🍁Epilog🍁

9.2K 316 29
                                    

Diana mengetap bibir. Geram betul yang dia rasakan. Dia duduk membatu diatas sofa. Memang dia patung pon! Sebab tu Shahrul buat tak nampak sahaja dirinya. Lelaki itu sekarang sudah jarang berada dirumah. Semua kerana urusan kerja. Namun ada juga Diana berfikir lain. Excuse me?! Isteri mana tak overthinking?

Bila lelaki itu balik sahaja. Akan beberapa orang datang bertandang kerumah. Orang gelar Shahrul sebagai ustaz sekarang. Jadi lelaki itu hanya membantu yang mana dia mampu.

Dia bukan seperti ini. Dulu dia gadis brutal! Ganas! Perlindungan lelaki?! Boleh pergi mati. Namun hormonnya tidak stabil sejak mengandung ni. Dia sekejap kejap merajuk. Sensitif betul. Macam sekarang. Shahrul sedang mengajar beberapa kanak kanak mengaji. Akan tetapi seorang gadis yang mengaji sambil menjeling wajah Shahrul membuatkan dia panas hati!

'Ustaz tu suami aku! Jangan cari pasal! '

Ingin sahaja dia jerit. Diana bersilang tangan diatas sofa. Perutnya yang membesar diusap lembut. Suara Shahrul mengajar mengaji masuk kedalam pendengarannya lembut. Seketika dia tenang. Siapa tak tenang mendengar ayat ayat al-Quran? Bila ditaranumkan dengan betul. Tajwid ditekankan. Walaupun tidak faham. Pasti kau akan rasa sesuatu. Begitu besar mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Dia masih dalam proses berubah. Dia perlahan lahan mengubah pakaiannya. Tudung mula dipakai. Diana pernah berniat untuk memakai niqab. Shahrul pula menasihati memakainya bila betul betul terbuka hati. Pakai niqab kerana Allah SWT. Bukan kerana mengikuti fesyen.

Dia dan Shahrul mula menulis kisah baru. Mereka tidak menoleh ke belakang lagi dan Shahrul masih belum mengatahui siapa sebenarnya Diana. Diana juga tidak boleh memberitahu siapa sebenarnya dia. Organisasi S. Macam namanya. Secret. Tetapi sekarang Shahrul hanya mengetahui yang Diana bekerja sebagai pegawai polis.

Diana memandang gambar yang tergantung di dinding. Dilihat satu persatu. Kisah silam suaminya masih tersemat tetapi Diana jarang mengingatinya. Kenapa dia perlu ingat? Suaminya melalui ujian yang penuh liku. Sering kali lelaki itu menangis mengingati dosanya.

Kemudian dia terlihat wajah Syazwan. Pada mulanya dia begitu terkejut yang Syazwan merupakan adik kepada Shahrul. Kenapa lah dia tidak sedar nama yang hampir sama. Diana menyedari perasaannya terhadap Syazwan. Sikit sahajalah.

Hubungan mereka rapat memandangkan mereka sebaya. Seronok lah mengusik Shahrul menggunakan Syazwan bila lelaki itu mengetahui kesemua kelemahan Shahrul. Dan pertambahan baru dalam kelemahan Shahrul adalah. Air mata Diana.

Dengan air mata ini lah dia dapat apa yang dia mahu. Kesian juga bila melihat suaminya bersusah payah mencari daging unta malam malam buta. Jangan salahkan dia. Anak dia juga.

Mengingatkan hal itu Diana tersenyum. Tak tahu nak gambarkan hubungan mereka. Sekejap macam kucing dengan anjing. Tetapi mereka tetap rapat macam belangkas. Mereka hampir setahun berdua. Kini bertiga pula. Dia bila bila sahaja akan melahirkan. Gadis itu sudah membayangkan anaknya memanggil ummi. Shahrul dipanggil Walid. We are happy family.

Diana menoleh kearah Shahrul yang duduk bersila di lantai.

" Abang. " Panggil Diana. Perutnya masih diusap.

" Kejap " Balas Shahrul ringkas. Dia sedang mengajar pelajarnya yang merupakan gadis yang sering mencuri kearahnya.

'Dik! Kau nak belajar al Quran ke kau nak ngorat suami aku? Belajar tu bersungguh lah sikit! Belajar tu jihad! '

Sekali lagi hanya dijerit didalam hati. Perutnya sakit sekarang. Dia perasan bajunya seperti basah dibahagian bawah. Dah nak bersalin ke?!? Sekali lagi dia memanggil Shahrul. Namun lelaki itu masih mengajar gadis itu. Diana bengang.

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Where stories live. Discover now