"Hausnya. Baik aku pergi dapur minum air. Boleh hilangkan dahaga.
Blaze meletakkan semula alat permainannya dan menuju ke dapur untuk mendapatkan air. Apabila dia tiba sahaja ke dapur, dia terbau aroma muffin yang menyelerakan. Tiba² dia mendengar perbualan seseorang di dapur.
"Hmmm~ Sedap betul muffin kau, Taufan."
Blaze mengintai sedikit dan melihat Ice yang sedang memegang muffin dan Taufan yang sibuk membersihkan alat masakan yang digunakan tadi.
"Terima kasih. Aku tau kau lapar sebab kau tidur tadi kan waktu makan tengah hari." -Taufan
"Wow, perihatin betul kau ni." -Ice
"Eh, semua tahulah yang kau tak makan tengah hari tadi. Lagipun aku free sekarang ni. Makanlah dulu. Nanti kalau yang lain nampak, habis aku kena marah sebab kasik kau makan muffin lagi." -Taufan
"Tak semua yang tahu. Maksud aku, tak semua yang faham sebab tadi kan Blaze ajak aku main dengan dia, tapi aku menolak. Lepastu dia terus menghentakkan kaki dan menuju ke bilik dia. Haish, kalaulah dia faham. Ni tak, asyik fikirkan masalah dia jer! Sampaikan waktu dia mengamuk dekat planet Volcania tu pun aku pulak yang kena uruskan." -Ice
"Alaaa, dia bosan lah tu. Thorn sekarang kan tengah kena tuisyen dengan Solar. Si Hali tu dia pulak pergi mana entahnya. Aku tadi sibuk dengan Gempa." -Taufan
"Aku tau tu. Sekali lagi, terima kasih. Kau lah kembar yang aku paling terbaik!" -Ice
Tanpa mereka sedar, Blaze sudahpun mendengar kesemuanya perbualan mereka. Dia dengan segera menuju ke biliknya semula sebelum merebahkan dirinya di atas katil.
'Ice tak suka aku ke? Dia benci aku ke? Aku teruk sangat ke?'
Soalan itu terus bermain di dalam kepalanya. Dia mula menangis apabila memikirkan hal tadi dan tidak lama kemudian dia pun tidur.
..............ノ(・ω・)ノ..............
"Woi, Blaze. Kenapa kau murung jer ni?" -Taufan
"Ada siapa² yang kacau Blaze ke? Meh sini Thorn kerjakan dia" -Thorn
"Tak ada apa² lah. Ni masalah personal." -Blaze
"Kau lupa ke kita ni semua sama. Masalah kau, masalah kitorang jugak. Kenapa ni?" -Taufan
"Aku....aku teruk sangat ke?" -Blaze
"Kenapa Blaze tanya macam tu?" -Thorn
"Yelah, sebab first time aku muncul mesti buat masalah. First time dulu aku rosakkan satu bandar. Second time, aku hampir buat semua terbunuh dekat Planet Volcania lepas. Aku...ni memang terukkan?" -Blaze
"Kau mana ada teruk. Kalau kau nak tau, kau antara elemental yang terkuat sebab kau selalu serang dari jarak dekat." -Taufan
"Betul tu! Thorn kagum betul dengan keberanian Blaze bila berlawan!!" -Thorn
"Tapi aku selalu buat masalah kat rumah ni. Semua benci aku. Orang lain pun takut dengan aku." -Blaze
"Tu sebab kau tak pandai kawal diri kau."
Semua terus memandang Hali yang muncul dari arah belakang rumah.
"Kau...buat apa kat sana" -Taufan
"Aku tengah berlatihlah. Aku datang ke sini sebab nampak ada ayam bermulut itik nih" Hali menunjukkan Blaze yang tengah sedih itu.
"Kau ni kacau mood betul. Aku tengah sedih, kau ejek aku pulak" -Blaze
"Eleh, sedih konon. Ni bad mood mesti sebab Ice kan? Kan?" -Hali
ANDA SEDANG MEMBACA
Boboiboy Elemental Journal {FINISH}
Losowe"Aaaaaaaaaaaaaaaa lari weyh!! Trio cool dah bangun dari sleeping beauty"-Blaze "hahahahaha. Tu lah sapa suruh tidur waktu tengah hari buta an??"-Taufan "I am innocent! Kenapa aku kena terjebak sekali ni!! NI SEMUA KORANG PUNYA PASAL AH!!" -Thorn ...
