☕Cafe☕

569 50 120
                                        

"Baik lah, Tok Aba. Nanti Gempa beritahu yang lain. Jangan lupa ambil gambar banyak² dengan ochobot. Ochobot pandai ambil gambar walaupun kadang² nampak jarinya."

Pintu rumah dibuka. Hali masuk ke dalam rumah dan meletakkan bakul yang tadi diisi dengan tin koko. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.

"Assalamualaikum, penghuni rumah yang masih tidur. Hali dah pulang."

"Waalaikumussalam. Aik, beri salam orang yang masih tidur je ke?"

Gempa menyahut salam Hali setelah meletakkan telefon pintarnya. Setelah mencuci tangan, Hali segera menuang nasi goreng yang dimasak oleh Gempa.

"Kau ni pun suka makan sorang² ye. Kok ye pun, tunggulah yang lain tu."

Hali melirik ke arah Gempa sebelum menyambung mengunyah nasi goreng tersebut.

"Lambat lagi nak tunggu diorang sarapan. Lagipun, bising lah makan ramai²"

Gempa menggeleng sebelum duduk di hadapan Hali. Di dalam rumah ni, Hali dan Ice merupakan hamba Allah yang paling malas bersosial dengan orang luar termasuk kembarnya sendiri.

"Kejap lagi kejutkan diorang. Nanti aku upah RM 5."

"Aik, dah besar panjang macam tu pun nak dikejutkan ke?"

"Harini kita kena tolong Tok Aba jaga kedai. Diorang pergi melawat pameran pertanian dekat mana aku pun tak tahu."

Setelah menghabiskan sarapannya, dia segera membasuh pinggan sebelum pergi ke bilik Taufan.

"Solat lebih bagus daripada tidur."

Ringkas. Sepotong ayat tersebut berjaya membangunkan Taufan. Begitu juga yang lain.

" Cepat bangun. Ada emergency. Mandi, lepastu makan, lepastu pergi ruang tamu. No question just move quickly."

☕.☕.☕.☕.☕.☕.☕.☕.☕.☕.☕

"Jadi, apa emergency nya?"

"Emergency?"

"Hali kata tadi ada emergency."

Pukul 7.58 pagi. Gempa, Blaze dan Ice sudahpun siap sarapan dan duduk di ruang tamu. Ice berada di dapur menambah nasinya.

" Wah, semua dah siap!"

Kelihatan Solar yang lepas mandi keluar dari biliknya. Rambutnya agak serabai tidak disikat. Bahunya tergantung tuala kecil untuk mengeringkan rambutnya.

"Ish, kering lah dulu rambut tu."

"Yelah, nak pergi keringkan rambut lah ni. Nak minta Hali punya pengering rambut."

"Mana kau punya?"

Solar tersenyum senget sambil menutup mukanya yang merah padam. Thorn yang baru keluar dari biliknya juga mencebik sebelum memberitahu Gempa.

"Dia punya Thorn ambil. Sebab haritu Thorn punya rosak lepastu si elemental cahaya ni nak betulkan walaupun Thorn nak hantar kat— Ouch"

Lengannya dicubit oleh Solar. Thorn terus memukul bahu Solar dengan kuat.

"AHH— sakitlah. Janganlah bagitau Gempa!"

"Padan muka. Tu lah, sombong lagi."

Gempa menggelengkan kepalanya. Haish sekarang ni Thorn dengan Solar kerap bergaduh selepas misi mendapatkan power sphera pasu—? Dia pun dah lupa.

"Solar aku rasa an, kalau kau fusion dengan elemental lain, mesti kau akan kerap bergaduh dengan elemen tu lah."

"Ah sudah."

Boboiboy Elemental Journal {FINISH}Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang