12

92 13 2
                                    

Masing-masing senyap menjamu selera di kedai makan. Hanya sudu dan garfu berbunyi kerana sering berlanggaran.

'Apa kata aku biarkan diorang ni berdua. Hehe' fikir Zara sambil menyuap makanan kedalam mulut sehingga habis.

"Siap. Abang. Zara pergi tandas dulu." Kain bajunya ditarik oleh Aini. Haha tau sangat dengan Aini yang tak suka duduk semeja berdua dengan lelaki. Zara selamba melangkah ke tandas tanpa menghiraukan jelingan maut Aini.

Pinggan yang kosong dibiarkan diatas meja. Meja itu menjadi sepi.
'Lamanya Zara ni.' Bisik hati Aini.

"Erm macam mana seharian dengan Zara kelmarin? Dia ada buat hal ke?" Suara Hakimi jelas kedengaran, menghilangkan sunyi dimeja.

"Oh. Okay je. Zara tak ada buat hal pun." Jus carrot digaul-gaul sebelum diminum sedikit menghilangkan gugup. Jantung ni bila-bila masa sahaja akan meletup.

"Oh ya. Saya nak tanya ni. Boleh?" Hakimi bersuara setelah dia yakin dengan apa yang dia ingin tanya.

"Tanya lah. Yang saya boleh jawab saya akan jawab." Jawab Aini. Padahal 'Ya Allah dugaan apakah ini. Hey Zara dari tadi tak habis-habis dengan tandas. Sembelit ke apa?!' Dalam hati.

"Awak setuju ke pasal pertunangan ni?" Tanya Hakimi.

"Saya. Saya entahlah. Awak pula?" Mudahnya jawapan ditambah dengan soalan.

"Saya ok je cuma saya takut awak ada boyfriend ke. Tak pasal pasal tambah musuh baru." Aini tergelak kecil.

"Saya single okay. Dari dulu lagi. Just not available." Alamak. Apasal aku cakap aduhhh.

"Huh? Maksud awak.." 'Not available?'

"Erm actually saya ada sorang crush. And masih ingat tentang dia. Sampai sekarang and.." Aini bercakap terus. Entah kenapa rasa selesa bercerita dengan dia. Lagipun buat apa nak sorok kan.

"And?" Jantungnya berdebar menanti jawapan Aini.

"And saya bertemu kembali crush sekolah saya." Aini menjawab tenang. Namun tidak tenang bagi Hakimi. Satu perasan yang tidak diduga muncul dibenak hati Hakimi. Cemburu ke.

"Awak masih suka dia ke??" Ingin tahu.

"Masih." Aini sembunyi senyum. Jelous tu memang tak leh cover langsung. Haha. Ahba.

Pedihnya dada. Eh jap aku jeles ke. Buat apa aku jeles? Fikir Hakimi. Pelik dengan diri sendiri.

"Crush sekolah? Awak dari sekolah mana?" Tanya Hakimi lagi. Seperti penyiasat pula.

"SMK Baru. Tempat saya mengajar sekarang ni." Hakimi sedikit terkejut.
Kebetulan ke. Perasaan malu bertanya dilempar jauh jauh. Sungguh dia ingin tahu.

"Siapa crush sekolah awak tu?" 'Dah agak' bisik hati Aini. Aini mula terfikir satu idea baik.

"Nama dia Ahba." Ketawa ditahan.

"Ahba? Apasal pelik sangat nama tu?" Aini sekadar mengangkat bahu. Sengaja.

Zara pula baru muncul dan duduk ditempat tadi.
"Dah siap ubah suai tandas?" Hakimi memandang geram adiknya. Apa yang dibuat lama sangat dalam tandas.

Zara tersengih. "Alaa ilek lah. Mana ada lama sangat pun. Abang tak berjanggut pun."

Aini sekadar diam malas nak layan Zara ni.

"Yelah tu. Janggut pun sudah dipotong sebab lama sangat tunggu." Aini tergelak kecil. Ada saja lah dua beradik ni.

Selepas Zuhur di surau mall. Aini dan Zara sempat menjelajah Mega Mall. Barang dibeli sedikit.

"Zara. Awak ada rasa apa-apa tak?" Aini menyoal sebelum mulutnya menghirup minuman yang dibeli di Tealive.

"Rasa? Rasa apa? Rasa air ni manis je. Kenapa?" Zara lurus menjawab.

Aini menepuk dahi. "Bukan tu la. Aduh kau ni. Aku tanya rasa hati."

"Ohhh. Cakap la awal-awal. Apalah. Aku rasa okey je tak ada apa yang lain. Kenapa?"

"Aku rasa tak sedap hati lah. Macam diperhati gitu." Bangku bercorak menjadi tempat mereka berehat.

"Eee perasan kau je kot" Aini mengangguk sambil mulutnya membentuk 'maybe' tanpa suara.

..............

Tik tok tik tok

Sudah sebulan dia bekerja sebagai seorang guru dan sudah 2 minggu dia sebagai tunang Hakimi. 2 minggu lagi majlis perkahwinannya akan berlangsung. Ya Allah tak tau nak kata apa.

Masa berlalu sungguh pantas. Semakin dekat tarikh perkahwinan kami semakin banyak yang difikirkan. Huh.

"Aini. Kau kena jaga elok-elok abang aku. Dia setia tau. Aku tau kau suka abang aku." Aini memahami tapi ayat last itu membuat dia terkejut.

"Jap. Sejak bila kau tau aku suka abang kau?" Giliran Aini pula yang memberi soalan.

"Hehe ada la. Mana boleh bagitahu." Zara tersengih. Ceh!

"Mmm. Abang kau ada suka dengan siapa-siapa ke?" Muka Aini penuh tanda tanya.

"Tak da kot. Kalau kau nak tau tanya terus kat dia sebelum aku tanya dia. Kalau aku tanya, aku selitkan nama kau banyak banyak. Ha masa tu kau malu aku tak kisah."

"Aip jangan main-main. Aku bersilat sini kang. Ha" Zara pula ketawa.

"Apesal gelak?" Senada.

"Sejak bila kau pandai bersilat. Tak pernah tengok." Zara buat muka mengejek.

"One day I will prove it. Huh. Bye nak tido." Aini terus melangkah masuk bilik. Kebetulan mata pun sudah mengantuk.

Bersambung...

*Apa apa je lah. Pendek 😢😢. Maaf andai kau terluka. Tibah. Selamat membaca.

Bertemu Kembali Crush Sekolah✔Where stories live. Discover now