Akhirnya aku sampai di perkarangan Kolej Sains Sinar. Bersama aku ialah Ashraf Park, si mamat tinggi lampai dan bertelinga capang yang sibuk mengangkut beg bagasinya yang begitu besar.
"Aku dah lama biasa kalau tinggal dekat asrama ni. Dah lima tahun aku tinggal asrama sejak aku sekolah kat MRSM Kinarut lagi,"kata Ashraf sambil menukar posisi dengan mengheret bagasi itu.
Apabila kami berdua sudah sampai di kaunter pendaftaran, kami ditempatkan di asrama lelaki blok D. Asrama ini terletak jauh dari kawasan surau dan gelanggang bola keranjang serta berdekatan dengan kawasan hutan kecil yang sedikit tebal.
Setelah mendapatkan nombor bilik, akhirnya aku membawa kelengkapan aku sambil dibantu oleh Ashraf. Kami berdua terus menaiki tangga ke aras empat di dalam blok itu lalu masuk ke dalam sebuah bilik yang kosong.
Aku sempat mengerling ke arah nombor bilik itu.
Bilik 12.
Nampaknya bilik ini sangat selesa untuk aku, Ashraf dan dua orang rakan sebilik aku yang lain iaitu Brandon Byun serta Edison Huang tinggal di dalamnya.
YOU ARE READING
(C) Tingkat Empat | OSH
FanfictionTinggal di tingkat empat di sebuah asrama yang berpenunggu. Mampukah aku survive? thanks to @cocokies for the beautiful cover ♡♡♡ GENRE: HORROR