Chapter EIGHTEEN
✒...
"WANDA!"
"Tim!? Hey, bangunlah! Mimpi ngeri lagi?" Vicky menepuk lembut pipi pemuda itu. Timmy terkial kial diatas katil sambil mengusap wajahnya seraya memandang Vicky yang sedang mengerutkan kening menatapnya.
"Wanda dimana?" Timmy bersuara latar sambil bertanyakan tentang teman wanitanya. Gadis itu tersenyum tawar. Berat sungguh hatinya mengulangi kata kata yang sama seperti hari hari sebelumnya.
"Dimana Wanda, Vic?" Timmy sekali lagi mengulangi pertanyaannya pada gadis itu. kemudian pemuda itu mengenggam lengan Vicky dengan kuat. Vicky tersentap! Wajahnya bertukar corak. Anak matanya memandang kiri kanan mengelak dari disoal bertubi tubi mengenai gadis malang itu.
"Semua telah berakhir, Tim. Wanda... Dia," Vicky begitu berat hati untuk memberitahu perkara yang sama pada Timmy.
**
Timmy hilang arah, sejurus selepas mendapat khabar buruk yang telah terjadi kepada teman wanitanya dua minggu yang lalu.
Pemuda itu asyik memukul dadanya disertai esak tangis yang memilukan. Dia tidak habis habis mempersalahkan diri kerana tidak dapat menyelamatkan teman wanitanya.
Sehinggakan dia diusung ke hospital mental kerana berkecenderungan untuk mencederakan diri. Timmy hilang pedoman! Jiwanya seakan terpisah dari jasad.**
"Tell me!" Timmy memberontak diatas katil. Cengkamannya semakin kuat dilengan gadis itu.
Vicky merasa sakit yang teramat sangat, lalu menjerit memanggil Cody yang berada diluar bilik wad."Cody help!"
*
FLASHBACKS
"TIMMY I'M SORRY!" Belum sempat Wanda menjatuhkan dirinya, gadis itu lantas dicekup oleh dua orang wanita yang secara tiba tiba muncul dibelakang, lalu menerpanya.
"Lepaskan saya! Argh!" Wanda meronta ronta dalam dakapan mereka!
BUK!
"Bawa dia ke bilik utama. Bogelkan dia." Arah wanita yang satu lagi sambil mempamirkan seribu senyuman misteri.
~
Wanda membuka kelopak mata.
Kesakitan ditengkuknya masih terasa menekan nekan daging ototnya."Kau akan 'menghidupkan' kembali Puan Demi kami. " Ungkap wanita yang pertama dilihatnya sewaktu naik ke loteng tadi. Wanda kemamaian. Penglihatannya tidak berapa jelas. Namun bola matanya melihat bayangan tiga wanita, sedang memerhatikannya diatas katil.
'Menghidupkan?' Wanda terpinga pinga dengan ungkapan yang baru didengarinya.
Tubuhnya terasa dingin sekali. Gadis itu memalingkan kepalanya kekiri, hatinya tersentak melihat satu tubuh yang tidak beberapa jelas dipandangan, sedang terbaring disebelahnya."Ah...," nada suara Wanda amat perlahan sekali. Rontaannya juga semakin lemah.
Kemudian cuping telinganya mendengar percakapan ketiga tiga wanita terbabit."Tunggu pakar otak itu datang, ujian darah juga sepadan. Mungkin kali ini tiada masalah lagi buat Puan Demi. Antara kesemua gadis panggilan yang terdahulu, organ gadis ini amat secocok sekali dengan tubuh Puan Demi." Jelas suara wanita terbabit. Terdengar ketawa kecil dari mereka.
Wanda kecut perut!
Tubuhnya menggeletar!
Cemas didada mula terasa menyengat jantungnya!
Gadis itu ingin menjerit, tetapi suaranya tersekat dikerongkong.
![](https://img.wattpad.com/cover/225591042-288-k737682.jpg)
YOU ARE READING
CALL GIRL (completed)
FanficKarya fuukye js Cerita berkisar tentang percintaan yang tidak tulus penuh dengan konflik serta misteri. AMARAN KERAS ! Tidak sesuai untuk bacaan pembaca bawah umur. Karya ini hanyalah rekaan semata mata tidak ada kena mengena dengan cer...