₂₆

31 5 0
                                    

"shhh diam" anna menarik con agar bersembunyi. Dahlah malam, takut orang tahu pulak operasi mereka malam ni.

"so what are we gonna do?" soal con.

"i nak kita pecah masuk files room, i nak cari file elena dengan geng dia" kata anna yang sudah siap merancang rancangan ini.

"what? are you out of your mind?" tanya con terkejut mendengar rancangan anna.

"chill lah!"

"kalau kita kena tangkap, kita boleh kena gantung tau" kata con mengingatkan risiko mereka.

"takpe, i dah settle awal-awal. Jom! before orang nampak" ajak anna. Con terpaksa bersetuju.

Mereka berdua berjaya menyelinap masuk ke dalam files room. Hairan con melihat anna menyimpan kunci bilik tersebut.

"mana pulak you dapat kunci ni?"

"heheh i curi dari guard" jawab anna selamba. Terkejut con mendengar jawapan anna. Anna terus menuju ke sebuah rak yang tersusun banyak file. Con hanya menyuluh sekeliling dengan lampu suluh telefonnya.

Setelah beberapa minit mencari, anna menjumpai file kepunyaan elena, luna, sherin dan amanda. Dia tersenyum sinis.

"yas! i got it! Now i dah boleh tahu record diorang"

Con hanya mengangguk. Dia mengajak anna pulang ke dorm namun telinga mereka menangkap bunyi langkah disebalik pintu. Mereka berdua terus menyorok di dalam sebuah almari.

Anna menahan nafas di sebelah con di dalam almari berhabuk itu. Hidungnya berasa gatal. Please jangan hachoom.

Kedengaran pintu dibuka, seseorang menjengahkan kepala melihat keadaan bilik tersebut. Pintu ditutup balik lalu dikunci. Anna dan con yang mendengar pintu dikunci dari luar segera terkedu. Damn!

***

Keesokan harinya, jas, diana dan aeya hairan anna tidak ada di dalam dorm. Mereka bersangka baik memikirkan anna sudah turun ke sekolah awal. Namun sangkaan mereka meleset apabila anna tidak menghadiri kelas.

"dia dekat mana?" tanya aeya kepada diana. Jas disebelah turut mendengar. Mereka bercakap secara senyap-senyap semasa sir troye sedang menunjukkan sesuatu di skrin besar.

"aku pun taktau, semalam dia cakap ada hal. Tup tup dia tak balik" ujar diana. Jas berfikir seketika.

"dia jumpa con kot?" sangka jas.

"tapi takkanlah tak balik kot?" aeya hairan. Tiba-tiba telefon mereka bertiga berbunyi apabila notifications masuk. Telefon segera dibuka.

SOS! Stuck in files room with con. Find the key! - Anna.

Jas, diana dan aeya berpandangan sesama sendiri selepas mendapat chat dari anna dalam group mereka. Jas segera berfikir.

"okay kita cari kunci dulu lepastu cari dylan and nik" cadang jas kepada diana dan aeya.

"adam?" soal aeya.

"whatever"

"eh no no, biar aku dengan aeya cari diorang and kau cari kunci tu. Then pergi files room terus tau" ujar diana. Jas dan aeya bersetuju. Mereka bergegas keluar setelah mendapat izin sir troye.

***

"dah?" soal con. Mata memandang anna. Anna mengangguk.

"by the way, sorry involve kan you. I tak expect pun kita akan stuck dalam ni"

Con berjalan ke arah anna yang serba salah itu.

"takpe, maybe for kenangan one day nanti. Mane lah tahu kan" gurau con. Anna mendengar turut tertawa.

"stuck dalam stor pun nak sweet" kata anna. Con tersengih.

"you nak buat apa eh dengan files tu?" soal con menunjuk files yang berada di tangan anna.

"mana tau, as a proof ke. Senang sikit kerja kita" jawab anna. Mereka berdua terus berborak sementara menunggu kedatangan kawan-kawan mereka yang lain.

***

Jas melangkah dengan buntu. Dia baru selesai singgah di pondok guard sekolah. Ingat nak mintak kunci, tapi kunci pulak takde. Apa jenis guard lah tak simpan kunci spare files room?

Dia hanya melangkah mengikut gerak hati. Takkan nak patah balik cari diana dan aeya kan? Jadi dia teruskan langkah menuju ke files room.

Tiba-tiba matanya menangkap kelibat seseorang berdiri di hadapan files room. Alamak, adam buat apa kat sini. Jas berkira-kira nak patah balik ke tak?

"buat-buat bodoh je lah" kata jas seorang. Buat apa lah si adam ni dekat sini jugak? Menyemak.

"err you dapat chat dari anna jugak ke?" soal adam sedikit gementar. Masih berperang lah katakan. Jas hanya mengangguk.

"oh con pun ada chat kiteorang" terang adam. Jas hanya berdiri berpeluk tubuh. Malas berbunyi.

'eh kalau diorang tahu, kenapa si adam sorang je kat sini?' jas hairan di dalam hati. Nak tak nak terpaksa dia bertanya adam.

"mana nik and con? and why you kat sini pulak?"

"both of them cakap nak cari diana and aeya. I kat sini sebab nak buka pintu ni lah" kata adam yang memang sudah berdiri di hadapan pintu itu.

"then bukaklah cepat!" gesa jas. Yang adam ni berborak dari tadi dah kenapa. Patutlah guard cakap kunci takde.

Adam tersengih lalu mencuba membuka pintu itu. Belum sempat pintu terbuka, diana, aeya, dylan dan nik datang ke arah mereka.

"sorry, kiteorang tak jumpa diorang tadi" kata aeya memaksudkan dylan dan nik.

"haah, susah sangat cari diorang ni" sambung nik.

"memanglah, yang korang cari sesama diri dah kenapa?" marah jas. Cant relate betollah.

Mereka berempat tersengih selepas dimarahi jas.

"dah! Jom buka" selepas memasukkan kunci, pintu itu terbuka.

"Anna!" jas, diana dan aeya segera menghampiri anna yang duduk di lantai itu. Rilek je dia main game.

a new life,live,love! 'season 2' [Completed]Where stories live. Discover now