"Yah, cepat habiskan sarapan tu. Harini hari bersihkan rumah."
Hari Sabtu. Hari mengemas rumah. Hari dimana semua penghuni di rumah banglo itu menjadi malas kecuali si penguasa elemental tanah.
"Malasnya nak basuh baju harini." Blaze mengeluh. Dia kebiasaannya mengambil tugasan membasuh dan menjemur pakaian. Lipat pakaian? Bukan dia.
"Hek eleh. Setakat basuh dan jemur pakaian tu pun nak malas. Aku lagi malas nak buat susun atur kat dapur." Taufan merupakan orang kedua yang bertanggungjawab atas penjagaan dapur selepas Gempa.
"Susun atur dapur lagi senang daripada basuh baju lah." -Blaze
"Senyaplah korang berdua. Thorn pun banyak jugak tau. Thorn nak kene kemas kat garden tau." Thorn dan garden. Lansung tak boleh berpisah.
"Thorn punya kerja senang jugak. Cuma siram pokok je kan?" -Hali
"Tak senanglah Hali. Kerja Hali lagi senang. Hali cuma kena sapu dan susun balik barang kat rumah ni jer." Hali ditugaskan untuk menyusun barang kerana dia merupakan orang yang agak teliti di rumah.
"Korang semua punya kerja okey lagi. Aku kena baiki semua benda yang korang rosakkan dalam minggu ni."
Kalau diorang nak tebuk dinding ke, nak pasang benda baru ke, semuanya dituju ke arah Solar."Aku kena basuh seluruh benda kat rumah kecuali baju." Ofc lah Ice selalu jadi mangsa bab mencuci ni hah.
Maka bermulalah perang rumah kesebelas. Masing² mula bertengkar siapakah kerja paling banyak dan susah di rumah banglo itu.
"SENYAP!!!"
Secara automatik, mereka semua terdiam. Kelihatan Gempa memandang mereka dengan pandangan yang tajam sebelum menghabiskan makanannya.
"Semua orang punya tugasan sukar. Bukan senang nak buat semua tu. Patutnya kita sebagai seorang remaja berusia 16 tahun perlu tahu cara menyelesaikan konflik ini sebelum melancarkan apa² peperangan. Sebab itu kita perlu faham dengan tugas masing² dan jangan jual ikan dalam rumah ini."
"Er— jual ikan tu apa?" -Thorn
"Selfish!"
Aik, sejak bila Gempa pandai berloya buruk ni?
"Sehubungan dengan itu harini kita semua akan tukar tugasan masing². So korang boleh tau susah ke senang tugasan seseorang itu. Setuju??"
Hali memandang Taufan. Taufan memandang Blaze. Blaze memandang Ice. Ice memandang Thorn. Thorn memandang Solar. Solar memandang semula ke arah Gempa.
"So?"
"Erm..kami..."
"??"
"Setuju."
Gempa terus mengangguk. Mereka semua terus menghabiskan makanan mereka dengan cepat dan menuju ke ruang tamu.
"Baiklah. Hali ambil tugas Thorn. Thorn ambil tugas Hali. Blaze ambil tugas Solar dam Solar ambil tugas Ice. Taufan ambil tugas Blaze dan Ice ambil tugas Taufan. Ok?"
"Aip, apasal kau tak join sekali?" -Hali
"Sebab aku tak join korang bergaduh."
..........(○゚ε゚○).........
Hali berdiri kaku di hadapan store gardening yang dia pernah sekali mencari barang untuk gardening Thorn. Dia teringat kembali kata-kata Thorn tadi.
'Hali, nanti kau kena uruskan cantas pokok dulu, lepastu letak baja, dan siram pokok. Jangan lupa check tanaman sayuran kat hujung barat daya rumah kita.'
YOU ARE READING
Boboiboy Elemental Journal {FINISH}
Acak"Aaaaaaaaaaaaaaaa lari weyh!! Trio cool dah bangun dari sleeping beauty"-Blaze "hahahahaha. Tu lah sapa suruh tidur waktu tengah hari buta an??"-Taufan "I am innocent! Kenapa aku kena terjebak sekali ni!! NI SEMUA KORANG PUNYA PASAL AH!!" -Thorn ...