pulak?
Pintu dibuka perlahan.
" JANGAN MASUK! " Jerit shahrul mengejutkan Diana.
" What the h*ll?? " Diana terundur ke belakang. Tidak jadi mahu masuk.
Shahrul meluru pantas ke pintu dan matanya seperti memerhatikan sesuatu. Tanpa kata kepala Diana ditarik rapat kedadanya. Diana tergamam.
Setelah mereka berdua sudah berada didalam rumah dan pintu ditutup. Diana kembali sedar.
" Sor-" Tangan Shahrul ditarik lalu dipusingkan membuat badan Shahrul berada di belakangnya dan dengan pantas menariknya kehadapan membuatkan badan Shahrul terbaring di hadapannya.
" Apakah?? " Shahrul tak faham apa yang jadi. Tiba tiba sahaja tangannya ditarik lalu terbaring diatas lantai. Kalau lama lama macam ni. Mungkin tulang belakangnya akan patah.
Diana tanpa kata masuk kedalam bilik lalu pintunya dihempas kuat meninggalkan Shahrul yang masih terkelu.
Apa yang pasti. Lelaki itu sempat melihat mata Diana yang berkaca.
" Kenapa dia nak nangis? " Tanya Shahrul pada diri sendiri. Pelik. Aku ada buat salah ke?
Shahrul mengurut dahinya.
Eh! Diana masuk bilik dia??
Serentak itu mendegar jeritan dari bilik Diana.
" Katak!!!! KATAK!!!! " Diana menjerit nyaring. Ketika dia sedang berbaring diatas katil alangkah terkejutnya dia bila dia menyelak kain selimut nya. Makhluk berwarna hijau itu sedang merenungnya.
Shahrul terkaku. Entah kenapa dia berasa kesian. Dia merasakan yang gadis itu sedang bersedih dan jika dia gunakan peluang itu untuk memujuk Diana. Pasti berhasil. Namun apa yang dia lakukan atas perasaan geram. Mungkin hubungan mereka tidak akan bergerak kemana mana. Malah gadis itu semakin membencinya.
Kakinya pantas meluru ke atas ke bilik Diana. Pintu dibuka lalu badan Diana dengan tiba tiba jatuh dibadannya. Wajah Diana pucat seolah darahnya tidak sampai ke wajahnya. Wajahnya disembam kedada bidang Shahrul dengan tangan dan kaki melingkar pinggang Shahrul. Shahrul tiba tiba menjadi batu.
" Hiks.. Ada katak.. " Walaupun begitu. Shahrul dapat lihat sisi lemah gadis tersebut. Perasaan simpati mengelilingi diri Shahrul. Belakang badan Diana digosok perlahan.
" Shu.. Sokey.. Turun.. Kasi saya pergi buang benda tu.. " Kata Shahrul lembut. Tangannya masih tidak berhenti menggosok belakang badan Diana untuk menenangkannya. Namun pelukan Diana semakin erat sambil mengelengkan kepalanya.
Shahrul sedar dia mula tersenyum nipis. Perbualannya dengan abang Diana tiba tiba menjengah dikepalanya.
" Assalamualaikum. Dani. " Sapa Shahrul selepas dia selesai mengelap badannya dan menukar pakaian baru kerana basah.
" Waalaikumsalam. Shah. Apa citer? Awal nau kau call? Adik aku Wat hal? " Teka Daniel. Dia kenal sangat adiknya yang satu itu.
" Haah. Pagi pagi lagi aku dah mandi. Masalahnya aku bukan mandi dlaam bilik air. Mandi depan pintu bilik aku. Geram je!" Shahrul menceritakan apa yang jadi sebentar tadi. Gelakan dari sahabatnya menambahkan lagi panas dihati.
Daniel ketawa lucu. Taktik yang sama dia gunakan jika adiknya tidak berpuas hati. Lencun juga lah satu badan kemudian kena bebel dengan mama sebab basah kan lantai.
YOU ARE READING
Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔
AksiDiana. Siapa dia tu? Orang tak kenal. Orang kenal dia gadis brutal nama D. " Wahh.. Kau nak gaduh ngan aku? Meh ah. Tapi aku kasi pilihan. Kau nak aku belasah kau lembut or kasar? Cadangan aku. Kasar lah. Baru best! " - Diana. ...