c10

10.6K 62 0
                                        

Chapter TEN

✒...

"KENAPA pula kau tiba tiba berada dirumah? Bukankah kau ke luar kota selama 3 hari? Apa yang telah terjadi?" Timmy menyoal Wanda bertalu talu. Ia membuatkan gadis itu menjadi bingung untuk seketika waktu. Wanda memejamkan matanya.
Timmy menjangkakan ada sesuatu yang terjadi  pabila melihat  teman wanitanya  tiba tiba berubah tingkah laku. 

"Wanda? Ada apa apa yang kau nak beritahu saya ke?" Tanya Timmy dengan suara perlahan, lalu mendekati teman wanitanya yang tampaknya begitu tertekan.

Timmy menyentuh bahu gadis tersebut. 

"Hey," ungkap Timmy dengan nada lembut. Wanda sehabis daya ingin menyembunyikan
gusar hatinya pada Timmy. Dia tidak mahu memberitahu perkara itu padanya ketika ini.

Wanda menggelengkan kepalanya sambil tersenyum pada Timmy.

'Biarlah ia menjadi rahsia.' Bisik hati kecil Wanda. Timmy didakapnya mesra sambil mendaratkan satu ciuman lembut dibibir pemuda itu.
Ciuman Wanda lantas dibalas dengan kuluman hangat oleh teman lelakinya.

Setelah adegen ciuman berpanjangan selama beberapa minit, "Kau tak lapar ke, Wanda?" Timmy menyuarakan Keinginannya untuk keluar makan, bersama Wanda. Tetapi gadis itu menolak dengan sopan. 
Ini kerana dia dan Cosmo telah menikmati makan tengah hari sewaktu berada dikomplex membeli belah dibandar X tadi. 
Perutnya masih kekenyangan. Tetapi tidak bagi Timmy, sepinggan spagethi tidak mencukupi bagi perut seorang lelaki sepertinya.

"Jom kita keluar makan?" Timmy menyatakan hasratnya sekali lagi.

"Tim," Wanda bersuara manja kerana malas ingin keluar lagi. Kakinya sudah lenguh berjalan sepanjang hari menemani Kliennya itu. Wanda mendengus kecil. 

"Kalau begitu, Tim keluar cari makan dulu lah. Peti Sejuk pun dah kosong. Kau nak pesan apa apa?" Tanya Timmy sekian kalinya, seraya berdiri dan mencapai jacket dibahu bangku.  Wanda menggelengkan kepala.

Lagipun Timmy teringatkan Vicky yang tidak diberinya apa apa setelah meninggalkan dia bersama dengan janda muda itu. 

"Wanda penat berjalan seharianlah, Tim. Tak mahulah." Ujar gadis itu melelapkan mata disofa.

"Bukan sekretari hanya duduk diofis ke?" Timmy menyoal sambil meyarungkan jacket itu ketubuhnya. Dia teragak agak dengan penjelasan teman wanitanya. 

"Hari ini Wanda sepatutnya bersama boss ke luar kota. Tetapi dibatalkannya pada saat saat akhir. Lalu Wanda hanya temani dia disekitar bandar X  bersama dengan seorang klien." Jelas Wanda membohongi Timmy.  Tetapi pemuda itu masih sangsi dengan penjelasan tersebut. Untuk kali ini, dia tidak akan mempercayai bulat bulat kata kata Wanda lagi. Kerana dia yakin, teman wanitanya sedang merahsiakan sesuatu darinya.
Namun begitu, sekarang ini, dia cuma mengiyakan apa jua yang diperkatakan oleh Wanda. Ini dilakukannya kerana nanti, dia mahu melakukan siasatan keatas teman wanitanya secara senyap, dan masih dalam perancangannya agar ia berjalan dengan lancar serta harus diluar pengetahuan gadis tersebut. 

"Oh kalau begitu kau berehatlah. Tim keluar dulu membeli makanan." Wanda menganggukkan kepala sambil senyuman meleret dibibirnya. 

#
#

Setelah teman lelakinya beredar dari rumah, Wanda bingkas bangun dan meluru kearah tingkap kaca. Langsir diselaknya sedikit. Tidak lama kemudian kelibat Timmy terpacul dibawah bangunan kondo. Wanda memerhatikan gerak geri teman lelakinya itu.
Timmy menyeberangi jalan menuju ke kedai serbaneka dihujung bangunan terbabit. Wanda tidak sama sekali melarikan anak mata kearah Timmy. Kelakuan pemuda itu diperhatikan saja sehingga dia  keluar dari kedai tersebut. Timmy menjinjit dua beg plastik besar berupa barangan yang dibeli. Wanda tersenyum dibalik tingkap, namun riak wajahnya berubah serta merta kerana teman lelakinya bukan terus balik ke kondo, tetapi melancong kearah belakang bangunan kedai tersebut. 

CALL GIRL (completed) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang