14

82 14 0
                                    

"Zara! Dah siap ke." Aini memanggil Zara yang masih didalam bilik.

"Tara. Dah." Pintu bilik dikunci setelah barangnya diangkat keluar.

"Amboi kau. Besar beg." Sambil mata Aini melihat luggage biru yang ditarik keluar oleh Zara.

"Eh mesti. Kan lama tinggal sana. Musim cuti pertengahan tahun ni kenalah luangkan banyak masa kat sana." Kata Zara sambil mindanya sudah membayang detik detik bersama keluarga terchenta nya. Hoho bersemangat nau pabila cuti.

Perkakas elektrik semua sudah ditutup. Aini meneliti semua sudut dirumah sebelum pintu rumah dikunci. Safety always be the first.

Kereta bergerak selepas membaca doa kenderaan. Kereta pun tak banyak lagi pagi-pagi ni. So mudahlah kereta Axia milik Aini memecut pulang ke tempat keluarganya. Huhu tak sabar nak lepak dengan kawan disana. Tak sabar juga nak kahwin dengan Crush. Eh.

Setia itu tidak susah. Daripada pelajar lelaki menjadi peniaga Cafe yang terkenal itu. Daripada tiada apa menjadi ada. Boleh setia buat apa nak curang. Kan. Mengadanya ayat. Haha.

"Kita rehat dulu ya dekat situ." Kata Aini sambil matanya mencari parkin kosong.

"Okey." Mujur lah ada teman bercakap si Zara ni. Bukan sekadar bercakap tapi berkaraoke dalam kereta. Walaupun dua orang je tetapi riuh.

"Ya Allah rasa nak patah je pinggang." Inilah akibatnya duduk lama sangat dalam kereta.

Kedai makan Suria Melayu dituju. Memandangkan sudah mahu tengah hari. Aini dan Zara mengisi perut untuk waktu tengahari ini.

Perjalanan yang tidak begitu jauh lagi diteruskan. Masuk je kawasan bandar fuh memang menggeletar kaki mujurlah guna auto. Kalau dah masuk tengah hari memang bersusun-susun kereta. Terutama diwaktu cuti begini. Banyak dia tak usah cakap lagi.

Zara dihantar terus ke rumah keluarganya termasuk beg besarnya. Aini yang sudah sampai dirumah terus mengangkat barangnya masuk ke bilik selepas menyalami tangan ibunya.

.......

Sementara tak da benda nak buat apa kata ajak kawan lepak. Tiba-tiba ayat itu melintas di minda Aini.

Telefon pintar di atas meja dicapai.
"Assalamualaikum. Ha. Aku ada kat sini. Oh okk. Aku ambil kau. Ko sabar jap. Haha." Tangannya ligat memasang tudung bawal hitam. Tudung kesukaannya sebabbbbbb mudah nak match dengan semua baju.

Sebelum keluar rumah wajib meminta izin dengan mama kesayangan.

Stereng kereta dibelok ke kiri untuk menemui rumah Cherini. Selepas menghentikan kenderaan tepat di rumah itu kelihatan Cherini menyalami tangan ibunya. Kemudian duduk di tepi kerusi Aini.

"Weyh lama tak jumpa kau. Mesti banyak cerita ni. Lagi lagi nak kahwin dah. Uuuu." Mula dah. Aini fokus memandu dijalan raya.

"Kau daripada dulu memang banyak mulut. Entah macam mana lah si Afiq tu boleh tergoda dengan kau." Kata Aini.

"Okay fine. Kau nak aku diam. Hm. Aku akan makin bising." Aduh Cherini.

"LAGU TIGA KUPANG SAKU PENUH PADI LALALALALLA. AKU HAPPY..WOWO. AKU DAH KAHWIN. KAU PUN DAH NAK KAHWIN. YAHO. KITA SAMA SAMA NAK KAHWIN. BLA BLAA BLA."

"Stop it. Che. Dah sampai dah pun." Akhirnya senyap juga budak sebelah ni.

"Kita singgah cafe tu dulu." Kata Che sambil tangannya menarik tanganku. Sama je macam Zara.

"Macam mana kau sekarang. Bahagia tak dengan laki idaman kau tu." Tanya Aini.

"Eh ofkos la." Mulalah muka Che nak berangan.

Bertemu Kembali Crush Sekolah✔Where stories live. Discover now