❤Lego❤

763 69 46
                                        

"Assalamualaikum. Kami dah pulang!!"

Jam menunjukkan pukul 3 petang. Trio Troublemaker yang keluar pada pukul 2 petang itu sudah pulang setelah menuju ke kedai mainan.

"Waalaikumussalam. Aik, banyak barang kau beli Blaze?" -Solar

"Sebenarndewya bukan beli. Ni dari ayah." Blaze menunjukkan plastiknya yang dia pegang dari tadi.

"Oh, tu ke barangnya? Apa bendanya?" -Gempa

"Mainanlah. Sebab tu kena pergi kedai mainan." -Taufan

"Ayah ni fikir kita kanak² umur 10 tahun kot. Kenapa banyak² benda mainan jugak dia belikan." Hali yang baru muncul dari tingkat 3 terus menuju ke arah mereka.

"Kau ni suka muncul dari arah mana². Dengar pulak tu apa yang kitorang cakap." -Solar

"Mainan apa?" -Ice.

"Entah. Jom tengok!!" Thorn terus berlari menuju ke sebuah bilik yang kosong. Berapa banyak bilik eh dekat rumah Boboiboy. (Author memang suka letak banyak bilik. Dont ask.)

Sebaik sahaja mereka tiba di bilik itu, Blaze mengeluarkan mainan tersebut daripada plastik dan terlihat 7 buah kotak mainan.

"Tau² jer kita semua berpecah tujuh." -Gempa

Mereka segera mengambil kotak tersebut sebelum mengoyakkan kotak pembalut.

"Fuyooo!! Kapal terbanglah!" -Blaze

"Hm, macam lego." -Hali

"Lego?!" -Ice

"Ha'ah. Lego kapal terbang. Tengok warna Solar punya. Warna putih keemasan. Cantiknya!!" -Solar

"Nampaknya ayah bagi ikut warna kita semua. Aku punya warna coklat." -Gempa

"Ayah reka khas untuk kita ke? Ada logo Taufan dalam gambar ni." -Taufan

"Jom kita pasang. Thornie dah tak sabar nak main." Mereka semua mengangguk dan membuka mainan masing. Tetapi, Blaze sudah pun menuang legonya seperti bijirin sarapan pagi.

"Woi!! Jangan bersepahlah. Kalau hilang macam mana? Lego tu dahlah kecik." -Hali

"Rilekslah. Takkan hilang punyalah!" -Blaze

"Uish, susah ni." Taufan menggaru kepalanya yang sememangnya gatal sambil memandang buku manualnya itu.

"Nak pasang mana satu dulu ek?" -Thorn

"....." Ice membelek lego tersebut satu persatu dan mula mengasingkan mengikut jenis blok.

"Mesti aku dapat siap dulu!" -Solar

"Macam senang." Tanah

Maka, bermulalah mereka memasang lego masing². Di sini, kita dapat lihat 7 jenis manusia memasang lego. Siapakah yang dapat menyiapkan legonya dulu dan siapa yang paling lambat?

7 Jenis Manusia ketika Memasang Lego🔍

👉Hali

"Mula², aku kena pasang komponen ni dulu. Lepastu yang tu" Hali mula mencari beberapa komponen yang diperlukan.

"Wait—! Sengal lah!!" Semua memandang Hali yang sudah pun mencarut.

"Ya Allah, Hali!! Jaga mulut tu!" -Gempa

"Buku manual ni! Dia tak beritahu pun kena kosongkan bahagian ni. Dah kena pasang balik."

Buku manual yang tidak bersalah itu pulak dipersalahkan Hali akibat salah memasang komponen. Haish, kesian kau, buku manual~

Boboiboy Elemental Journal {FINISH}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang