Chapter Three
✒...
"Selamat pagi Cik Wanda, silakan." Josh telah menunggu ketibaan Wanda dibawah bangunan itu beberapa minit yang lalu. Wanda menunduk membalas ucapan si lelaki berkot itu. Luggage yang dibawa Wanda untuk mengaburi mata teman lelakinya, diberikan kepada Josh. Kemudian Wanda masuk kedalam Perut kereta sementara menunggu Josh memasukan luggage tersebut ke dalam bonet.
TAP!
Bunyi pintu dibelakang ditutup rapat.
Tidak lama kemudian Josh masuk kedalam kereta. "Kita bertolak sekarang." Katanya. Maka, kereta dipandu setelah habis berbicara Dan meninggalkan Pengkarangan kondo dengan kadar segera.***
**
*"Bagus! Bagus! Kau memang menepati janji." Matt kelihatan girang disudut bilik tempat menemuduga gadis itu kelmarin tatkala melihat Wanda yang kelihatan begitu anggun serta berpakaian seksi, melangkah masuk kedalam untuk menemuinya.
"Duduk sayang, sebentar lagi klien pertama kamu akan tiba untuk 'menyunting' kau. Haha!" Matt bersandiwara. Tetapi perkara itu tidak melucukan bagi Wanda. Gadis itu terdiam sepi. Fikirannya melayang jauh. Tiada rasa teruja diwajah ketika diberitahu akan hal tersebut kepadanya. Namun hati berkobar kobar ingin melihat wajah klien yang dimaksudkan.
'Ini mesti orang tua kutuk. Tak pun, jenis lelaki keparat yang kegersangan dahagakan
Belaian manja dari seorang gadis.' Dengus Wanda. Dia berasa jijik pada pekerjaan yang terpaksa dilakukannya ini. Wanda mengetap bibir kerana kesal.'Demi Timmy,' getusnya lagi dalam hati. Padahal itu semua bukannya kemahuan teman lelaki mahupun dirinya. Wanda terjerat dengan Kebodohan Sendiri.
'Ah!' Bentak gadis itu lagi. Dia malas untuk berdebat dengan perasaan sendiri. Mahu atau tidak, dia terpaksa jua meneruskan kerja terkutuk itu.
"He's here now, Matt." Josh muncul didepan pintu. Seperti semalam, dia langsung saja muncul disitu secara tiba tiba. Riak Matt bersahaja, namun wajah itu mengorak senyuman yang tiada siapa pun tahu.
"Wanda, selesai bersama dengan klien pertama ini, bayaran terakhir Akan saya berikan setelah klien memberi bintang pada Servis kamu. Fahamkan?" Ujar Matt memandang gadis itu yang dari tadi senyap membisu. Wanda mengangguk lemah.
Semua syarat syarat itu telah disemat rapi didalam tempurung kepala.
"Bagus! Bagus!" Kata Matt lagi.
TAK TAK TAK!
Bunyi kasut Jelas kedengaran diluar bilik itu. Wanda mengumul gumul Jari jemarinya. Badannya terasa kembang semacam.
'Ish. Bersabarlah wahai hati. Kau juga yang nak kan semua ini!' Wanda memarahi diri sendiri.
"Good morning Matt!"
DUB!
Jantung Wanda terhenti sesaat melihat kelibat lelaki yang baru muncul didepan mereka.
'Kacaknya!' Jeritan batin Wanda bergema didada!
Kedua dua lelaki tersebut berjabat tangan.
"Jadi inilah gadis panggilan baru itu?" Kata Lelaki kacak itu sambil melihat Wanda yang duduk dihujung sofa. Matt mengangguk mengiyakannya.
"Ini Wanda William. Fresh graduate. Seperti yang Tuan Cosmo mahukan." Matt memberitahu dengan perasaan gembira.
Cosmo Wrath. Lelaki kacak yang sudah berkeluarga. Juga Seorang pedagang batu berlian yang terkenal dibenua Eropah itu.
"Hmm, memang seperti yang saya inginkan. Syabas Matt, tak percaya Kau Boleh dapatkan seseorang yang memenuhi citarasa saya. Haha!" Kedua dua lelaki itu berlaga siku. Wanda yang memerhati keduanya merasa meluat sekali mendengar perbualan mereka bercakap mengenai dirinya.
