11

87 13 0
                                    

"Adedeh. Pinggang aku rasa nak patah. Ya Allah. Zara kita rehat kejap." Tanganku elok memegang pinggang dan kembali duduk di atas katil dibilik Zara. Zara duduk disebelahku sambil tangannya mengesat peluh yang mengalir di dahi.

"Weyh Aini. Kalau kita angkat berat ni selama seminggu. Agaknya kurus aku." Panggilan kami ditukar kepada aku kau sebab si Zara ni la. Katanya lebih pendek. Haih. Ikut je lah.

"Aku rasa bukan kurus je. Patah tulang pun ada. Barang kau kat luar tu masih banyak nak angkut. Dah la jiran sini semuanya perempuan ayu. Ada yang pramugari, ada yang kerja pejabat, ada yang bank. Semuanya jarang-jarang ada waktu siang ni." Aini mula melangkah ke dapur untuk mencari air minum bagi melegakan tekak.

Sungguh! Pening. Pening nak atur barang-barang Zara yang berlambak ni. Si abang angkat barang tadi pun ada hal pula tiba-tiba. Tinggallah kami berdua angkat segala katil tilam ni. Mujurlah almari baju Zara ni jenis yang kurus dan rendah. Tak adalah berat sangat. Kalau tak memang patah segala tulang aku.

"Zara. Kau memang cadang nak tinggal sini terus ke?" Wajah Zara dipandang tepat. Serius.

"Yeap. Tapi masa depan susah kita nak tahu." Zara membalas pandangan Aini. Kemudian keduanya ketawa.

"Serius weyh. Haha. Aku.. Aku tak tahan tengok muka kau." Aini kembali ketawa.

"Oke oke. Stop. Now sambung kerja kita." Arah Zara. Macam dia pula yang tuan rumah haha.

Fuh! Akhirnya, siap juga kemas semua benda. Hari itu merupakan hari yang sungguh memenatkan. Makan malam pun delivery je. Tak larat dah nak masak.

"Wey weyh abang aku call." Aini menoleh ke arah Zara. Apahal aku perlu tahu.

"Dah tu jawab la. Apa susah." Takkan aku pula yang kena jawab.

"Alaa dia vc la. So cepatlah ambik tudung tutup aurat kau." Zara mula menjawab call.

Aini pula lari masuk ke bilik dan lock. Done. Tak payahlah nak sibuk tunjuk muka.

Aini menepuk dahi adeh. Baru teringat handphone aku masih kat luar. Kini, Aini menjalankan misi barunya. Misi mendapat handphone. Start.

Pintu dibuka perlahan. Kreek. Langkah perlahan menuju ke arah ruang tamu dimana Zara masih bervideo call bersama abangnya.

Lantas Aini berlari semula ke dalam bilik bersama handphone di tangan. Misi berjaya. Horey.

.........

"Zara. Dah siap ke?" Pintu diketuk bertalu-talu. Biar diketuk sekali muka Zara. Kata pukul 7 pagi nak joging, ni dah pukul 8 pagi tak muncul-muncul lagi.

Tombol pintu dipusing perlahan daripada dalam. Aini berhenti mengetuk. Dan terselahlah sengihan daripada Zara.

"Jom" Zara menarik tangan Aini ke luar pintu rumah untuk ke taman berdekatan sini.

Mood dingin. START!

Hmm. Dingin. Aini merelakan juga tarikan Zara. Kasut sukan diikat betul dan terus berjalan untuk ke taman. Lagipun berat badan dah mendadak naik hahah.

Setelah 3 pusingan berjoging, minuman diminum. Ha lega. Hilang rasa haus. Peluh peluh juga dapat diganti semula dengan air bersih.

Zara tercungap-cungap mencari nafas. Bangku menjadi tempat untuk dia melabuhkan punggung. Meredakan rasa penat dikaki.

"Aini~ Masih marah ke?" Zara bertanya selepas nafasnya mula teratur. Seram jugalah. Daripada tadi senyap je.

"Tak." Dingin juga.

"Aini sorry la. Plisss. Janji lain kali tak lambat lagi." Muka comel ditayangkan.

"Ye." Dingin. Siapa tahu dalam hati Aini sudah gelak terbahak-bahak. Alololo macamlah comel. Hahhah. Muka ditahan menjadi sebeku-bekunya. Malas nak layan. Biar dia tak buat lagi lepas ni. Ini adalah pengajaran!

"Assalamualaikum." Seorang lelaki semakin menghampiri mereka berdua yang masih berada di bangku.

"Waalaikumusalam." Mereka serentak menjawab. Merajuk macam mana pun kena jawab salam. Kan.

