c2

30.4K 99 0
                                        

Chapter two
✒...

Timmy menghela sedikit nafas dihidung.
"Jadi, Katakan apa kerja yang sedang menanti kau." Timmy Kemudian menyandar dibahu bangku. Menunggu jawapan dari teman wanitanya.

Wanda jadi tidak keruan mendengar soalan yang diajukan padanya. Tatapan mata tajam dari Timmy tidak berani dibalas.
Kerja yang ditawarkan untuknya itu memang senang digalas. Lebih lebih lagi ianya tidak memerlukan segulung ijazah, cukup Cuma mempunyai penampilan menarik dan pandai bermain kata. Lagipun habuan yang diperolehi dari kerja tersebut amatlah lumayan besarnya.

Wanda tidak pernah terfikir akan akibatnya dimasa depan, yang penting ia dapat menyara hidupnya dan dapat meringankan beban tanggungan Timmy terhadapnya.

"You still didn't answer me, Wanda." Timmy mula berubah wajah.

Jantung gadis tersebut kian berdegup Kencang tatkala melihat wajah teman lelakinya bertukar lebih serius menantinya membuka pekung didada.

"Say something will ya." Timmy menekan perasaan Wanda. 

Wanda menelan air liur yang semakin menebal dianak tekak.

GLUP...

Wanda mengumul jari jemari dibawah meja.
Kepala ditundukkan menghala hujung 👟.

"Sebenarnya Wanda ditawarkan bekerja disebuah syarikat permodelan. Tetapi sebagai sekretari." Gadis itu berbohong.

"Lagi?" Timmy masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu. 

Wanda mendongak wajah. Dahinya berkerut.
'Tidak cukupkah dengan jawapan itu?' Getus hatinya.

"Err.. Lagi apa, Tim?" Wanda berpura pura tersenyum tawar.

"Itu saja? Syarikat model apa? Bikini? Majalah?" Timmy mencungkil lagi. 

"Oh!" Wanda tergelak kecil. Gadis itu membuang rasa cemasnya dihadapan teman lelakinya itu. 

"Syarikat Model untuk majalah hiburan." Jawab Wanda terdekah dekah menahan diri agar tidak ketara gementar dimata Timmy. 

"I see. Jadi Kau nak minta Tim temankan kau pergi ke sana untuk temuduga nanti?" Lelaki itu menawar diri. Wanda kembali tersentap.
Gadis itu menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tak payahlah Tim, lagipun orang tu kata, dia akan menjemput Wanda sendiri." Ujar Wanda dengan nada lembut. Dia tidak mahu Timmy mengesyaki apa apa tentang kerja tersebut.

"Kenapa tidak? Mana tahu orang tu cuma nak mengambil Kesempatan? Kau kan cantik, berpendidikan tinggi. Siapa yang tidak tergoda." Timmy mengeluh kesah.

Wanda mula terasa lapang dihati.
Setidak tidaknya teman lelaki hanya bersikap cemburu dan tidak mengesyaki apa apa perihal kerja yang ditawarkan.

"I will be alright, Tim. Don't worry. Temuduga tu pun bukannya waktu Malam, tapi disiang hari. Siapalah mahu ambil Kesempatan pada Wanda. Lagipun bukan Wanda seorang saja yang berada disitu nanti. Ramai lagi gadis lain." Wanda cuba meyakinkan teman lelakinya yang sudah mula kelihatan risau.

"Baiklah. Tim tunggu dikondo saja." Timmy akhirnya mengalah. Ia membuatkan Wanda bertambah tambah riang. Jikalau temuduga itu berjaya, maka hidupnya akan bertambah senang. Tidaklah lagi Timmy bersusah payah memunggah daging daging hamis untuk dihantar ke restoren restoren sekitar bandar X. 

"Thank you sayang sebab memahami!." Kemudian Wanda menadah tangannya agar digapai oleh Timmy. Lelaki itu tersenyum seraya menggenggam huluran jari jemari teman wanitanya.

***
**
*

"Silakan masuk Cik Wanda. Boss sedang menunggu didalam." Lelaki berkot biru hitam mempelawa gadis itu untuk masuk kedalam sebuah bilik. Wanda mengangguk tanda faham lalu mengekori lelaki tersebut sehingga sampai ke bilik yang dimaksudkan.

CALL GIRL (completed) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang