3

154 19 0
                                    

Tiba-tiba aku terpandang susuk tubuh yang aku kenali. Jap itu bukan.... itu kan Hakimi. Nampaknya sekrang ni giliran kelas dia. Hehhehe now misi bermula. Disebabkan pelanggan kurang, misi stalk crush aku nak beli apa berjaya.

Kite hanya boleh stalk je. Tengok dari jauh pun bahagia tau. Tak caya la tu. Try la suka kat orang yang berjauhan pastu pendam baru korang tahu macam mana perasaan bila tak dapat tengok crush selalu.

Aku rasa nak lompat je. Arggggggg. Fuh control yourself okay. Rahsia... so tak leh tunjuk sangat nanti orang perasan.

Aku kat atas pentas dan dia kat bawah pentas, mudah untuk aku pandang dia. Sebab ni jugalah aku setuju jadi penjual kupon. Hehhehehe. (Ketawa jahat lok)

Sekali toleh je dah dapat pandang dia kat mana. Aku pun kadang naik hairan juga sebab aku terlalu cepat dapat cam dia dari jauh pulak tu. Bayangkan....

Bila dia balik sekolah aku akan pandang ke arah tempat pelajar menunggu kereta dan aku kat bangunan tingkat 2 setiap hari kecuali hari Jumaat. Jumaat kan ada solat Jumaat so kami sesi petang akan mula sekolah jam 2, aku akan datang jam 1, tak dapat la jumpa. Sekolah kami ni kawasan bukit, means bangunan tinggi dan tempat tunggu tu rendah. Sebagai pelajar kenalah naik tangga pelangi (nama tangga) hari-hari, penat dia uish macam daki bukit. Memang bukit pun.

Well back to the Hakimi. Jodoh takkan kemana (kawan aku selalu kacau aku dengan ayat ni haih terima jelah tapi happy. Bak kata orang kata kata satu doa) HAHHAHAHAH😂😂

Giliran kelas dia dah habis kena lah tunggu waktu rehat sebab koperasi dan kantin tutup.

Waktu rehat pun tiba..
Wow secepat itu. Sis tak sabar ke nak tulis pasal crush aku, tahu ka crush aku hensem. Erk. Okay back to story okay usah pedulikan Aini.
Hakim menaiki tiga tangga untuk sampai ke pentas menuju ke arah kami. Hati aku dah berbunga mekar mengalahkan bunga raflesia gergasi dah. Tapi wangi bukan busuk. Tapi...

Bersambung...

*Mari kita lihat apa yang akan jadi selepas ini. Apakah yang akan berlaku? Adakah Hakimi sempat ke kaunter Aini?? Nextttt

Bertemu Kembali Crush Sekolah✔Where stories live. Discover now