c9

10.4K 53 0
                                        

Chapter NINE

✒...

Penemuan dua piring kosong tersebut membuat Wanda hilang pertimbangan diri! Marahnya pada Timmy menggelegak  didalam hati.
Lantas gadis itu kembali ke bilik dan segera mencapai tas tangannya.  📱 dikeluarkan, dan jari jari runcing itu mula mendial nombor teman lelakinya. 

Marahnya semakin meledak apabila nombor yang didial, tidak dapat dihubungi!

"Tak guna Timmy ni! Dia curang dengan saya ke?" Wanda menghambur makian keatas teman lelakinya. Tetapi terlintas sesaat difikirannya bahawa, dia juga telah diselingkuhi oleh lelaki lain, tetapi tanpa rela. Adakah ia dianggap curang?  Dan bagaimana pula dengan  perasaan hatinya yang jatuh terhadap Cosmo?  Wanda mengandai sendiri kesalahan yang telah dilakukannya.

Jiwa yang bergolak tadi, perlahan lahan kembali tenang. Wanda menekup mukanya!

"Karma is a bitch!" Jerit Wanda meraung kuat menangisi nasibnya. Dia teramat kesal menerima pekerjaan itu tanpa memeriksa terlebih dahulu kewujudan firma tersebut di laman sesawang!  Dan dia juga turut menyesal kerana tidak memberitahu Timmy mengenai perkara sebenar yang telah berlaku keatasnya tempoh hari. Sekarang Dirinya dicengkam dengan permasalahan yang sukar untuk diselesaikan olehnya sendirian.

"Patutkah saya berterus terang saja pada Timmy tentang hal ini?" Ah!" Wanda kembali meratap kuat.

                                  *

"Saya tahulah Andrea, saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan itu.  Ia tak akan berulang lagi. Sekarang saya mahu kau perhatikan Vicky. Jangan sampai dia keluar dari rumah ini." Pesan Timmy kepada janda muda itu ketika selesa berada didapur mengunyah 🍪.  Andrea menyorot mata mencerlung memandang pemuda itu yang seakan tidak mengambil serius tentang perkara yang telag dilakukan terhadap gadis tersebut.

Andrea mendengus Kecil. 

"Kadi makan minum dia, siapa yang akan menanggungnya? Sudahlah kau tidak berkerja, dan gadis itu juga tidak punyai pekerjaan." Andrea memasamkan wajahnya. Dalam keadaan mereka berdua mencari sesuap nasi, Timmy memberi bebanan pula kepada keluarga kecilnya.

"Ande, itu kau jangan risau. Tahulah saya macammana nak setel perkara ini. Kau rilek saja. Buat jualan seperti biasa. Tetapi kali ini jangan menyuruh Maria pergi ke kondo. Kalau terpaksa pun, tidak usah menjenguk Wanda." Ujar Timmy memesan Andrea agar tidak menyuruh anaknya berjualan disitu.

Pemuda itu risau jika Maria membuka mulut, dan memberitahu Wanda mengenai hal yang  berlaku didepan matanya siang tadi.

"Hmm," Timmy merenung Andrea dengan mata kuyu. Janda itu hanya memeluk tubuh membalas pandangan pemuda tersebut.

"Kalau tiada apa apa lagi pertanyaan, saya balik sekarang." Kemudian Timmy menjulur kepalanya memandang diruang tamu. Maria sedang berbual kosong dengan gadis tersebut. Gelak tawa berselang seli serta gurau senda terjadi diantara mereka berdua.

Timmy kembali mendapatkan Andrea yang masih tidak berganjak dari situ. Janda muda itu masih erat memeluk tubuh. 

"Saya rasa, Maria cepat membiasakan diri pada Vicky. Mungkin mereka boleh menjadi kawan baik?" Timmy tersengih seperti kerang busuk kerana ingin mengambil hati janda itu.

"Ok ok,  you can go now, Tim." Balas Andrea seperti sudah fade up dengan kata kata Timmy yang tidak habis habis dengan Kata kata manisnya. 

Timmy tersenyum girang!
Perasaannya lega setelah melihat kesanggupan Andrea untuk membantunya bersama menangani masalah itu, lantas pemuda itu mendakap erat si janda muda!

CALL GIRL (completed) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang