T411

75 14 11
                                    

"Kau ingat ada orang mandi dekat sebelah tu?"tanya Asyreen lagi.

"Mengaranglah tu. Heh!"Ashraf pula sudah menggulingkan matanya.

Aku mengangguk laju. Lantas, tangan Edison ku alihkan dengan segera apabila lelaki cina itu terus memeluk lenganku dengan kuat.

Gay ke apa? Geli aku.

"Boleh tak kau diam Ash?"kata Brandon dengan tajam.

"Boyeh tak kau diyem Esh? Huh!"ajuk Ashraf dengan jengkel lalu keluar dari bilik kami.

Maggi cup yang telah habis dibiarkan sahaja oleh lelaki capang itu.

"Dia memang macam tu. Telinga kuali betul,"sindir Asyreen yang sudah lali dengan perangai sepupunya sendiri.

Kami bertiga hanya mengeluh sahaja sementara Edison masih memeluk lututnya kerana terlalu takut.

~~~~

Aku membaringkan diri di atas katil sambil mata ralit pada skrin telefon bimbit. Permainan video Mobile Legends dimain pada skrin sambil jari rancak menggerakkan semua controller pada game itu.

Item demi item dibeli sehingga cukup untuk aku carry semua teammate aku yang kebanyakannya mempunyai rank grandmaster dari negara jiran.

Setakat grandmaster aku tak kisah. Rank aku dah naik Mythic dah.

"Assalamualaikum ya penduduk bilik,"kata Ashraf dengan selamba sambil menapak masuk ke dalam bilik.

Kedua belah tangannya diselukkan ke dalam poket seluar sambil matanya memandang tajam ke arah kami satu-persatu.

Lain macam je mamat tiang ni.

"Ko pahal?"kata Brandon.

"Weh korang!"tanpa membuang masa, lelaki itu terus duduk di tengah-tengah lantai bilik kami.

Tangannya melambai cepat untuk menyuruh kami duduk bersamanya secara bulatan.

"Aku ada cerita yang best gila harini!"kata Ashraf dengan teruja.

Dengan serta-merta keningku terangkat tinggi apabila mendengar kata-katanya.

(C) Tingkat Empat | OSHWhere stories live. Discover now