13

92 13 0
                                    

"Wey. Jom." Zara terus menarik tangan Aini berjalan keluar dengan pantas.

"Apasal kau? Eh aku belum beli buku lagi." Aini menarik tangannya namun Zara lebih pantas menarik. So Aini hanya membiarkan sahaja. Soalannya juga dibiar berlalu.

Selepas menaiki kenderaan. Aini terus meninggalkan perkarangan mall itu atas arahan Zara.

"Kau apasal?" Aini bertanya sambil matanya fokus pada pemanduan.

"Ada orang kejar aku tadi." Zara menjawab nak tak nak. Malas nak ingat balik hal lalu.

"Siapa pula yang nak kejar kau? And kenapa?" Sambil tangan Aini membelokkan stereng ke arah kanan. Memasuki simpang rumahnya.

"Ish tak da apa la.." semakin berpeluh-peluh Zara walaupun aircon kereta itu cukup sejuk seperti di kutub.

"Cuba kau cerita betul-betul dekat aku. Kalau kau tak nak cerita, kau in danger lepas ni. Itu yang aku boleh cakap." Aini terus memberi amaran keras.

"Actually dia.. dia.." Zara takut-takut untuk meluahkan. Sebenarnya dia pun tak mahu benda ni berlaku. Argh.

"Kau tak nak cerita takpe.. tapi jangan salahkan aku, aku tak bagi amaran. Orang ni kalau dia dah kejar kau, dia akan dapatkan kau walau apa pun. So be careful." Aini menasihat keras seperti seorang detektif berpengalaman.

Zara yang mendengar menelan air liur yang seperti air ubat yang pahit. Kelat.

"Dia tu ex boyfriend aku. Fairuz Kamal. Dia memang jenis yang psiko sejak kitorang bersama. Sebab semakin hari perangai psiko dia tu makin teruk jadi aku pun minta putus. Aku ingatkan dia dah lupakan sebab sejak aku minta putus dia dah senyap sunyi. Benda ni pun dah bertahun lama dah. Allah. Aku tak tau kenapa boleh sampai macam ni. Siap aku terima mesej daripada unknown number lagi sejak kebelakangan ni. Aku tak bagitahu kau sebab aku rasa tu mungkin salah nombor." Zara menghembus nafas lega setelah habis dia luahkan. Sungguh lapang rasanya.

"Lega kan?" Tanya Aini sambil matanya masih fokus di jalan raya. Akhirnya sampai sudah di perkarangan rumah.

"Yup. Thanks tau. Tapi aku masih takut lah. Aku takut dia cari aku sampai sini lepastu kau terlibat sekali." Pelbagai kerisauan yang muncul di minda Zara. Lagipun banyak cerita novel macam ni kan. Manusia psiko tu akan cari sampai rumah and then cederakan orang. Dangerous.

"Kadang its better kau luahkan daripada pendam." Sambil langkahnya keluar kereta untuk membuka pintu pagar rumah.

Setelah kereta Axia milik Aini diparkir elok di halaman depan rumah. Zara dan Aini merehatkan diri di dalam rumah selepas penat berada di luar. Tanpa mereka sedar ada mata-mata yang memerhati.

..........

"Ya Allah kau ampunilah segala dosa keluarga kami, orang sekeliling kami. Ya Allah kau permudahkanlah urusan kami di dunia dan akhirat.." setelah berdoa panjang yang ditamati dengan perkataan amin ya rabbal alamin. Aini dan Zara bersama-sama melipat telekung dan sejadah.

Kerja yang tergendala tadi disiapkan cepat. Ada beberapa keping kertas ujian yang belum siap di semak. Jawapan memang beraneka macam. Pening pun ada nak gelak pun ada. Adeh.

Disuasana bersendirian di bilik tidurnya. Kerusi di meja kerja menjadi tempat melabuhkan punggung. Aini termenung sekejap sementara mengetuk meja dengan hujung pen merah.

'Tak lama lagi aku dah kena pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tinggal bersama suami sendiri. Kena jaga hati suami, jaga makan minum suami. Ya Allah kau permudahkanlah urusan ku.'
"Nerves pula. Haih"
"Oit!"
"Allah. Hey terkejut aku tahu. Mujur tak melatah tadi. Ish" Zara yang sudah duduk di atas katil Aini itu dijeling.

"Yelah. Berangan tak ingat dunia. Apasal tak sabar ke nak tengok body abang aku~" Zara mengangkat keningnya.

"Eh kau. Kemain eh. Tak da lah sampai ke situ. Ke kau tak sabar nak tengok body future suami kau?" Giliran Aini pula yang menjongket-jongketkan kening.

Zara pula sudah senyum tersipu.
"Eeee gatal." Aini kembali menyemak kertas.

"Gatal dengan suami sendiri je nanti. Hihi. Eh kau tak habis lagi ke kertas ujian tu."

"Last." "Okay done." Aini meregangkan ototnya. Kakinya automatik melangkah ke dapur untuk mencari air bagi menghilangkan haus ditekak.

"Kau tak tidur lagi ke Zara?" Daripada tadi ikut aku ke sana dan ke sini.

"Tak. Entahlah rasa macam rindu abang aku tu. Walaupun kita selalu jumpa tapi tetap rindu. Best tau ada abang macam dia. Dia protect aku dari kecil sampai aku besar. Kalau ada orang yang buli aku then aku luahkan kat dia, dia akan perhati kelas aku. Kau tahu kan? Masa dia masih jadi pengawas perpustakaan tu."

"Ha ingat. Alah aku tau. Abang kau tu baik, menyayangi adiknya, kacak, hero, blablabla.."

"Amboi! Puji lelebih eh kau." Zara yerus memintas.

"Eh ofcourse la. Ambil feel dulu sebelum dia jadi suami aku. Ha kau apa tau." Aini tersengih.

"Eh eh. Okay. Erm semuanya dah siapkan? Baju apa semua."

"Yup. Dah siap. Esok malam berinai. So excited. Esok kena pandu jauh. So I have to sleep. Dah dah pi tidur."

Bersambung...

*Goodnight uols. Haha. Makin pendek daaa. Huhu. Support tau jangan tak support. Mana tahu ada semangat. Maaf la publish tak tentu masa sebab sekarang ni buzy. Maklumlah dah start sekolah.

Bertemu Kembali Crush Sekolah✔Where stories live. Discover now