"Siapa rasa nak kahwin, angkat tangan."
"GEMPA, KITA MASIH REMAJA LAGI!"
Hampir sahaja Hali ingin mengetuk kepala Gempa menggunakan keris petirnya apabila ayat tersebut dilontarkan. Gempa jumpa calon pasangan hidup dalam perjalanan pulang dari Kedai Tok Aba ke?
"Kok ye pun buka kasut tu dulu." -Solar
"Jap, apa maksud kau dengan soalan tadi?" -Ice
"Erm, kahwin tu apa?"
"Halah², kahwin tu yang gebak gebuk duduk kat pelamin tu." -Blaze
Gempa tersenyum kecil setelah duduk di atas sofa yang empuk. Mereka yang lain terus mendekati Gempa bagi memahami persoalan Gempa yang ditanya secara mengejut.
"Hehehe bukan kita yang kahwin tapi kita kena sediakan tempat orang kahwin."
"Kita je ke?"
"Ala kamu tahu lah kawan² mesti tengah bercuti melawat sana-sini memandangkan kita sendiri kurang dapat waktu rehat dekat tapops."
Pernyataan Taufan disetujui oleh Gempa. Ya, mereka hanya berada di bumi apabila ada cuti yang diberikan atau terdapat misi yang perlu diselesaikan di sini. Buat masa ni, mereka sedang bercuti.
"Jadi, siapa yang kahwin ni?" -Hali
"Halah, ni yang dulu jadi guru praktikal kita waktu kita sekolah rendah dekat sini. Dia bertembung dengan aku waktu kelam-kabut. Katanya, wedding planner dia terpaksa batalkan tempahan sebab banjir kat kawasan dia."
"Bukan ke biasanya pari² yang datang ke bumi untuk hias kahwin orang."
Serentak mereka memandang Thorn dengan penuh tanda tanya. Memang Thorn ni terlalu innocent ke atau memang BoBoiBoy punya innocent memang macam tu?
"Taklah, kali ni kita jadi pari² hias kahwin orang."
Mata Thorn bersinar apabila mendengar ayat Solar. Solar hanya tersengih apabila dia berjaya menarik minat Thorn untuk menghias majlis perkahwinan guru mereka.
"Wahhh bila kita kena jadi pari² tu? Thorn nak letak bunga banyak²!"
"Lusa!"
...........................(っ˘з(˘⌣˘ )........................
"Ni ke tempatnya?"
Di hadapan mereka, terdapat sebuah dewan tertutup yang berdiri teguh dan bercat hitam putih. Dari luar, bangunan tersebut kelihatan sangat luas dan mereka yakin di dalamnya pasti lebih besar berbanding padang sekolah mereka.
"Banyak benda nak kena buat nih." -Taufan
"Erm, kalau aku tiba² sakit boleh tak?"
Ice menggaru kepalanya tidak gatal. Dia tahu pasti dia perlu banyak bergerak untuk menghias satu dewan ni.
"Tak. Sekarang ni jom masuk dulu."
Gempa mendahului mereka menuju ke pintu utama dewan sebelum membuka pintu dengan kunci yang berada di tangannya. Saat pintu dibuka, mereka dapat lihat ruang dewan yang luas tanpa sebarang perabot ataupun barang² yang mengisi dewan tersebut. Terdapat sebuah pentas di hujung dewan yang bakal dihiasi dengan pelamin yang sangat indah di sana nanti.
"Pergh, besar betul dewan ni. Mesti ramai kan yang datang ni."
"Maybe and aku bersyukur sangat dia minta kita tolong hiaskan dewan ni je. Kalau dia suruh layan tetamu, memang aku nak reject." -Blaze
"Hehehehehe tak sabar nak jadi pari² hias dewan."
Menurut maklumat yang mereka terima, lori akan menghantarkan barang untuk dihias pada pukul 10 dan masa menunjukkan jam 8. Mereka membuat keputusan untuk mengemas dewan tersebut dahulu bagi memudahkan proses menghias dewan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Boboiboy Elemental Journal {FINISH}
Diversos"Aaaaaaaaaaaaaaaa lari weyh!! Trio cool dah bangun dari sleeping beauty"-Blaze "hahahahaha. Tu lah sapa suruh tidur waktu tengah hari buta an??"-Taufan "I am innocent! Kenapa aku kena terjebak sekali ni!! NI SEMUA KORANG PUNYA PASAL AH!!" -Thorn ...