"Cikgu Khairul rupanya. Ada apa tegur ni?" Dingin juga. Sibuk betul si cikgu sorang ni. Hish.

"Eh terserempak sebab tu la tegur. Kat sini panggil je Khairul." Zara yang melihat Khairul pula yang menyampah. Mana taknya senyuman tu tak cover langsung. Menonjol sangat ada hati pada Aini.

"Buat apa kat sini? Bukan rumah kau jauh ke?" tanya Aini terus.

"Oh rumah kawan saya area sini. Baru balik lepak rumah dia. So jalan jalan kat sini kejap." Segalanya penipuan semata-mata.

"Yang ni siapa?" Jarinya menunjuk ke arah Zara. Si pengganggu aku date dengan Aini. Bisik hati Khairul.

"Zara." Aini hanya menjawab biasa.

"Oh Zara. Erm adik awak ke?" Khairul teringin juga tahu. Sepanjang misi stalk dia tidak pernah terjumpa keluarga Aini.

"Tak. Dia adik ipar aku. Kenapa?" Zara disebelah Aini sungguh sungguh sungguh ingin memberi thumbs up kepada Aini namun ditahan. Tak sudah sudah nak menggatal. Hambek kau. Adik ipar.

"Aa..adik ipar. Awak betul ke ni? Janganlah main-main." Khairul sedaya upaya menahan duka dalam senyuman pahit.

"Kau nampak ada budak main-main ke kat sini? Tak da kan. So Im serius." Semakin retak hati Khairul. Rasanya amat sakit. Tapi aku tak percaya. Cincin ha mana cincin?

"Saya tak nampak pun cincin yang awak pakai. Saya tak percayalah yang awak dah kahwin." Aini cuba menahan geram, eh si Zara ni pun tak nak tolong aku. Apahal!

"Aku rasa cincin tu tak penting untuk dipakai dijari. So aku letak dekat rantai." Aini menjawab biasa sambil tangannya menunjukkan rantai cincinnya.

Khairul yang melihat semakin sakit hati, makan hati. So selama ni aku stalk isteri orang.

"Oh ya baru saya teringat saya kena pergi jumpa kawan saya. Dia kata ada hal nak bincang. Saya pergi dulu lah ye." Senyuman kelat memang jelas terpapar diwajah. Khairul melangkah pergi bersama hati yang sudah hancur.

Mungkinkah lelaki yang menghantar Zara pada pagi kelmarin itu suami Aini. Sungguh perit menelan kenyataan ini.

"Weyh Aini. Mana kau dapat rantai cincin tu?" Agak pelik juga. Tiba-tiba je muncul cincin yang tidak tahu asal usul. Warna emas pula tu. Kaya kaya.

"Aku beli lah. Cincin ni kenangan aku. Malaslah nak cerita. Panjang sangat." Aini sudah melupakan mood dingin. Mereka berdua kini bersama-sama melangkah pulang ke rumah.

"Pendekkan." Pantas Zara menjawab.

"Nantilah. Kat dalam rumah. Nanti ada stalker aku dengar. Maklumlah terkenal." Zara tergelak kecil. Perasan. Tapi si lelaki tu tadi ataupun namanya Khairul memang sah stalk Aini. Nampak sangat gayanya.

"Okay. Janji cerita. Aku nak dengar." Teruja nak dengar cerita Aini. Misteri sungguh cincin itu.

"Nah minum pagi dulu." Televisyen menyiarkan cerita Naruto movie yang didownload khas oleh Aini. Peminat katakan. Sanggup bersusah payah mencari cerita ni dalam internet. Akhirnya jumpa...

.......

"Bestnyee. Oh my kakashi so kacak." Aini bangun dan menutup movie tersebut setelah tamat. Kakinya melangkah ke dapur untuk menyedikan bahan untuk makan tengah hari.

"Aini. Hari ni tak payah masaklah. Kita makan luar. Abang ajak." Jerit Zara dari ruang tamu.

"Tak jauh punlah. Tak perlulah menjerit macam aku kat kutub utara." Aini kembali ke ruang tamu. Yeay makan luar. Bersama crush ku tersayang.

"Aini. Mana story?" Zara masih tidak lupa pasal cincin itu.

"Nantilah. Kita siap-siap dulu." Aini melepaskan diri daripada soalan Zara.

"Okey." Zara berasa amat aneh. Semakin tinggi rasa ingin tahunya. Misteri sungguh. Tapi jangan risau. Aku akan berjaya mencungkil rahsia cincin itu. Dah boleh buat satu tajuk 'Misteri Rantai Cincin'.

Bersambung....

Bertemu Kembali Crush Sekolah✔Where stories live. Discover now