❤Swap Chores❤ Part 2

603 62 55
                                    

"Dah siap pun tanam pokok!"

Halilintar merupakan salah seorang yang digeruni ketika berlawan dengan musuh sedang menepuk tangan dan melompat bagaikan kanak kanak riang. Sekali pandang dah macam Thorn memakai baju Hali pula.

Dia tersenyum lebar melihat 20 buah pokok bunga yang ditanamnya itu tersusun cantik di tapi tembok pagar rumahnya itu. Ni semua berkat dari ilmu Thorn yang mengajar cara menamam pokok beberapa bulan lepas.

"Done kerja pertama. Sekarang ni aku kena pergi melawat kebun buah-buahan dan sayur-sayuran."

Hali menyorong kereta sorong yang diisi dengan alatan gardening. Dia membuka pintu pagar mini yang setinggi pinggangnya itu. Kebun Thorn dibahagikan kepada dua. Satu untuk penanaman biasa dan satu lagi untuk tumbuhan berhawa sederhana seperti strawberri.

"Wait—apa tu?" Kelihatan sebuah kawasan mini yang tertulis 'Penduduk Kebun Thorn' yang ditulis dengan warna warni. Hali tersenyum senget apabila melihat design papan tanda tersebut. Ini pasti direka oleh Blaze dan Taufan. Siapa lagi yang akan lukis ayam makan biskut?

Dengan membaca doa selamat, dia memasuki kawasan tersebut. Manalah tau ada ular ke, lipan ke atau benda berbahaya dalam kawasan itu.
Seperti yang dijangka oleh Hali, terdapat beberapa serangga yang biasa dijumpai di kebun. Di bahagian kiri, terdapat sebuah akuarium mini yang diisi dengan beluncas yang mempunyai 7 warna berlainan.

"Merah, biru pekat, coklat, oren, biru cair, hijau, dan emas. Hm, macam familiar betul ulat beluncas ni."

"Hali buat apa kat sini?" Kedengaran suara yang berdiri di bahagian masuk.

"Oh, Thorn. Saja tengok ada apa kat sini. Nak tanya jap Thorn. Kenapa ulat beluncas ni nampak macam familiar je?" -Hali

"Sebab warna ulat beluncas ni sama macam kita." -Thorn

"Patut ah. Tapi kan pelik tengok dengan yang merah dengan emas tu. Nampak macam bergaduh. Dengan spesis sendiri pun bergaduh" Thorn memandang Hali dengan membuat muka menyampah.

' Eh eh. Dia pun sama. Asyik gaduh dengan Solar jer."

"Thorn buat apa kat sini?" Halu mengerutkan keningnya.

"Sapu luar." -Thorn

"Aik, dalam dah siap?"

"Yes. Senang betul sapu kat dalam. Patutlah Hali suka sapu rumah!!" Thorn tersenyum besar sambil membuat tanda 'peace'.

"Wah hebatnya Thorn. Kalau Hali sapu amik masa 1 jam untuk satu tingkat. Ini maksudnya Thorn lagi hebat dari Hali lah. Nanti Hali belanja aiskrim sebab berjaya buat tugasan sapu rumah." Hali membuat tanda 'good job' yang membuatkan senyuman Thorn semakin melebar.

"Yahooooooooo!! Hali nak belanja Thorm aiskrim." Thorn dengan gembiranya keluar dari kawasan itu sambil melompat kegembiraan diikuti dengan Hali.

Sementara itu, Solar sudah pun berpindah ke arah tingkap yang berdebu setebal 5 inci. Maklumlah, dah sebulan tak lap.

Untuk pengetahuan semua, solar merupakan seorang yang sangat pembersih dan agak cerewet tentang kebersihan. Maka, dengan menggunakan magiknya, muncullah topeng muka, sarung tangan dan pelindung mata.

"Kenapalah kau ni berhabuk sangat. Dah lah tebal!" Solar menyambung bebelannya sambil membersihkan tingkap.

"Ehem, hal ini kerana pemanasan global menjadi punca tingkap ni berhabuk akibat jerebu. Antara sebab pemanasan global ialah kau." -tingkap.

"Dari mana kau belajar ni?" Solar hairan.

"Aku ni kan tingkap bilik kau. Terletak dekat dengan meja belajar kau. So aku tahulah." -tingkap

Boboiboy Elemental Journal {FINISH}Where stories live. Discover now