c16

6.1K 50 1
                                    

Chapter SIXTEEN

✒...

Pagi itu Wanda bersiap siap ingin keluar dari kediamannya. Niatnya mahu menemui Cosmo di Jabatan Penjara. Lelaki kacak itu belum lagi dibicarakan kerana  banyak saksi yang enggan memberi berkerjasama. Ada pula yang telah meninggalkan negara itu dalam diam diam, kemudian hilang tanpa jejak.

Mungkin mangsa tidak mahu aib mereka tersebar dimedia.
Hanya Wanda dan Vicky serta teman wanita Cody saja yang tinggal untuk meneruskan pendakwaan terhadap Cosmo. 

Kes Cosmo ditunda sehinggalah saksi saksi sudah bersedia untuk tampil membuat pengakuan.

Sedang pasangan kekasih itu menyantap hidangan sarapan pagi, Wanda menyuarakan niat, tetapi diputar belitkan untuk mengelak dari diketahui Timmy.

"Uhm, Tim... Hari ni saya mahu ke kota sekejap." Ungkap Wanda menghirup kopi panas. Wajah Timmy tidak dipandangnya. Timmy mendongak dagu.

"UntuK tujuan apa? Kau masih di dalam pemerhatian, Wanda. Takut takut kalau penjenayah itu mempunyai konco konco yang lain diluar sana. Nanti kau diculik oleh mereka." Kata Timmy dengan nada gusar.

Wanda menghela nafas pendek.

"Saya bukannya pergi jauh dari sini, sekitar bandar X sahaja. Itu pun ditemani oleh Rach." Gadis itu membetulkan punggung dikerusinya. Timmy memerhati saja lagak Wanda yang sedikit mencurigakan. 

"Rach?  Bukankan mereka berdua tiada disini." Timmy tertanya tanya.

Kerana selepas kejadian tempoh hari, Cody ada menyatakan dia akan keluar dari bandar X sejurus semua hal telah selesai. Tetapi tidak diberitahu bila waktunya dia akan meninggalkan kota itu.

"Kan kes ini belum selesai lagi. Mana mungkin Cody pergi membawa Rach begitu saja. Pihak Polis tentu memantau mereka, sama seperti saya." Jelas Wanda lagi.

"Emm, saya temankan kau pergi." Timmy memberi kata putus. Penjelasan yang diberikan oleh Wanda sebentar tadi, ada benar logiknya. 

Wanda tersentak!
Jiwanya mula tidak menentu.

'Timmy tidak seharusnya tahu tentang rancangan saya ni.' Getus Wanda dihati. Gadis itu mengetap bibir seraya mengusap lengan teman lelakinya.

"Tidak payahlah, Tim. Cody kan ada bersama dengan kami. Kau berehat sajalah dirumah dulu." Saran Wanda memujuk. 

Tetapi pemuda itu merengus.

"Ahh, kalau Cody turut serta, bolehlah saya melepak dengannya dicafe." Timmy sengaja berkata begitu kerana mahu menguji teman wanitanya. Wanda terkelu. Dengan serta merta Wanda membatalkan niatnya untuk menemui Cosmo, lalu dia beredar dari meja makan menuju ke bilik tidur. 

Timmy hanya melihat wajah teman wanitanya mencuka dan berlalu begitu saja meninggalkan dia bersarapan seorang diri. 

Sejurus kemudian gadis itu keluar sambil menekap handponenya ke cuping telinga dan berjalan menuju ke tingkap. Wanda berdiri disitu sambil memerhati luar kondo.

Dan,

📱 "Rach, helo. Tak jadilah pergi. Besok sajalah. Saya tidak sihat." Nada Wanda sengaja dikuatkan agar Timmy mendengar perbualan itu.
"Okay, sorry. Lain kali saja. Bye!"

Klik.

Selamba Wanda melintasi dapur menuju semula kebilik.

Timmy hanya melirik tajam kearah kelibat teman wanitanya yang hilang disebalik pintu. 
'Apa lagi yang dia cuba sembunyikan dari saya ni?' Timmy meneka neka didalam hati. Gelagat Wanda selepas kejadian tempoh hari, amat berlainan sekali.

CALL GIRL (completed) Where stories live. Discover now