17

86 11 0
                                    

Esok sekolah dah. Pagi-pagi lagi badan terasa lesu. Seluruh badan menjadi lenguh. Semalam pun susah nak tidur. Tapi dipendamkan sahaja sebab tak nak kacau Hakimi tidur disebelah.

Uhuk uhuk. Tetiba pula tekak ni gatal. Baru sahaja ingin masuk ke bilik terasa kaki lemah. Mujurlah ada yang menyambut dibelakang.

"Awak kenapa ni?" Jap terharu jap. "Saya tak da apa apa. Just tiba-tiba boleh macam ni." Penglihatan kelihatan berpusing, kepala terasa berat seketika. Panggilan Hakimi bagai angin yang lalu ditelinga. Dunia terasa gelap gelita.
.....

"Zara! Ambilkan kunci kereta. Cepat! Ya Allah." Hati begitu perit menahan kerisauan melihat Aini yang sudah tidak sedarkan diri.

Selepas mengangkat Aini masuk ke dalam kereta di bahagian duduk belakang. Dijaga oleh Zara yang turut serta. Selepas semua pagar dikunci, kereta vios meluncur laju ke hospital.

........

"Macam mana keadaan isteri saya doktor?" Terus sahaja Hakimi bertanya setelah doktor itu selesai memeriksa keadaan Aini yang masih pengsan itu.

"Jangan risau ye. Isteri encik masih stabil. Dia cuma keletihan so bagi dia rehat yang cukup." Jelas doktor yang memakai tag nama Raisha.

Lega. 'Alhamdulillah' sambil tangannya meraup mukanya.

"Boleh saya tahu apa pekerjaan dia?" Tanya doktor itu.

"Dia cikgu. Kenapa doktor?" Doktor itu mengangguk faham dan tangannya mencatit sesuatu di kepingan kertas.

"Bagi dia rehat di rumah esok. Ini. Surat mc dia untuk esok." Hakimi menyambut.

"Nanti jangan lupa bagi dia makan ubat vitamin tu. Itu sahaja." Kata doktor itu lalu berlalu pergi selepas memberi salam.

Hampir setengah jam ingin menunggu Aini sedar. 'Bilalah dia nak sedar ni. Tak aman hati. Aku ni macam terlebih risau pula. Aku cintakan dia ke? Tapi tak mustahil. Tapi itu tak terlalu cepat ke?' Bisik hati Hakimi.

"Aduh." Aini memegang kepalanya yang masih berdenyut. Hidungnya menangkap bau sekeliling. Eish bau hospital. Eh! Aku kat hospital ke ni. Mata dibuka perlahan, menerima pancaran cahaya yang terang.

"Awak dah sedar. Ada sakit kat mana-mana tak? Okey tak ni?" Riak kerisauan itu memang jelas dimuka. Zara juga membuat muka risau disebelah Hakimi.

"Saya okey je. Jap kenapa saya boleh sampai sini?" Kepalanya juga beransur pulih.

"Awak pengsan tadi." Sahut Zara. Hakimi pula sudah memanggil doktor tadi.

"Doktor cakap apa pasal saya?" Tanya lagi Aini.

"Okey cuma doktor kata awak perlu rest beberapa hari dulu. So esok awak tak perlu turun kerja." Aini sekadar mengangguk perlahan. Tak apa lagipun esok tak ada hal penting pun.

Doktor dan Hakimi serentak pula masuk ke dalam bilik pesakit ini. Setelah doktor selesai memeriksa keadaan Aini. "Jangan risau awak dah boleh keluar nanti." Doktor itu hanya senyum kepada Aini.

"Terima kasih doktor." Kata Hakimi sebelum doktor itu menyambung tugasnya yang lain.
......

Sejak balik hospital ni. Aku hairanlah. Kenapa muka Hakimi masam je. Dia marah kat aku ke? Ke aku yang overthink. Biasalah perempuan kan.

Dah tiga jam kot. Apa ni!? Aku menangis kat sini nanti. Ha. Zara okey je apesal Hakimi pula macam tu.

'Oh my dear crush my husband, why you like that?' Sempat Aini berbicara pada hatinya.

Aku panggil dia pandang sebelah mata je. Macam. APAKAH!? Mujurlah suami kan, kalau tak memang aku tendang hingga ke bulan kelak. Tak pe tak pe sabar. Sabar lu.

Tutup sahaja pintu bilik Aini terus menahan tangan Hakimi yang berada dihadapannya.

"Awak okey tak ni?" Tanya Aini. Dah tau tanya lagi. Lain yang ingin dicakap lain pula yang disoal. Nervous tau tak.

"Hm" Itu je!? Cubaan sekali lagi.

"Awakk.. Awak kenapa ni?" Suara dilembutkan. Masih senyap. Hah malasku gik.

Aini terus berlalu pergi. Namun tiba-tiba seseorang memeluknya dari depan. Lidah Aini menjadi kelu. Jantungnya berdebar hebat. Semakin dia tidak menjangkakan ialah Hakimi menangis. Esakan tangisan sangat kuat ditelinganya.

Perlahan-lahan tangan Aini bergerak menggosok perlahan belakang bahu untuk menenangkan Hakimi. Air mataku juga turut ingin keluar tanpa aku sendiri sedar. Weyh apsal aku pula yang nangis sekali ni. Aaaaaa...

Setelah lama kami berkeadaan begitu. Pelukan dilepaskan akhirnya. Mata Aini melihat terus ke arah mata Hakimi. Tangannya mengesat air mata di wajah Hakimi.

Sedar akan tindakan sendiri yang dilakukan tanpa pengetahuan diri. Aini menjarakkan jarak antara dia dan Hakimi.

"Sorry. Tadi cuma automatik tangan saya haha." Kata Aini terus dia berlalu pergi masuk ke tandas. Sampai sahaja ditandas, Aini terus memegang pipinya.

'Aaaa.. malunya..' Jerit hatinya.

Hakimi tanpa sedar mengukir senyuman.

Bersambung.....

*Ahak. Belum habis ya sekalian. Masih lama lagi ni. 😢😢

Bertemu Kembali Crush Sekolah✔Where stories live. Discover now