c8

12K 57 0
                                        

Chapter EIGHT

✒....

TING!

Bunyi menandakan lif telah sampai dibawah, maka ia pun terbukalah memuntahkan isinya.

"Hai Wanda, wah! Sexynya kau berpakaian? Dari mana ni?" Puan Tai menyapa sejurus keluar dari perut lif membawa plastik hitam berisi sampah. Wanda tersengih. Jiran sebelah bilik kondonya yang kecoh ini, menegur sambil membuat muka seakan mengajuknya.

"Wanda dari temuduga." Jawab Wanda berbohong. Mungkin ia lebih baik berkata demikian daripada menjadi buah mulut penghuni kondo nanti. Mulut tempayan Puan Tai mana boleh ditutup. Ada saja cerita hangat yang dihebohkannya. Entah dari mana saja dia mendapat info info tersebut.

"Wanda naik dulu." Wanda berselisih bahu dengan Puan Tai. Tetapi sebelum pintu lif tertutup, Puan Tai memalingkan kepalanya. Namun pintu lif sedari sudah begitu hampir terkatup rapat.

"Oh Wanda rumah kau ada,"

TUP!

Kata kata Puan Tai yang terakhir tidak sempat didengar oleh Wanda kerana pintu besi itu telah tertutup rapat. 

"Ada apa?" Wanda terkebil. Dia menjungkit bahu menandakan dia tidak kisah dengan ungkapan yang barusan disampaikan oleh Puan Tai.

"Ada ada saja Puan Tai ni, tak habis habis busy body bercakap tentang hal orang." Omel Wanda mendongak kepala melihat nombor nombor yang tertera diatas pintu besi itu.

                             ***

"Masuk kedalam, Vic. Cepat." Timmy menolak lembut tubuh Vicky secara paksaan agar gadis itu melangkahkan kaki kedalamnya. bersebelahan dengan lif yang mereka berdua masuki, sedang digunakan dan ia sedang menuju naik ketingkat atas. Timmy beruntung kerana lif yang digunakannya berada tepat diaras kondonya, jadi dia tidak payah menunggu terlalu lama. 

Setelah mereka berdua masuk kedalam, lif ke lobby ditekannya.

Pinty lif itu kemudian tertutup rapat.

Timmy menghela nafas panjang.
Wajah Vicky kelihatan monyok saja. Gadis itu tidak mahu bercakap dengan Timmy.

***
**
*

Wanda telah tiba kearas kondo sewaannya. Maka gadis itu keluar sejurus pintu lif terbuka.

"What is Timmy doing right now?" Sambil mengorak langkah ke pintu kondo, Wanda menyeluk beg tangan meraba kunci rumah didalam beg tersebut.

'Oh!' Baru Wanda menyedari luggagenya tertinggal didalam but kereta Cosmo.

"Aduh, macammana saya boleh lupa ni? Apa kata Timmy nanti saya pulang tanpa membawa beg baju?" Wanda mendengus kasar! Cepat cepat gadis itu menelefon Cosmo.

"Mungkin dia belum pergi jauh dari sini." Wanda mendail nombor telefon Cosmo. Panggilan itu terjawab dengan sekali deringan saja. 

📱 "Helo sayang, baru beberapa minit dah rindu dengan saya ke?" Cosmo menyoal dengan nada bergurau disertai gelak kecil dicorong telefon.

Wanda menjugil bijimatanya.

📱 "Hmm, tak ada lah. Saya call ni sebab mahu memberitahu yang beg baju saya tertinggal dalam but kereta kau. Boleh tak hantar kesini dengan kadar segera?" Kata Wanda dengan nada gusar. 

📱 "Oh, okay. Mujurlah saya masih disini."
Wanda sedikit terkejut dengan kenyataan Cosmo.

📱 "Masih disini?"

📱 "Ya, saya tahu kau mesti akan menelefon saya semula memandangkan beg baju ada dalam kereta saya. Sengaja saya menunggu panggilan dari kau. Haha!" Jawab lelaki kacak itu lagi.

CALL GIRL (completed) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang