Chapter SEVENTEEN
✒...
Rach bersama Vicky berlarian mendapatkan Cody yang kecungapan di parkir kereta.
"Apa kena dengan Wanda tu?!" Rach memegang bahu Cody sesampai mereka disitu.
"Tidak tahulah, tapi yang pasti, Wanda semacam sembunyikan sesuatu dari pengetahuan kita." Jelas Cody mengesat keringat.
Rach berfikir sejenak dengan ungkapan yang telah dibisikkan oleh Wanda padanya tadi."Cody, tadi Wanda ada berkata sesuatu pada saya. Katanya, apa pun yang Timmy soal, katakan ya sahaja. Rach tidak tahu apa maksud dia berkata demikian." Cody seraya memandang wajah teman wanitanya sambil mengerutkan kening.
"Apa kita mahu buat sekarang?" Vicky mencelah. Kedua pasangan itu segera memandang Vicky.
"Kita minta kebenaran untuk berjumpa dengan Timmy." Ujar Cody seraya memalingkan tubuh menuju semula ke bangunan terbabit.
Rach mengangkat kedua bahunya. Vicky tidak mahu ketinggalan, gadis itu ikut serta bersama mereka kembali ke balai.*
"Sialan lelaki itu! Apa lagi yang dihasut pada Wanda? Tidak guna!" Timmy menghentak meja. Jaringan besi yang memisahkan mereka, menyakitkan hati Timmy. Jiwanya berkobar kobar ingin mengetahui apa yang membuatkan Wanda bertindak ikut kemahuan Cosmo.
"Cody, kau pergi ke kondo saya. Cari sesuatu disitu. Mungkin Wanda ada sembunyikan sesuatu didalam sana." Rayu Timmy kepada rakan baiknya.
"Tidak, Tim. Kita akan pergi bersama." Cody memberi harapan pada Timmy. Pemuda itu mengenggam rel besi.
"Maksud kau?"
"Saya akan buat rayuan dan menjamin kau keluar dari sini, hari ini." Cody menjulur tangan menepuk bahu Timmy.
"Jangan risau, Tim. Semuanya akan berakhir."Pujuk Cody lagi meredakan kekalutan itu.Ada bening bertakung dikelopak mata Timmy. Pemuda itu mengesatnya cepat cepat.
"Thank you my friend!" Timmy memegang erat lengan Cody tanda dia teramat menghargai pertolongan tersebut."Okay, saya akan menemui Ketua Penjara, iaitu Sarjan Scott. Bersabarlah, Tim. Doakan agar kau dilepaskan."
Timmy menundukkan kepalanya.**
"Jenayah yang dilakukannya tidaklah begitu berat, tetapi dia ada niat untuk mencederakan tertuduh. Jadi, penjara 3 hari sudah memadai untuk dirinya agar dapat mengawal emosi." Jelas Sarjan Scott pabila Cody mengemukakan rayuan ikat jamin bagi pihak Timmy.
Namun Sarjan Scott begitu keberatan untuk melepaskan pemuda itu.
Cody berkeras juga ingin menjamin rakan baiknya!Sarjan Scott mengeluh berat.
"Baiklah, tetapi dia akan diawasi agar tidak mendekati tertuduh selepas ini. Lagipun, Peguam Alfred ada memesan pada saya, dia akan menemui kamu semula lagi dalam beberapa hari ini, kerana rundingan tadi tidak berjalan dengan lancar." Ujar Sarjan Scott panjang lebar.
Cody seraya mengangguk laju.
Pemuda sasa itu juga berjanji akan menjaga Timmy, agar kelakuan agresifnya tidak berulang lagi.Maka kata putus itu dimeteri.
Timmy diikat jamin sejurus itu.
***
DiKondo Sewaan Timmy.
"Mesti ada sesuatu disini!" Mereka mengeledah rumah tersebut, tetapi tidak memperoleh satu apa pun.
"Mahu saya buatkan kopi?" Vicky terpacul dimuka pintu bilik sambil memegang teko.
YOU ARE READING
CALL GIRL (completed)
FanficKarya fuukye js Cerita berkisar tentang percintaan yang tidak tulus penuh dengan konflik serta misteri. AMARAN KERAS ! Tidak sesuai untuk bacaan pembaca bawah umur. Karya ini hanyalah rekaan semata mata tidak ada kena mengena dengan cer...