6

121 16 0
                                    

Tit tittttttt.........

Bunyi alarm phone langsung tidak berkesan untuk mambangunkan Aini yang masih lagi terbuai mimpi.

Lima minit kemudian....

Tit tittt....

Aini masih lagi lena tidur. Sis pun tak tau dia ni tidur mati ke apa.

Lima minit kemudian....

Tit tittttt.....

"Aih bising la benda ni"
Fuh akhirnya bangun juga si Aini.
Tangan Aini mengangkat telefonnya agar mudah untuk dia melihat noti di skrin fonnya.

Well seperti selalu kosong. Begini la hidup single. Tiada ayat manis selepas bangun. Tapi best sebab bebas je rasa.

Seperti biasa aku mengeliat, menguap, baca doa bangun tidur dan termenung sambil baring. Hari ni tak solat pun. Sebab cuti-cuti perempuan heheh.

Aku bangun semula. Tengok jam dah pukul 8 setengah. "Eh aku tertidur ke tadi"
"Ala apa kisah kan hmm"
Aku bangun dari katil, melipat selimut yang berselerak. Aku tidur bukan sopan sangat hehe. Kain tuala yang tersidai elok aku ambil dan meluru ke tandas.

Keluar dari tandas aku pakaikan pakaian dalam untuk aku guna sehari ni.
"Ermmmm baju apa aku nak guna eh"
Ting
Tanganku terus mengambil baju kurung yang berwarna peach bercorak, tudung bawal kosong untuk diseterika.

Dalam keadaan berkemban, aku memakai pakaian dalam iaitu, seluar hitam ketat dan baju t putih yang fit kat badan untuk dipakai dalam baju kurung tu nanti.

Setelah selesai, aku menghidup kan suis bagi memanaskan iron.

Sementara menunggu baju dan tudung untuk kembali sejuk selepas di seterika. Tanpa membuang masa aku ke bilik tandas untuk mencuci muka. Muka ku yang basah dan segar selepas dicuci aku lap dengan kain bersih. Seperti hari hari aku sapukan muka ku dengan toner, esen pencerah, pelembap muka, corakkan alis dan akhir sekali bb cream. Aku calitkan pelembab bibir supaya bibir ku kelihatan natural selalu.

"Cantik. Pandai aku make up." Seperti selalu aku akan puji diri aku setelah puas dengan rupa ku. Kalau tak puji diri siapa lagi nak puji kan.

Baju kurung dipakai oleh aku dan tudung dililit kemas di kepalaku. Aku pandang ke arah cermin. Well cantik dan comel heeheh. Baju ni cun dengan aku.

Aku keluar dari bilik. Melihat jam di dinding tamu. 9.30am. Wuuu tak sangka lama juga aku bersiap. Rumah aku teres setingkat so keluar je dari bilik utama dah sampai ruang tamu. Orang muda single macam aku ni biasa la. Rumah setingkat dan kereta AXIA, makanan dan pakaian cukup. Itu dah kira baik. Alhamdulillah.

Fail dan alat tulis tersimpan dalam beg buku, beg tangan, kunci rumah dan kereta aku ambil. Sebelum mengunci pintu rumah aku sempat lagi memeriksa suis suis di rumah. Langkah keselamatan. Aku membuka pagar luar rumah agar kereta dapat bergerak keluar.

Di perkarangan rumah, aku unlock kunci kereta dan hidupkan enjin kereta dan membuka tingkap untuk memudahkan aliran udara sebelum membuka aircon kereta. Aku mengundur kereta untuk keluar dari perkarangan rumah. Aku keluar dari kereta selepas menaikkan tingkap kereta, untuk mengunci pagar luar rumah.

Kereta aku meluncur laju di jalan raya. Hasrat hati akhirnya tercapai apabila diri sudah pun di meja kedai makan, Al Zahra Cafe.

"Cik, cik nak order apa" sambil tersenyum ke arah ku. Manis je. Aku melihat menu yang diberi pada ku.

"Erm.. bagi saya roti kawin dengan air milo"
"Baik"

Buku menu yang berada tangan ku kini bertukar ke tangan dia. Aku bagi la juga senyuman yang manis.
Dah dia senyum kiter, kiter balas ler. Apa susah.

Bertemu Kembali Crush Sekolah✔Where stories live. Discover now