⚠
Chapter ELEVEN
✒....
Timmy mula menghidu ada sesuatu yang berlaku terhadap Wanda dan juga Vicky!
'Apakah Wanda juga dalam genggaman Sindiket yang telah mengugut Vicky? Mustahil!'
Segera Timmy meletakkan plastik beg diatas lantai lalu memegang kedua belah bahu Wanda lalu mengocak tubuh itu.
"Wanda, saya rasa kau tidak sihat!"
Gadis itu tersengih lagi.
"Tidak sihat? Apa maksud kau saya tidak sihat?"
Mata Timmy terkebil kebil. Dia tidak mahu menyoal teman wanitanya apa apa. Serta merta Timmy membawa Wanda masuk kedalam bilik tidur dan membaringkan gadis itu diatas katil. Wanda membiarkan dirinya diperlakukan sedemikan.
"Tim," Wanda memegang erat lengan teman lelakinya.
"Kau memang tidak Sihat!" Timmy mengherdik Wanda tetapi dalam keadaan dirinya yang terkawal. Wanda menjadi hairan.
Sepintas lalu dia teringat pada waktu tengah hari tadi, semasa makan bersama dengan kliennya itu, Wanda meminta diri untuk pergi ketandas. Sesudah dia kembali semula ke meja makan, dia lantas saja meminum air yang telah terhidang diatas meja tersebut kerana terlalu dahaga.
"Kenapa pula kau kata saya tidak sihat, Tim?" Wanda mula mendesah. Kedua kakinya digesekkan dipunggung Timmy yang sedang berada diatas tubuh serta memandang wajahnya.
Timmy menekap tapak tangan didahi Wanda. Sengaja dia berbuat begitu terhadap teman wanitanya agar gadis itu tidak berasa terlalu cemas.
"Tim," Wanda memanggil lagi. Tetapi Timmy bingkas mengalihkan tubuhnya dan terus keluar menuju kedapur. Tidak lama kemudian Timmy membawa segelas air yang berwarna putih susu.
"Wanda, minum air ni." Timmy mendekatkan gelas kaca itu dibibir teman wanitanya. Wanda menghirup cecair putih itu perlahan lahan.
"Uhm, dari mana kau dapat air kelapa ni?" Tanya Wanda kemamaian. Ubat peransang yang diletakkan didalam minumannya telah memberi kesan terhadap tubuh gadis tersebut.
"Tim menyimpannya dipeti ais seminggu yang lalu. Itupun tarikh luputnya hampir tamat. Habiskan semua." Ujar Timmy menekan gelap itu dimulut Wanda.
Setelah habis meneguk air kelapa itu, Wanda berbaring semula.
"Kenapa kau beri saya minum air tu, Tim?" Soalnya.
Timmy menghela nafas kecil lalu tersenyum.
"Untuk hilangkan 'kepeningan' dikepala kau tu. Esok pagi, saya mahu pergi kerja. Ada panggilan menghantar daging." Timmy pula berbohong pada teman wanitanya. Tetapi motifnya berbuat demikian untuk menyiasat sindiket yang memerangkap Vicky."Kau kerja ke esok?" Soal Timmy lagi. Teman wanitanya mengangguk kecil.
"Kalau begitu, kau tidurlah sekarang. Saya mahu makan. Sudah lapar." Kata Timmy lalu menarik selimut menyelimuti tubuh Wanda yang hanya berseluar dalam.
*
"Wanda tentu kepanasan sekarang ini!" Cosmo yang telah berada dirumahnya, membelek belek hp ditangan. Lelaki kacak itu yakin, gadis panggilan itu akan menghubunginya selepas ubat peransang itu memberi kesan keatas tubuhnya.
"Saya tidak boleh terburu buru untuk mendapatkan gadis itu." Sekilas itu, Cosmo memandang isterinya yang koma diatas katil. Perlahan lahan Cosmo mendekati isterinya yang sedang terdampar seperti patung yang tidak bernyawa.

ANDA SEDANG MEMBACA
CALL GIRL (completed)
FanfictionKarya fuukye js Cerita berkisar tentang percintaan yang tidak tulus penuh dengan konflik serta misteri. AMARAN KERAS ! Tidak sesuai untuk bacaan pembaca bawah umur. Karya ini hanyalah rekaan semata mata tidak ada kena mengena dengan cer...