c7

15.8K 65 0
                                        

Chapter SEVEN

✒...

Cosmo Menganggukkan kepala dan seraya menukar gear, stereng kereta dipulas ke kiri. Tetapi kereta masih belum digerakkan lagi.

"Jadi untuk hari ini, kau hanya temankan saya berjalan jalan dishopping komplex dan selepas itu saya hantarkan kau balik. Bagaimana?" Cosmo memberi cadangan. Permintaan itu membuatkan hati Wanda berasa lega.
Wanda menganggukkan kepala.

'Malam ini saya balik, Timmy.' Wanda  tersenyum bahagia sambil memegang erat tali keledar yang bersilang ditubuhnya. Rindunya pada teman lelakinya itu membuak. Walaupun baru beberapa jam tidak bersua muka. Namun pun begitu, lelaki yang duduk disebelahnya mencuit sedikit perasaannya.

'Adakah kepala saya ni disengat lebah? Ingat Wanda, Timmy telah bersama dengan kau dari dulu lagi. Susah payah diharungi bersama. Adakah kau mahu meninggalkan dia hanya kerana harta duniawi?' Wanda menyoal dirinya.

Sejurus mendapat tindak balas yang positif dari Wanda, Cosmo seraya membuat pusingan U untuk balik semula ke bandar X.

                                    **

"Dammit!" Timmy menolak tubuh telanjang yang longlai dikerjakannya sejam yang lalu dari menindih tubuhnya. Pemuda itu memandang Vicky yang telah lelap.

' Kenapa ada perasaan tak senang dihati bertandang dalam diri saya? Adakah sesuatu yang berlaku terhadap Wanda?' Timmy berbisik kecil. Dia bangun dan segera mengenakan boxer, lalu keluar menuju ke ruang tamu untuk menghisap rokok.

Tingkap kaca diselaknya sedikit agar udara segar masuk kedalam ruangan kondo itu.  Nyalaan api pada rokok dimarakkan.

"Fuuhhhh..." Asap rokok berkepul kepul keluar dari mulutnya.

"Vicky harus segera saya pindahkan ketempat lain, tetapi dimana? Duit yang diberi Wanda hanya cukup untuk membayar hutang sewaan dua bulan." Seketika waktu dalam memikirkan hal tersebut, Timmy teringatkan Mama Maria, ibu kepada si gadis penjual itu. 

"Andrea mungkin boleh tolong." Kata Timmy teringatkan Janda muda yang hanya tinggal berdua bersama anak perempuannya
diseberang jalan.
Mereka menginap dirumah tumpangan murah dihilir bandar X. Kejiranannya pula kebanyakannya orang orang tua yang bekerja sendirian atau pemungut sampah.
Keadaan tempat tersebut tidak begitu padat dengan penghuninya kerana penempatan itu tersorok dari mata umum. Bak kata lain, mereka  yang menghuni disitu semuanya adalah pendatang tanpa izin. 

Timmy mengetik jari!

Ideanya itu semacam boleh dipakai guna olehnya.

"Tunggu Vicky sedar, baru saya akan membawanya kesitu. Harap harap Andrea boleh menerima gadis ini menumpang bersamanya. Hmm," Timmy menyedut dalam dalam asap rokok dijarinya. Sambil memejamkan mata, asap rokok dihembuskannya dengan penuh nikmat.

***
**

"Kau sudah bangun?  Makanlah dulu. Sekejap lagi saya mahu bawa kau kesuatu tempat  yang tidak jauh dari sini." Usai saja Timmy berkata demikian, Vicky mengerutkan keningnya. 

"Kau mahu bawa saya kemana? Bukan saya harus tinggal disini  untuk beberapa hari ini?" Soal Vicky lalu duduk bersama dengan Timmy dibangku dapur. Timmy menghulurkan sepinggan spagethi kepada Vicky.

"Tidak lagi. Saya takut kalau kalau Wanda tiba tiba pulang ke kondo. Kau mesti tidak mahu melihat hubungan saya berantakan, kan? Ujar Timmy menyuap mee bersalut cheese kedalam mulutnya.

Vicky merenung tajam kearah pemuda itu yang sedang melahap mee tersebut dengan gelojoh. Mesti lapar setelah berhempas pulas menyangkul tanah dibatasannya tadi. Vicky mencebik bibir. Urat urat cemburu mula terjadi diadrelinanya.

CALL GIRL (completed) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang