FINAL

10.6K 78 7
                                        

FINAL

✒...

"Saya telah mengekori Ketua Hakim selama beberapa hari ini. Ternyata dia berurusan dengan Peguam Alfred. Lalu, sa memasang cip di bilik pejabat penghakiman miliknya. Itupun dengan susah payah saya melakukan tanpa diketahui oleh sesiapa." Jelas Sarjan Scott.

"Jadi, apa yang Sarjan perolehi?" Tanya Cody tidak sabar.

"Setelah menunggu begitu lama, hasilnya, saya dapat merakam perbualan antara Peguam Alfred dan juga Ketua Hakim. Saya menyimpan semuanya sebagai bukti untuk mendakwa Tuan Cosmo semula. Sepanjang pemantauan saya, Ketua Hakim ada berjumpa dengan Peguam Alfred di Bank Negara. Saya rasa ini sudah tentu mengenai wang sogokan." Jelas Sarjan itu lagi.

"So, dalam erti kata lain, Ketua Hakim telah dirasuahkan. Dan, bagaimana pula tentang pembunuhan itu." Soal Cody.

"Soal itu, saya mensyaki Tuan Cosmo dan Peguam Alfred menjadi dalang dalam pembunuhan tersebut, berdasarkan perbualan diantara dia dan juga Ketua Hakim. Oh ya, lagi satu, kereta Mustang milik Timmy, adakah ia berwarna merah garang?" Sarjan menyoal Cody semula.

"Ya, ya! Dan nombor platnya adalah ****." Jawab pemuda sasa itu.

"Tidak syak lagi! Kereta itu saya ternampak berpakir disebuah rumah agam sewaktu mengekori Peguam Alfred."

Cody menarik nafas panjang kerana tidak lama lagi akan terungkailah misteri pembunuhan Wanda. Cody seraya menepuk pehanya.

"Terima kasih kerana keprihatinan kau terhadap kes tidak terbela ini, Sarjan. Tetapi saya berharap sangat kematian Wanda ditebus."

"Sudah semestinya, Cody. Itu adalah tanggungjawab saya. Bailkah, sekejap lagi saya akan ke kondo."

"Okay!"

Perbualan mereka melalui telefon, berakhir disitu.

*

DIKONDO TIMMY

"Bagaimana dengan keadaan Timmy sekarang ini? Ada perubahan?" Tanya Sarjan sesampai saja dia dikediaman itu.

Cody mencebik bibir.

"Doktor yang merawatnya memaklumkan kami, belum ada lagi tanda tanda dia akan pulih. Tetapi ia tidak akan mengambil masa lama untuk Timmy berkeadaan begitu. Lambat atau cepat, dia pasti pulih seperti sediakala. Saya yakin dengan dia."

Sarjan Scott mengangguk tanda faham.

~
Jenazah Wanda selamat disemadikan dikampung halaman Timmy. Ini disebabkan mendiang Wanda hidup sebatang kara. Hanya Timmy seorang saja yang dia ada.

~
"Baiklah Cody, ini perancangan kita. Hanya beberapa anggota polis saja yang terlibat dalam penyiasatan ini, kerana saya mempercayai mereka. Lagipun, ini membabitkan Ketua Hakim. Saya tidak mahu kita gagal untuk sabitkan mereka semua dengan jenayah yang telah mereka dilakukan. Yang bersalah tetap bersalah." Tegas Sarjan Scott membentang kertas pelan diatas meja.
Cody seraya mengangguk faham.

Rach didapur sedang menyediakan minuman panas, serta sarapan pagi. Sudah tentu Sarjan itu belum menjamah makanan, kerana awal pagi lagi dia sudah datang bertandang ke kondo.

Setelah berbincang dengan penuh teliti dan dedikasi, mereka berdua mendapat kata sepakat.

"Deal!"

Sebelum Sarjan beredar dari situ, Rach mempelawanya untuk bersarapan dahulu sebelum pergi.

**

DISUATU TEMPAT TERPENCIL.

Sarjan Scott dan beberapa orang lelaki yang berpakaian biasa, sedang berborak kecil didalam sebuah jip berwarna hitam, tidak jauh dari rumah agam Cosmo.

CALL GIRL (completed) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang