1

475 24 5
                                    

.Aini.
"Eh, tengok tu abang Afiq la, awak best la boleh tengok dia tahun depan. Yang aku ni hmmm tahun ni je dapat jumpa." Perasaan sedih tiba tiba muncul hingga menguasai hati ini, yela tahun ni je boleh jumpa dia, kalau ada jumpa pun untungla. Che masih tersengih-sengih bila crush lalu, herh dengar ke tak apa yang aku kata ni. "Eeeee tau la crush depan mata, awak dengar tak apa yang saya kata" geram pulak aku dibuatnya. "Aku dengar la apa kau bebelkan tu tadi. Tulah ko crush dengan senior tua lagi kan dah tak dapat jumpa dia tahun depan, hahahahh sian kawan aku sorang ni hahahahhah," gelak aku bukan main lagi, ish tau la dia dapat jumpa Afiq tahun depan.

Aik aku bebel ke tadi, arg lantaklah "Ha gelak lagi kat orang, gelak la kau puas-puas, Ahba mana ada tua sangat okay, dia cuma besar aku tiga tahun je. Ish merajuk la, tak nak kawan." Aku mula mencebik dan tangan bersilang kat dada, tanda merajuk ler, alaaaa merahuk manja je tu biasala dengan kawan kan.
"Olooloo majok nya, okay la Ahba tu kacak, tak tua tapi abang Afiq lagi kacak heheh. Ish dah la merajuk tu. Tu Ahba." Sambil jari Che menuding ke arah senior yang baru sahaja keluar dari kelas 5s3.

Aku terus pukul tangan Che "Ish ko ni tak yah la nak tunjuk tunjuk, nanti dia nampakla." Che tersenyum jahat, dah macam Joker dah aku tengok dia, suka la tu kacau aku herh. Tapi nak buat cam mana kan, kawan tetap kawan. Kalau korang nak tau aku kenal Cherini tahun lepas, aku kenal dia masa tingkatan 1, lepas tu kami dipisahkan tahun ni so now aku kat kelas 2a dia pula kat 2b.

Aku pandang ke arah Hakimi. Ya Allah why he so arggggg, oh ni sabar hati. Dia lalu weyh DIA LALU SEBELAH. Muka buat selamba bila crush lalu, pura pura je macam tak kisah la. Aini memang terer bab ni haha. Tapi hati bukan main lagi meronta. Kalau korang nak tau Aini memang panggil Hakimi tu Ahba. Sebab singkatan nama penuh Hakimi iaitu Abdul Hakimi Bin Azim. AHBA. Ha gitu.

"Weyh tak sangka pulak dia ada lalu sini arggggg bahagianya, tapi tu lah tahun ni je dapat jumpa, saya akan hargai setiap perjumpaan kami," perasaan gembira bahagia sedih semuanya bercampur baur dalam satu masa, aku sendiri tak tau macam mana terangkan bagaimana rasa hati ini. Tapi aku redha kalau dia bukan jodohku. Ehhh tibe😂😂

Langkah aku semakin melalui perpustakaan dan menghampiri kelas yang tertera 2A. Untuk pengetahuan korang kelas 2A sebelah libary je dan kelas 2B ada kat tingkat atas.
"Bye, saya masuk kelas dulu, nanti ingat pergi libary." Che hanya memberi isyarat tangan okey. Kami dipisahkan huhuhuhuhu. Mulanya kami tak dapat terima tapi lama kelamaan kami terbiasa.

🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Waktu rehat....

"Apasal lambat ni, ko dah lambat 10 minit, kena tahan lagi eh dengan cikgu Wong," sambil mata ku melihat Che yang masih tercungap cungap lepas mengejar masa nak ke sini, lewat punya pasal. Cikgu Wong ni guru yang mengajar diorang RBT memang selalu kena denda la sebabnya mereka selalu lawan kata cikgu tu. Jangan main main dengan pelajar 2B tu, semuanya berani berani belaka macam gangster gitu. Walaupun mereka macam tu ada juga sifat baik dalam hati mereka. "Ha ah kena lagi dengan cikgu Wong, kau ni dah tau tanya lagi. Bukan bagi saya rehat nak cari nafas. Jom la pergi libary nanti lambat. Habis pula masa rehat, tinggal 10 minit je lagi waktu rehat."

Dalam perpustakaan....

"Kan betul hari ni Ahba bertugas, tak silap," aku berbisik dengan kawanku sambil tangan membelek belek buku yang tersusun kemas dirak buku. Mata ku curi curi memandang Ahba. Kenapa la dia nampak kacak bagi ku. "Kau tengok la puas puas, tahun depan dah tak dapat tengok dah," Che ni kalau tak kacau aku memang tak sah. Setelah selesai memilih buku, kami mengambil berat.

Kami memang gemar membaca buku novel seram. Tadi terjumpa novel seram yang best. Apalagi, ke kaunter nak meminjam buku la plus boleh jumpa Ahba depan depan. Hihi. Lagipun waktu rehat nak tamat. Selesai membuat peminjaman buku, loceng pun berbunyi. Tapi kenapa dia macam malu malu lah. Herh soalan yang pelik lah of course la malu dia lelaki aku perempuan kot. Haih...

Berkemungkinan kan.

.Hakimi.
Adeh tak sangka pulak boleh jumpa dia. Why she so cute. Dia memang pergi libary selalu ke? Or dia datang untuk aku. Perasan jap. Tak mungkin la. Aku bukannya famous sangat macam kawan aku si Syafiq tu. Or dia nak jumpa Fiq tapi tak jadi sebab Fiq tak da..

Banyak soalan yang berlegar legar dalam kepala otak ku yang penuh dengan ilmu ini. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi yer.

Bersambung.......

*komen komen. Sorry kalau ada typo. Selamat membaca.

Bertemu Kembali Crush Sekolah✔Where stories live. Discover now