"Baiklah Wanda, kau boleh bertugas sekarang. Oh ya. Kamu akan menemani Tuan Cosmo selama 2 hari. Layanlah dia seperti kekasihmu." Ungkapan Matt itu bagai menyiat cuping telinga Wanda. Namun gadis tersebut berpura pura seronok dengan 'task' yang diberikan.
"Saya akan melakukan dengan sebaik mungkin." Wanda menundukkan kepala.
Cosmo terpegun dengan kesopanan yang ditunjukkan Wanda. Selama Dia melanggan gadis panggilan, ini pertama tama kalinya dia melihat gadis yang tidak tergedik seperti gadis panggilan yang lain. Cosmo secara tidak langsung, telah jatuh hati pada ketrampilan Wanda ini.
"I like her." Cosmo berbisik ditelinga Matt.
Mart mengangguk kepala dengan mengangkat kedua dua keningnya."It's all yours. Enjoy your 'food'." Matt mengenyit mata pada Cosmo. Kenyitan nakal itu Dibalas dengan senyuman macho Dari si lelaki kacak.
"Shall we go now, my Princess?" Cosmo menghulur tangan kearah Wanda.
Dengan lemah lembutnya sigadis mengapai huluran tangan dari Cosmo.Matt pula berbesar hati kerana Wanda memberikan kerjasama dengan baik.
***
**
*"Syarikat Permodelan Majalah Hiburan... Yang mana satu ye?" Timmy yang telah siap lengkap berpakaian, sudah berada didepan pintu lif sambil menekan butang untuk turun ke lobby. Rancangannya hari ini adalah tidak lain Tidak bukan, pergi meninjau syarikat tempat dimana teman wanitanya berkerja.
Sesampai diparkir kereta diluar bangunan itu, Timmy mendapatkan kereta Mustangnya.
Enjin kereta dihidupkan.
Tingkap cermin diturunkan.
Sebatang rokok dinyalakan."Okay let's go to my baby's work place!"
VROOMMMMMMMMM!
***
**
*"Tidak ada, Encik. Tiada yang bernama Wanda William berkerja disini." Jelas wanita
penjaga kaunter disalah satu syarikat permodelan terkenal dibandar X.Sudah 5 buah biji bangunan dijelajah oleh Timmy, tetapi tidak ada satu syarikat berkenaan pun yang mengenali Wanda, apatahlagi mengambil pekerja baru.
Timmy keluar dari bangunan terakhir yang dilawatinya itu dengan seribu perasaan hampa.
'Wanda mempermainkan saya ke apa ni?" Keluh Timmy membuang putung rokok yang baru setengah dihisapnya. Lelaki itu menoleh ke Kiri kanannya untuk melihat adakah dia tercicir syarikat permodelan yang lain, namun hampa yang diterimanya.
Kesemua syarikat telah dilawati. Kalau ada yang lain pun, ia memakan masa lebih kurang 2 jam untuk sampai dibandar yang satu lagi. Tetapi Timmy percaya, Wanda Tidak akan menerima pekerjaan yang terlalu jauh selain dari Bandar X.
Timmy hilang tuju.
Rambutnya dielus kasar. Ia kemudian terpacak kusut selepas itu. Sebatang rokok lagi dinyalakan.
'Should i just call her this time?' Timmy bergumam. Wanda pasti marah bila diganggu ketika berkerja. Lagipun ia merupakan hari pertama gadis itu memulakan kerjanya. Timmy membatalkan niatnya untuk menghubungi Wanda. Lelaki itu berjalan menyeberangi jalan raya yang agak sibuk untuk sampai ketempat keretanya yang diparkir dibahu jalan.Setelah selamat sampai ketempat itu, Timmy membuka pintu kereta dan terus sahaja masuk kedalamnya tanpa menoleh kekiri Dan kekanan lagi.
"Tim? Timmy ke tu?" Gadis sebaya Wanda menyedari kelibat Timmy yang bergegas memasuki keretanya yang berpakir dibahu jalan. Gadis itu begitu teruja apabila terserempak dengan lelaki yang pernah diminati satu masa dulu.
Gadis itu berlari anak mendapatkan Timmy."TIMMY! Hey, tunggu!"
![](https://img.wattpad.com/cover/225591042-288-k737682.jpg)
YOU ARE READING
CALL GIRL (completed)
FanfictionKarya fuukye js Cerita berkisar tentang percintaan yang tidak tulus penuh dengan konflik serta misteri. AMARAN KERAS ! Tidak sesuai untuk bacaan pembaca bawah umur. Karya ini hanyalah rekaan semata mata tidak ada kena mengena dengan cer...