16

86 12 0
                                    

'Kenapa gelap sangat dalam ni?'
'Ada orang ke dalam ni? Assalamualaikum.'

Semakin maju dia kehadapan. Semakin tubuhnya menggigil kesejukan. Terasa berada di lembah gua ais. Kakiku semakin membeku. Serupa seperti suasana di cerita Frozen II, Elsa terperangkap di lembah gua.

Tsk tsk. Tsk tsk.

Siapa yang menangis tu? Kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan.

Cahaya yang tiba-tiba hadir menyinari suatu kawasan. Perlahan-lahan langkah disusun ke sana. Mata dikecilkan sedikit.

Silaunya. Tsk tsk. Tsk tsk.
'Kenapa orang tu menangis?'

Bongkah ais? Kenapa tak da pintu? Siapa berada di dalam tu? Tangan terus menerus mengetuk bongkah ais yang merupakan punca cahaya di ruang ini.

Bunyi tangisan itu mula berhenti. 'Tolong aku. Lepaskan aku.'

Lepaskan dia. Siapa dia?
'Akulah engkau dan engkau adalah aku. Hanya..'

"Oi. Bangun oi. Nak Subuh dah." Itu suara Hakimi.

Mata dibuka perlahan. Terasa badan digoncang.

"Saya kat mana ni?" Kata Aini mamai.

"Awak kat bilik saya lah. Dah pergi bangun. Cuci muka ke. Awak masih mamai ni." Sambil tangannya memimpin Aini ke tandas.

Mamai macam ni memang berisiko tinggi untuk kepala terhantuk dinding sebab terjumpa pintu almari baju. Kalau tak pun, tak jumpa pintu. Dah terhantuk mulalah salahkan dinding.

"Ha. Dah sedar dah?" Terhinjut bahu Aini. Ingatkan dah keluar tadi.

"Terkejut saya." Tangan Aini spontan mengurut dada. Mujur tidak sakit jantung. Alahai dia ni.

"Eleh macam tu pun terkejut." Selamba je dia kata macam tu. Nak je aku cekik dia.

"Awak berdiri kat sini buat apa? Nak guna tandas?" Soal Aini lurus.

Hakimi hanya menggeleng kepala.

"Habis tu?"

"Saya cuma nak pesan. Cepat sikit siap. Solat Subuh jemaah nanti."

"Oh okay. Awak pergilah keluar dulu."

Nampaknya perkahwinan mereka bermula dengan baik. 'Elok lah tu' kata orang tua.

.........

Merenung keluar jendela.
Melihat kebesarannya..

Lagu yang dipasang memenuhi ruang kereta. Zara disebelah sudah tidur. Sebab tulah senyap sunyi je Aini memandu. Kalau tidak memang lagu ditenggelami dengan suara Zara.

Hakimi pula memandu kereta Viosnya. Tidak perlu dicari sebab memang dia laju lagi daripada Aini.

Selepas beberapa jam di jalan raya. Akhirnya tiba juga di rumah.

Kereta Hakimi sudah pun diparkir di perkarangan rumah. Mujurlah tadi ada bagi kunci pendua untuk Hakimi.

Dengan baik hatinya Hakimi tolong kami angkat beg. Nak peluk boleh hahah. Cair sangat tengok dia gentleman.

"Awak dah makan ke?" Tanya Aini sambil tangannya memunggah beg masuk ke dalam bilik dia dan suaminya, Hakimi.

"Dah tadi. Awak makanlah, saya dah masak. Tengok je kat atas meja makan. Saya nak rehat jap." Perlahan Hakimi berbaring di atas katil. Adoi selesanya.

"Okay." Aini terus melangkah ke dapur. Apa yang dilihat adalah seorang perempuan sedang melahap kat situ.Zara!

Uish berseleranya. Sedap sangat ke? Aku kena rasa ni, masakan Hakimi. Tak shabar pula aku.

Satu suapan yang singgah ke deria rasaku membuatkan aku tersenyum. Sedap! Haha tak sangka. Lain kali suruh dia masak je lah. Hihi.

......

Berapa hari tinggalkan rumah, agak berdebu juga. Bersama badan yang penat digagahkan juga untuk mengemas rumah. Mujurlah ada pembantu 2 orang ni yang sudi menolong. Kemain ayat hahahah.

Selepas menunaikan solat Asar berjemaah. Kami menyambung tugas kami masing-masing. Hakimi pula sudah keluar untuk ke membeli barang dapur yang hampir kehabisan stok. So tinggal Aini keseorangan dirumah. Zara nak ikut dan Aini pula malas nak keluar.

Cucur sayur digoreng sebagai menu minum petang hari ini. Tidak dilupakan juga air teh panas. Slurp. Hm cukup manis.

Sudah siap menghidang minum petang. Makanan ditutup dengan penutup meja di dapur. Serentak kereta Hakimi pula sampai.

'Tepat pada waktunya' bisik hati Aini. Kedatangan Hakimi dan Zara disambut kecil-kecilan. Barang-barang yang dibeli diangkut masuk ke dalam rumah.

"Nah. Minum petang dulu." Pinggan berisi cucur dan seteko air teh dibawa ke atas meja ruang tamu.

Bersambung...

*Dah nak habis dah ke? Sis pun tak tau. Hahah. Allright. Nantikan bahagian seterusnya. K bye. Enjoy your reading.

Bertemu Kembali Crush Sekolah✔Where stories live. Discover now