T420

77 12 24
                                    

Walaupun kami tidak dapat melihatnya secara jelas, kami percaya Ashraf memang ada deria keenam. Bahkan lelaki itu juga sering termenung lama ke arah pintu bilik setiap kali waktu tengah malam menjelma.

Pernah juga aku nampak muka dia berubah pucat masa kami lalu di belakang surau tempoh hari.

"Weh kau nampak apa tu? Asal muka kau lain macam je ni?"tanyaku kepadanya.

Ashraf hanya terus kaku.

"Ash? Ash?"aku melambai tepat ke arah wajahnya.

"Ash?"kataku lagi.

Dengan perlahan-lahan, jari telunjuk lelaki itu menuding ke arah sebatang pokok mangga yang rimbun berdekatan dengan longkang surau itu.

"Apa kau ni?"tanyaku lagi dengan kerisauan.

"Benda tu...benda tu...a-aku nampak pompuan beb...pompuan dengan kain putih tengah dukung anak,"katanya dengan suara yang tersekat-sekat.

"Hantu?"aku menoleh ke arah tempat itu namun tidak ada langsung.

Ashraf pula hanya mendiamkan diri sambil berjalan meninggalkan aku.

"Weh tunggu!"aku terus mengejarnya sehingga ke kawasan asrama.

Dengan langkah perlahan-lahan, kami mengekori Ashraf yang terlalu yakin untuk masuk ke dalam bilik itu.

Baru sahaja kami ingin masuk ke dalam bilik itu, tiba-tiba kami terdengar lagi bunyi lolongan yang begitu kuat sehingga menggegar keseluruhan blok asrama.

Ramai pelajar yang keluar dari bilik mereka masing-masing sambil memeriksa apa yang telah berlaku.

Mataku tertancap pada pintu bilik 4 yang sudah terbuka.

Suasana menjadi kacau-bilau apabila pelbagai gangguan yang berlaku di blok ini. Dalam kekalutan itu jugalah Ashraf menarik tangan aku lalu membawa aku turun.

"Kau nak bawa aku ke mana ni?"tanyaku dengan panik.

"Panggil ustaz! Roh yang tidak tenang tu dah datang ganggu kita semua!"kata Ashraf.

Ashraf melepaskan genggaman tangannya.

"Roh mana ni?"tanyaku lagi.

"Roh penghuni yang terbunuh di bilik 4 gara-gara ritual pemujaan syaitan tu dulu! Roh mereka dah terlepas dengan semangat-semangat jahat sebab diorang nak datang ganggu siapa-siapa saja yang datang ke situ!"kata Ashraf.

"Aku tau siapa yang ganggu diorang,"kataku.

"Siapa?"

"Kita berempat! Kau tak ingat ke yang kau bawa kitorang kat situ dulu?"

"Itu semua salah kau lah!"

"Salah kau!"

"Salah kau siot!"kata Ashraf.

Kami terus berbalah sehingga kami terserempak dengan Ustaz Amran, guru pendidikan islam di kolej ini.

(C) Tingkat Empat | OSHWhere stories live. Discover now