18

138 15 0
                                    

Buka sahaja pintu tandas. Pandangan Aini terus fokus kepada Hakimi yang sedang membaca buku novel. Eh itu buku novel aku. Yang baru aku beli haritu.

"Ehem" Dengar sahaja bunyi deheman itu Hakimi terus menoleh ke arah empunya suara. Buku di tangan diletakkan di atas meja kembali.

"Aik tak sambung ke?" Aini terus melabuhkan punggungnya di katil. Bersebelahan Hakimi dan menghadapnya.

"Tak. Saya rasa nak borak dengan awak. Rasa macam nak kenal awak lebih mendalam." Hakimi juga menghadap ke arah Aini. Berdebar juga hati. Hanya dia sahaja mampu membuatku tidak keruan. Eh.

Uuu.."Actually. Erm saya nak tanya. Kenapa awak tadi.." Hakimi seperti tahu je apa ayat seterusnya.

"Erm nothing. Cuma nak luahkan rasa hati je." Aini pula berasa pelik. 'Luahkan rasa hati. Dah kenapa?'

Melihat muka Aini yang hairan. Hakimi terpaksa jelaskan. Tangannya menggosok tengkuknya untuk mengurangkan rasa malu.

"Saya risau sebenarnya tengok awak tiba-tiba pengsan. Heheh. Terkejut tau tak. Luruh hati. Lain kali cubalah jaga diri tu." Ohok berbunga hati Aini mendengar.

"Thanks." Senyuman manis dihadiahkan.

"Untuk apa?" Soal Hakimi.

"Risaukan saya." Mata Aini dengan berani memandang seluruh wajah suaminya. Dah halal tak pa.

"Awakkan isteri saya mestilah risau." Jawab Hakimi dengan riak yang entahlah.

'Sebab nama isteri tu je ke.' Namun hanya senyuman ditunjukkan.

"Saya nak tahu boleh? Pasal crush awak tu." Aini agak terkejut. Yelah dah lama dia tak ungkit pasal crush. Tetiba ni dah kenapa.

"Tanyalah saya jawab everything. And anything." Dengan senang hati. Hati juga berdebar. Andai kata dia bertanya dengan soalan cepumas. Uish haha.

"But saya nak tahu pasal awak dulu. Hehe amacam sistem barter. Awak dulu pastu saya." Bersinar matanya.

"Alaaaa.." semakin hari semakin manja semakin selesa. Tidak lagi seperti dulu malu malu gitu.

"Plissss. Boleh kan.." sambil tangan Aini menggoncang perlahan tangan Hakimi.

"Okay okay." Pasrahlah dengan perangai budak ni.

"Awak ada crush tak? Yang awak ingat sampai sekarang yang tak pernah berubah. Tak kira lah ex crush ke?"

"Ada lah dulu sorang perempuan masa menengah. Sekarang ni tak taulah dia kat mana. Muka dia iras macam awak juga lah."

"Nama dia? Tingkatan berapa?" Perasaan ingin tahu membuak-buak.

"Tak taulah. Masa tu saya form lima dan dia sesi petang. Sama sekolah dengan awak juga."

"Ooo. Gambar?" 'Kenapa saya pula yang perasan.' Fikir Aini. Dia rasa seperti dialah perempuan itu.

"Tak da. Eh jap saya cari." Tangannya ligat mencari gambar. Uish gilaklah. Siap ada gambar lagi.

Sebuah kotak di bawah meja diangkat. Dan aku tak pernah tahu pun bila kotak tu wujud di situ.

"Nah." Majalah sekolah dihulurkan kepada aku. Wajah perempuan itu ditunjuk.

Secara tanpa sengaja aku ketawa lepas. Hakimi pula yang pelik melihat reaksiku.

"Dah kenapa awak ni?" Barulah reda gelak Aini.

"Tak da apa. Heheh. Cuma muka dia sangat familiar. Haha." Gelak ditahan. Okay okay tenang.

"Ye lah tu. Sekarang awak lagi." Kini Hakimi pula ingin tahu.

"Okey." Semangat membara. Wosh.

"Bagitahu saya segala perinci tentang dia." Alamak dah jeles ke. Sabar jap eh.

"Dia dulu masa saya. Form 2, dia form 5. Macam cerita awak. Saya sesi petang and dia sesi pagi. Setiap hari teringin je jumpa. I dont know sejak bila hati ini boleh terpagut."

"Then." Muka bosan ditunjukkan. 'Ini laki kau. Janganlah puji banyak sangat. Aku pun reti jeles tau.'

"Pastu. Kami tak jumpa lagi lepas dia lepasan spm. Sedih juga. Pastu saya tak sangka yang saya boleh jumpa dia balik."

"Ahba kan nama dia. Pelik." Sakit hati pula. Panjang nau cerita. Ceh.

"Yup. Nama dia Ahba. Nama sebenar dia... Eh tak boleh bagitau."

"Alaaaa.. apa ni?" Hakimi berdecit. Terus Hakimi menoleh ke arah lain dan tangannya berpeluk tubuh.

"Eh sabarlah." Alolo merajuk pula dia. Comel.

"Saya bagi tau ni. Dengar betul-betul." Alaa masih merajuk ke.

"Sebenar-benarnya.." Aini cuba melihat mata Hakimi namun Hakimi lebih pantas mengelak. Alaah masih lagi ke.

"Perempuan dalam gambar tu adalah saya dan ahba tu adalah awak." Terus Hakimi menoleh melihat Aini. Jap aku salah dengar ke?

"A.H.B.A. Abdul Hakimi Bin Azim. Nama penuh ahba. Nama awak. Dan perempuan tu..." kini Aini pula yang sedang mencari gambar di telefonnya. Gambar zaman menengah.

"Nah. See." Terkejut Hakimi melihat gambar di skrin telefon Aini. Sehingga tangannya menekup mulutnya sendiri kerana terkejut.

"Aaaaaaargh." Jerit mereka serentak kerana terlalu teruja. Sampai terlompat lompat mereka diatas katil sambil berpelukan.

"Oi!" Terus mereka berdua terhenti.

"Korang ni dah kenapa? Orang nak tidur pun susahlah." Zara menggosok matanya yang sudah mengantuk tahap maksima.

"Saya bertemu kembali crush sekolah saya. Aaaargh." Bersambung kembali sesi lompatan. Mujurlah katil itu bukan jenis berkayu. Kalau tidak memang patah terus katil.

.TAMAT.

Bertemu Kembali Crush Sekolah✔Where stories live. Discover now