4

145 18 1
                                    

.Aini.
Secara tiba tiba seorang pelajar meluru ke arah aku untuk membeli kupon. Menyebabkan aku terpaksa melepaskan peluang baik itu. Hakimi ke kaunter Syahirah untuk membeli kupon. Tapi ok juga kan boleh tengok Hakimi sambil memberi kupon kepada pelajar yang potong line tadi. Ish geram pulak aku. Suara Hakimi yarabi kecil ke, aku pun tak dengar apa yang dia kata. HAHAHHAHAH.

Aku hairan dengan Hakimi. Kenapa dia tunduk je masa beli kupon tu? Dia malu ke dia segan ke dia kekok ke? Uish banyak persoalan dalam otak aku ni. Aku hairan untuk kali kedua. Korang ingat tak yang Hakimi teman kawan dia beli kupon tu. Naluri aku kata sia pandang aku semasa aku tengah sibuk menjual kupon. Bila aku angkat kepala tengok dia, dia terus pandang lain. Aneh bukan. Adakah dia suka aku juga? Eh perasan!

.Hakimi.
Kita dua ni memang berjodoh kan. Eh. Tapi sayangnya pelajar tadi lebih tangkas. Aku tak sempat nak ke kaunter awak. (Ecemen awakkkk). Well asalkan boleh tengok dekat pun tak pe la. Malu nye. Eh dia pandang aku ke. Oh jantung aku menyambut kupon. Aku terus lari. Lari dati pandangan dia. Siapa nama dia.

Sis : eh kau tak tengok ke kat kad nama dia hari tu.
Hakimi : bila?
Sis : adui masa dia pinjam buku la
Hakimi : haah la kenapa aku tak perasan pulak
Sis : tu la ko melayan sangat perasaan ko. Kan dah melepas.

.Aini.
Jarum jam berlalu seperti kipas, sekejap saja sudah habis waktu menjual. Uish lajuuuu nye jam tu. Sebenarnya tak la laju sangat. HAHAHHAHABHA. Tak lawak pun kan. Melebih je sis Ji ni.

Dah habis tugas aku untuk menjual kupon. Huh best juga. Tiba-tiba rasa rindu pulak nak jual kupon. Sekejap je dah rindu mengada je Aini ni. Cikgu Ahmad memberi kami berdua kupon RM2 sebagai tanda terima kasih atau senang kata gaji. Horay dapat kupon. Jumlah kupon aku nanti RM12. Kupon RM10 memang ditempah awal kat wali kelas sebelum hari ini tiba.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Aku tak tahu kenapa giliran kelas kami lambat nak sampai. Bosan lah belajar. Semangat semua dah lari ke kantin.
"Sof jom pergi tandas"
"Ok tapi nanti kita pergi kantin juga lagipun sekarang waktu sains Cikgu Lisa bukannye garang pun hihi." Ha Sof memang suka lari kelas cikgu Lisa walaupun dia pengawas. Haha.

Kami meminta keizinan untuk pergi ke tandas dengan cikgu dengan niat lain.
Hihihih aku bukan pelajar baik pun. Biasa la pelajar yang pandai kan. Semua dia pandai terutama pandai ponteng. Eh mengata aku nampak sis ni, macam la tak pernah ponteng. (Sebab aku pernah ponteng la aku tulis ko ponteng).

Seperti dirancang, kami ke kantin selepas keluar dari kelas. Ramainye orang.

Mata aku mencari seseorang. Lain yang diminta lain yang muncul. Terserempak pula dengan cikgu disiplin, cikgu Shivanya dan penolong kanan petang, cikgu Nasir. Dua cikgu tu memang tak kenal kami. So senang kerja. Tapi kena carefully. Aku dan kawanku, Sofea menundukkan kepala dan berjalan pergi dari kawasan cikgu.

Beraneka macam barang yang dijual. Fuh penjual sesi pagi ni semacam dengan penjual dekat pasar malam. Bising jangan kata la, boleh pecah gegendang telinga.

Kami tak nak la lama lama kat situ. Takut kantoi. Yelah, dia tetap cikgu kan, dia boleh report nama kami ke guru disiplin. Habis la kami. Tanpa membuang masa kami berdua berjalan ke kelas. Sempat juga kami beli aiskrim coklat memandang kupon dah ada di tangan kami. Hihi.

Waktu rehat kami pergi kantin juga. Banyak kali kami pergi kantin. Tak kira waktu cikgu mengajar ke tak mengajar ke, pergi juga. Giliran kelas kami akhirnya tiba, selepas waktu rehat. Aku tak sangka pulak yang Hakimi pun jadi penjual. Dia jual air cendol jagung. Tapi tadi tak nampak pun dia, kenapa sekarang tiba-tiba muncul. Tepat pada giliran kelas aku lagi. Memang dia sengaja datang tengok aku ke ni. Oh my aku terharu. Tapi.. kalau ia kebetulan. Ha kalau korang nak tau sebenarnya aku cari kelibat Hakimi dari tadi. Kalau tak percaya baca balik kat perenggan enam.

Tangan aku dah penuh dengan makanan. Ada 2 gelas air, mi goreng, keropok ikan, 2 sandwich, aiskrim coklat. Aku masih pelik kenapa kupon aku tak pandai habis habis dah banyak kot makanan yang aku beli, still masih ada kupon yang tinggal. Aku tadi belanja kawan aku RM2 still tak habis juga. Kawan aku cadang nak ambil gambar. 2 keping RM1. So aku setuju je la dah tak tau cara lain lagi nak habiskan kupon. Akhirnya kupon dah habis pakai. Aku bergerak pergi kelas dengan tangan yang penuh. Banyak rezeki.

.Hakimi.
Aku sampai di kantin sekolah ketika loceng sekolah berbunyi. Kebetulan pulak. Aku melihat jam tangan aku yang berwarna merah hitam itu. 3.30 pm. Waktu rehat sesi petang rupanya patutla bukan main bising. Bisik hatinya.

Tangan aku memegang dulang yang berisi gelas gelas cendol jagung. Namun mata ku masih pandang ke sana ke sini bagai ingin mencari sesuatu. Akhirnya aku melihat seorang perempuan yang comel wataknya. Yes. Macam budak budak dengan kawannya yang sama perangai dia tu. Aku tengok tangan dia. Mak aih habis ke banyak banyak makanan tu. Badan kecil tapi banyak makan. Maybe dia pegangkan je kot.

Aku ingin sahaja pergi ke arah dia. Tapi kaki ku bagai digam disini disebabkan sifat aku yang pendiam dan pemalu ni. Tak jadi la.

Aku tersenyum-senyum pandang kat dia. Dan at the same time lagu yang dikarok oleh Cikgu Syamel tajuk kisah antara kita seperti mengena pulak. Aku apalagi senyum sampai terlihat gigi putih ku yang tersusun rapi ni.

Aku pandang ke kawan k Syafiq. Perh syok betul nyanyi. Well dia antara ahli nasyid sebab suara dia nang mantap. Syafiq ni dikira penyanyi sekolah, anggota nasyid dan pengawas libary. Aku kenal dia sebab rakan setugas dan kelas kami dekat. Macam tu la aku kenal dia.

Dapat dilihat dia turut bernyanyi sambil berjalan bersama temannya. Maybe dia suka bernyanyi. Aku nak dengar juga. Tapi apa kan daya. Hanya boleh melihat dari jauh. Kalau aku meluru ke dia tiba tiba minta dia menyanyi, tak ke macam gila.

Bersambung........

*Sorry for slow update. Syok tengok naruto. Hihi

Bertemu Kembali Crush Sekolah✔Where stories live. Discover now