🍁8🍁

7.6K 345 35
                                    

Tak Leh pakai.

Itu sahaja yang Shahrul boleh katakan bila menerima nasihat dari sedaranya Amin.

Ape benda kena berlakon jadi senget ni? Dia ingat Amin sudah lama senget. Namun ayat terakhir sebelum mereka memutuskan talian masih terngiang ngiang.

"Perempuan ni. Kalau kau nak tahu perasaan sebenar dia. Kau kene buat dia terdesak. Macam mana kau nak buat tu. Ikut kau lah. Tapi aku guna cara tu lah nak kawin dengan Hana.. Pftt"

Mendesak?

Bukan perempuan tak suka didesak ke? Tapi sekarang dia nak desak apa dari Diana?

Tiba tiba pintu diketuk. Shahrul dengan cepat menuju ke pintu dan melihat dua orang lelaki yang dikatakan oleh Pinocchio yang mereka akan datang petang itu.

" Buat apa yang patut" Kedua lelaki itu mengangguk. Shahrul hanya memerhatikan mereka. Ada yang pelik. Kenapa Pinocchio tak hantar orang yang sama? Budak baru ke apa? Lelaki itu perasan jenis pandangan yang kedua lelaki itu berikan ketika saling berpandangan. Nampaknya dia dah ada jawapannya.

Lelaki yang berdekatan dengannya dengan pantas ditarik. Shahrul menumbuk berkali kali wajah lelaki itu. Sebelum dia dapat berundur badannya sudah tercampak kearah kawannya lagi satu. Ketika mereka berdua mahu bangun. Shahrul memukul kepala mereka sehingga pengsan. Badan mereka ditarik menuju ke basement rumahnya.

Phonenya ditarik keluar dari poket dan matanya tidak lepas memandang kedua lelaki yang sudah pengsan. Nombor Pinocchio didail.

" Big Boss? Kenapa? " Tanya Pinocchio. Shahrul mengambil kerusi untuk duduk.

" Diorang dah datang. " Kata Shahrul. Namun Pinocchio faham itu bukan bermaksud orang oranganya yang datang.

" Jadi kau nak pindah rumah. Like always?" Shahrul menarik nafas. Kemudian dia menghembuskan perlahan. Sedang berfikir. Kelihatan yang Diana sudah suka tinggal disini. Dia sudah dapat kawan baru. Pasti gadis itu menolak.

" Tak pe. Nanti orang kau datang. Okey lah sikit. " Kata Shahrul. Keadaan sedikit huru hara dengan kehadiran Diana. Dia risaukan keselamatan gadis itu. Pada mulanya dia mahu mengantar gadis itu terus ke rumah ibu bapanya ketika dia mengambil Diana di airport. Namun mengingatkan yang gadis itu bergaduh besar keluarganya. Rumahnya menjadi mangsa.

" So.. Aku boleh sentuh diorang kan? " Tanya Shahrul. Senyuman sinis terukir di wajahnya sambil telinganya mendengar ketawa dari Pinocchio.

" Jangan sampai mati sudah. Bye" Talian diputuskan. Shahrul menyimpan kembali phonenya didalam poket. Sarung tangan hitam dipakai. Kakinya perlahan bergerak kearah sebuah almari berwarna coklat. Pintu almari dibuka dan pelbagai alat yang Shahrul sering gunakan untuk mendapatkan maklumat dari musuhnya. Salah seorang lelaki itu diangkat naik keatas meja. Seorang lagi kemas terikat ditiang.

" Wake up.. Wake up~" Shahrul menampar nampar pipi lelaki tersebut sehingga tersedar. Lelaki itu memandang takut bahawa Shahrul sudah tersenyum sinis sambil memegang pisau bedah. Topeng muka ditarik menutup mulutnya. Namun masih lelaki itu tahu yang Shahrul masih tersenyum sinis.

" Let's play.. Truth.. Or Truth.. " Lelaki itu cuba melepaskan diri namun sia sia.

Diana berada didalam bilik. Untung ruang basement rumah Shahrul kedap bunyi. Jadi dia tidak dapat mendengar jeritan atau terikan dari basement tersebut. Matanya hanya memandang kosong kearah syiling.

Part II :Ustaz Askar Kesayangan! ✔Where stories live. Discover now