15

82 12 0
                                    

Tepat jam 4. Cherini dibawa pulang oleh Aini. Sempat juga Aini menjadi tetamu di rumah.

Tidak lama kemudian. Aini sampai juga dirumah.

"Ha dah balik pun Aini. Keluar dengan Cherini, jangan lama sangat. Dia tu isteri orang. Kamu ni nak jadi isteri orang. Duduk rumah je. Tak manis lah orang tengok keluar rumah lama-lama." Tegur mama.

"Iye mak. Hari ni je mak. Hihi. Mak saya naik dulu." Aini mengorak langkah ke tingkat atas.

"Yelah." Mama kembali menonton cerita di Youtube.

......

Malam ini malam berinai. Ramai yang berkunjung ke rumah. Suasana apatah lagi memang meriah lah.

"Penat dah ke tangan tu." Mak Darren mula menyoal. Pengukir inai tangan profesional. Jiran seberang je tu. Haha.

"Sikitlah. Lenguh." Lama sungguh nak mengukir inai ni. Tapi hasilnya tip top.

"Allright. Dah siap. Garu badan guna sikat tau jangan guna jari." Mak Darren tergelak kecil. Tak sangka Aini dah nak kahwin. Dari dulu dia tengok Aini membesar. Tolong bawa ke sekolah, lepak dengan mak, ajar Aini make up. Cepat sungguh masa berlalu.

Kini tinggallah Aini disitu sambil meniup inai di tangannya supaya cepat kering.

"Hey Aini. Congrat esok dah nak kahwin." Tegur Anis (anak jiran sebelah).

"Thanks. Haha. Esok datang ke?" Aini menyoal.

"Haah. Esok tak kerja so my family semua hadir. Eee tak sangka Aini kahwin dah."

"Haha. Oh ya sebelum terlupa, saya nak ucap congrat to Anis. Sebab berjaya buka klinik haiwan. Sayangnya saya tak ada bela kucing. Haha. Kalau tak, boleh support sekali or promote ke."

"Sentiasa dialu-alukan. Aini promote je klinik Anis tu. Aini kan dikira popular. Artis sekolah gitu and make up artis kecil-kecilan. Banyak kenalan."

"Eh mana ada artis sekolah. Biasa-biasa jelah. Lagipun dah lama daaa. Nantilah saya tolong promote kan. Sebab memang kawan banyak bela haiwan juga." Aini tergelak kecil.

.........

Sekali lafaz sahaja, Hakimi dan Aini sah menjadi suami isteri. Majlis nikah dijalankan dengan lancar. Sebutlah Alhamdulillah.

Sekarang ini semuanya bergumpul di ruangan rumah keluarga pihak lelaki. Mujurlah keluarga Hakimi semuanya mesra mesra belaka. Mudah nak bergaul.

"Aini. Tolong jaga Fiq kejap. Akak nak pergi tandas jap. Ambil feel ya. Hihi." Aduhai sempat juga bergurau kak Faizatul. Fiq si bayi setahun. Oh so cute.

"Why you co cute. Eee geram kakak." Aini menarik lembut hidung Fiq yang berada di dukungannya. Fiq pula tersengih. Alaaaa cutenya.

"Aunty la." Sambung Zara yang entah dari mana.

"Sama je la. Kakak ke aunty ke tetap panggilan hormat." Sahut Aini sambil matanya masih fokus bermain bersama Fiq.

"Eleh dah tua tak nak mengaku." Zara tergelak kecil.

"Aku masih muda okey. 25 tahun. Perjalanan dalam dewasa tau." Sambil mengacah Fiq membuatkan Fiq gelak tertawa. Alahai comel.

"Ye la tu. Bah" Fiq ketawa lagi. Setelah beberapa minit kak Faizatul kembali kemari dan mengambil Fiq. Fiq sudah pun tidur kerana kepenatan bergelak ketawa bersama kakak kakak comel ini. Haha.

"Weyh dah pukul 10 malam dah. Kau tak tidur ke Zara." Mata aku dah layu semacam dah.

"Tak. Mata aku masih segar bugar ni. Kau mengantuk. Kau tidurlah. Lagipun esokkan majlis persandingan korang. Tak cantiklah pengantin perempuan mata layu."

"Malaslah nak tidur." Gementarlah pula. Aduh. Zara pula mula tersenyum nakal.

"Kau malas ke kau takut tidur. Hihi." Aini menjuling mata ke atas. Mula dah.

"Iye lah aku tidur. Dah pigi kau sana." Aini mengangkat punggung untuk ke bilik tidur Hakimi.

"Goodluck tau." Dibalas pula dengan tayangan genggaman penumbuk.

"Assalamualaikum" tombol pintu dipulas perlahan. Langkahnya perlahan-lahan masuk.

Aik mana orang. Dalam tandas kot. Aini pula duduk di katil. Menunggu Hakimi yang masih di dalam tandas.

Akhirnya muncul juga wajah Hakimi selepas pintu tandas dibuka. Dia cuci muka rupanya. Aini pula yang masuk ke dalam tandas. Pintu tandas dikunci kemudian Aini menggosok gigi, mencuci wajahnya menggunakan cleanser dan mengambil wuduk.

Setelah pintu tandas dibuka kelihatan Hakimi sudah pun berbaring di atas katil. Tidur mungkin. Sebelum menuju ke katil, Aini meratakan krim malam di mukanya. Sudah menjadi rutin harian dia sebegitu.

Mata Aini sukar untuk dilelap pada malam itu. Namun digagahkan juga untuk tidur. Bermulalah alam mimpi yang akan menggantikan dunia nyata di sementara waktu.

Bersambung...

*Esoknya bagaimana pula? Nantikan bahagian seterusnya. Stay with Happywithemoji.

Sis update 2 cerita terus today.

Bertemu Kembali Crush Sekolah✔Where stories live. Discover now