❤Playground❤

860 76 21
                                        

"Ngap!"

Waktu pagi pada pukul 7, semua penghuni di rumah tersebut sedang menikmati sarapan pagi masing².

"Ice!! Jangan amik ayam goreng akulah!!" -Blaze

"Alaa, sikit jer aku amik. Lagipun kitakan orang yang sama." -Ice

"Korang ni, tengah makan pun nak gaduh. Ice, jangan amik makanan orang. Kau ni dahlah senang berisi" -Gempa

"Nanti aku bersenamlah." -Ice

"Tapi, Thorn tak pernah nampak Ice bersenam." -Thorn

"Entahnya. Mostly, kau selalu tidur lepas sarapan. Bukan tau nak pergi keluar untuk bersenam." -Taufan

"Mana ada orang pergi bersenam waktu awal pagi." -Ice

"Ada. Macam aku. Tapi, aku keluar sebab hantarkan koko Tok Aba." -Hali

"Sejak bila pula kau keluar hantar koko ni?" -Solar

"Aku hantar pukul 6:30. Sebab tu kau tak nampak." -Hali

"Mak aih, awalnya." -Blaze

Hali hanya mendiamkan diri. Dia terus menyambung makan nasi lemaknya tadi.

"Apa kata kalau pagi ni kita pergi playground! Dah lama kita tak bermain kat sana" -Thorn

Semua memandang Thorn dengan pelik kecuali Blaze dan Taufan. Playground? Untuk diorang yang dah umur 16 tahun ni?

"Ish kau ni Thorn. Kita dah umur 16 tahunlah. Tak sesuailah kalau kita pergi playground." -Gempa

"Tulah pasal. Nanti nampak pelik sangat kalau aku  main dekat playground. Hilang swag aku" -Solar

"Alaaaaa, Thorn teringin sangat nak main kat playground. Jomlah. Tak jauh pun dari sini." Thorn terus membuat taktiknya untuk memujuk orang. Dia membulatkan matanya sebesar yang mungkin.

"Thorn, stop that. Ok, kita semua pergi playground harini." -Solar.

"Kecuali aku. Aku taknak."

"Kau ni Hali. Selalu je membantah. Tak pernah setuju." -Taufan

"Lebih baik aku berlatih pedang dekat belakang rumah." -Hali

"Kau selalu berlatih. Tak penat ke?" -Ice

"Tak." -Hali

"Please, Hali. Kali ni jer. Kau jarang spend time dengan kitorang." -Gempa

"Haish, yelah." -Hali

"Yeahhhhh!!!"

.............(' ▽`).。o♡.............

"Kita dah sampai!!" -Taufan

"Yahooo, buaian!!" -Thorn

"Woooo, gelongsor!" -Blaze

Kini, mereka sudah pun sampai di playground. Mereka tidak pergi playground yang dekat kedai Tok Aba kerana tidak mahu dilihat orang lain.

"Aku rasa kita macam bawak budak 5 tahun main playground lah" -Ice

"Nak macam mana? Diorang punya perangai macam tu." -Gempa

"Bestnya dapat hirup udara segar." -Solar

"Hah jumpa pun." -Hali

Ice, Gempa dan Solar memandang Hali. Aik, dia pun nak main ke?

"Kau jumpa apa?" -Solar

Hali menunjuk ke arah bangku kosong yang berdekatan dengan playground tersebut. Dia terus bergerak ke arah bangku tersebut sebelum mengeluarkan phonenya.

Boboiboy Elemental Journal {FINISH}Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang