"Kau gila?"kata Ashraf sambil mengerutkan sebelah keningnya.
"Issa truth dude!"Brandon meninggikan suaranya.
Masing-masing terpempan. Tidak percaya akan kata-kata seorang kawan yang menganggap perkara seperti agama satanisme, teori konspirasi Illuminati, kewujudan Freemason dan rahsia Area 51 yang kononnya disembunyikan daripada kerajaan Amerika Syarikat sendiri sebagai suatu hal yang remeh serta gurauan semata-mata.
Pengaruh berkawan dengan budak-budak gila teori yang tinggal di blok A nampaknya. Memang sahlah Brandon ni pun ikut gila dengan diorang.
"M-macam mana kau tau yang darah tu digunakan sebagai bahan ritual?"tanya Edison dengan gagap.
"Aku dapat tau dari Asyreen sendiri. Kakak dia yang tinggal di blok ni dulu tapi bukan di bilik larangan tu,"kata Brandon.
Kami semua hanya melopongkan mulut tanda meng'oh'kan katanya.
"Asyreen ada cerita apa-apa tak pasal bilik ni?"tanyaku kepada Ashraf.
Ashraf mengangguk.
"Dia cakap...bilik tu pernah dihuni oleh empat orang pelajar yang gilakan perkara mistik. Salah seorang daripada penghuni bilik tu ada beli papan Ouija dari Dark Web. Katanya diorang beli benda tu untuk tujuan suka-suka saja...sebagai hiburan,"kata Ashraf panjang lebar.
"Lepas tu? Lepas tu?"tanya Edison dengan teruja.
"Lepas tu-"
PRASHH!
Kami semua berpaling ke luar bilik.
YOU ARE READING
(C) Tingkat Empat | OSH
FanfictionTinggal di tingkat empat di sebuah asrama yang berpenunggu. Mampukah aku survive? thanks to @cocokies for the beautiful cover ♡♡♡ GENRE: HORROR