"Blaze, tolong hidupkan api jap."
"Alaa malasnya. Kenapa tak guna arang je?"
Jam tepat menunjukkan pukul 6. Gempa dan mneyediakan bahan masakan manakala Ice pula sudahpun berbaring di atas kerusi panjang. Solar pula dipaksa memantau trio troublemaker memandang dia sahaja yang tiada kerja.
"Guna jelah kuasa api kau tu. Dapat menjimatkan sumber bahan semulajadi kat bumi ni." -Solar
"Aish, yelah²."
Blaze dengan malasnya, mengheret kakinya ke arah tempat panggang makanan.
"Bebola berapi!."
"Huehuehue...terima kasih daun keladi."
Blaze mengangguk sebelum berlari dengan pantas terjun ke dalam kolam. Habis air kolam terpercik merata-rata.
"Woii, kalau nak terjun tu tak payah lah berlari." Taufan menjerit dengan kuat.
"Pergh, aku baru jer keringkan badan aku." -Ice
"Nasib jauh sikit dari kolam, kalau tak mesti api ni terpadam." Gempa tersenyum tanda bersyukur.
"Aku baru fikir tak nak basahkan baju aku." Hali melihat bajunya yang agak basah.
SPLASH 🌊
Satu ombak yang besar terkena Blaze. Mereka semua memandang arah ombak tersebut.
"Apa pandang²?"
Kelihatan Thorn sedang mengawal akar menjalarnya yang digunakan tadi untuk membuat ombak besar. First time tengok Thorn sebegitu.
"Wah, hebatnya Thorn!"
Solar menepuk tangan sebelum menunjukkan tanda 'good job' ke arah kembar kesayangannya. Thorn tersenyum lebar setelah mendegar pujian tersebut.
"Mana adil guna kuasa."
"Kita nak tanding kuasa kat kolam ke? "
Blaze mula mengeluarkan apinya. Taufan pula sudah mula membentuk bebola Taufan dan Thorn telahpun mengeluarkan banyak tumbuhan menjalar.
"Oi oi oi. Nak bergaduh tunggu aku keluar kolam." Solar mula mendekati tangga untuk keluar kolam. Kang nanti duduk dalam kolam, dia pula tercedera.
"Siapa yang dapat buat ombak besar dia menang. Kalau pihak lawan dapat padam ombak dengan api dia, orang tu kalah." -Taufan
Hali, Gempa dan Solar memandang antara satu sama lain. Ice yang menyaksikan kejadian itu menggeleng kepalanya sebelum bersuara.
"Baik korang berhenti semua benda tu sebelum aku kawal air dalam kolam tu dan lemaskan korang dalam tu."
Dengan itu, ketiga-tiga kuasa elemental itu terus menghilangkan kuasa masing². Bahaya ni bila Ice ugut sebab biasanya kalau dia ugut, dia akan buat.
"Haish korang ni."
🌊.🌊.🌊.🌊.🌊.🌊.🌊.🌊.🌊.🌊.🌊
"Ya Allah, sedapnya bau~ nak sikit Hali"
"Kalau nak, meh sini tolong aku."
Taufan memuncungkan bibirnya seperti itik. Kenapa lah sifat Hali ni dingin ye?
"Ish kau ni. Aku tengah mandi kolam lah."
"Then, get out from the pool dan tolong aku kipaskan." Hali menjeling ke arah Taufan sebelum memeriksa semula makanan tadi.
"Ceh."
Gempa tersenyum senget sebelum mengambil penyepit makanan dan mendekati Hali.
"Hm, ayam ni dah masak."Gempa memindahkan ayam tersebut di atas dulang.
YOU ARE READING
Boboiboy Elemental Journal {FINISH}
De Todo"Aaaaaaaaaaaaaaaa lari weyh!! Trio cool dah bangun dari sleeping beauty"-Blaze "hahahahaha. Tu lah sapa suruh tidur waktu tengah hari buta an??"-Taufan "I am innocent! Kenapa aku kena terjebak sekali ni!! NI SEMUA KORANG PUNYA PASAL AH!!" -Thorn ...