Aku membaringkan diri di atas katil sambil melihat Edison sedang sibuk mengecas telefonnya. Ashraf pula sedang khusyuk memetik gitar manakala Brandon sudah hanyut dibuai mimpi.
Aku lihat bantal milik lelaki yang bertubuh pendek dariku itu mula berpeta dengan liurnya sendiri.
Dalam keheningan pada petang itu, aku terdengar bunyi ketukan pintu yang perlahan.
Tok, tok, tok...
Aku bangun lalu membuka pintu.
Tiada sesiapa di situ.
Siapa yang ketuk pintu bilik ni?
"Kenapa tu Shahri?"tanya Edison sambil matanya khusyuk pada skrin telefon.
"Siapa pula yang ketuk pintu ni tadi? Dahlah ketuk, pastu lari pula?"gumamku kehairanan.
"Ada orang ketuk pintu ke tadi?"tanya Ashraf sambil meletakkan gitarnya.
"Ha'ah. Kau tak dengar ke? Ke kau belum bersihkan lagi telinga kau tu?"tanyaku dengan nada sarkastik kepada Ashraf.
"Bukan...tapi kitorang langsung tak dengar,"kata Edison.
"Ya,"Brandon yang terbangun hanya mengiyakan kata-kata Edison.
Aku merenung mereka dengan hairan.
"Korang semua tak dengar ke? Kuat sangat kot bunyi tu."
Dengan serta-merta, riak wajah mereka berubah.
"Eh, kitorang tak tau pula ada orang ketuk pintu tadi! Seingat aku kita semua diam je,"kata Ashraf.
"Ha'ah. Lagipun tak ada lah orang yang nak main ketuk-ketuk kat pintu tu tadi. Kau demam ni aku tengok,"kata Brandon.
"Taklah,"aku menggeleng sambil memegang dahiku yang biasa sahaja.
Tapi, siapa yang ketuk pintu tu tadi?
YOU ARE READING
(C) Tingkat Empat | OSH
FanfictionTinggal di tingkat empat di sebuah asrama yang berpenunggu. Mampukah aku survive? thanks to @cocokies for the beautiful cover ♡♡♡ GENRE: HORROR