Chapter FOURTEEN
✒...
WANDA terkial kial meraba meja bulat dimana dia sedang berdiri berdekatan dengannya. Pintu tersebut ditolak dari luar, namun tidak terbuka luas, membuatkan Wanda tersentak sakan!
Laci meja yang diselongkarnya tadi, ditutup perlahan lahan.Lantas Wanda berlari berjingkit jingkit menuju ke muka pintu, lalu memegang tombol pintu tersebut. Gadis itu mahu menarik benda alah itu ,tetapi ia kembali ditutup. Wanda menghela nafas pendek sambil mengusap dadanya.
'Fuh!'
Dalam diam, dia mendekatkan cuping telinganya kepermukaan pintu kayu itu.
Diluar, kedengaran suara lantang Matt dan Cosmo sedang bertengkar hebat bercakap mengenainya."Kalau kau masih berdegil, saya tidak akan teragak agak untuk laporkan perniagaan haram ini kepada pihak polis." Ugutan Cosmo terdengar jelas dihalwa telinga Wanda.
"Oh, sekarang kau mahu pula mengugut saya ye? Bukankah ini semua adalah idea kau dari dulu? Ingat Tuan Cosmo, gambar gambar serta video yang dirakam sewaktu kau menyetubuhi mereka, ada dalam simpanan saya!" Wanda terkejut bukan kepalang! Rupa rupanya Cosmo adalah dalang disebalik semuanya ini dan lelaki itu juga lah yang telah menidurinya semasa dia tidak sedarkan diri!
Tetapi gambar gambar yang Matt perlihatkan padanya tempoh hari, hanya tertera dirinya sahaja, tanpa seutas benang berbaring diatas sofa didalam bilik sebuah bilik.
Wanda mengetap bibir! Licik sungguh Tuan Cosmo memperdayakannya!
'Gadis gadis? Jadi banyak sudahlah yang telah menjadi mangsa Tuan Cosmo. Tetapi kenapa dia memilih untuk mengambil saya sebagai pekerjanya. Adakah dia mahu menyelamatkan saya dari terus dijual kepada ahli ahli korporat?' Pelbagai tomahan Wanda terhadap kliennya ini.
Wanda mendengar lagi perbalahan itu dengan menekap lebih kuat lagi cuping telinganya didinding pintu kayu tersebut."Jangan jadi bodohlah Matt. Kau ingat saya ini dungu? Membiarkan saja kau menyimpan salinan gambar dan rakaman video itu? Hahah! Siapa lagi lebih berkuasa disini? Hah!" Cosmo menyergah Matt.
Jantung Wanda berdegup kencang!
Dia takut kalau kalau tercetusnya kejadian tembak menembak dibangunan itu akibat dari pertelingkahan kedua orang lelaki terbabit.Wanda mengandaikan sedemikian kerana, semasa keluar dari perut kereta, dia sempat mengerling Cosmo yang sedang menyelitkan sepucuk pistol kedalam baju kotnya.
'Aduh, beg tangan saya ada didalam bilik mereka. Kalau tidak, saya hubungi Timmy sekarang! ' Berasa dirinya terancam ketika itu, Wanda lantas teringatkan teman lelakinya. Kekesalan serta merta bertandang dibenaknya.
'Bodohnya saya!' Jerkah Wanda memarahi diri sendiri. Seketika kemudian dia terdengar beberapa bunyi das tembakan! Ia seperti dalam firasatnya sebelum ini. Wanda menekup mulutnya! Air matanya deras mengalir selepas itu. Gadis itu menangis tidak berlagu.
Kemudian dia mendengar pula bunyi dentaman pintu yang kuat!
Secepat kilat Wanda membuka pintu bilik yang dicerobohinya itu, lalu berjalan laju menuju ke bilik dimana dia terdengar bunyi tembakan tadi. Sesampai saja disana, Wanda terus saja masuk kedalam tanpa mengetuk terlebih dahulu pintu berkenaan.
"Cosmo?!" Wanda menjerit kerana terkejut melihat darah bergeningan diatas permukaan lantai. Tatkala matanya terlihat dua tubuh terbujur kaku disatu sudut, Wanda hampir hampir pitam!
Disitu kelihatan Matt yang terlentang berlumuran darah, begitu juga dengan Josh. Kedua lelaki itu bertindih antara satu sama lain.Cosmo memalingkan kepalanya memandang gadis panggilan itu. Pucuk pistol dihalakan kepada Wanda.
"Buat apa lama sangat didalam tandas?" Soal Cosmo datang merapat kearah Wanda. Gadis itu menggeletar. Nada suaranya tergagap gapap untuk diutarakan.

ANDA SEDANG MEMBACA
CALL GIRL (completed)
FanfictionKarya fuukye js Cerita berkisar tentang percintaan yang tidak tulus penuh dengan konflik serta misteri. AMARAN KERAS ! Tidak sesuai untuk bacaan pembaca bawah umur. Karya ini hanyalah rekaan semata mata tidak ada kena mengena dengan cer...