Disebabkan kejadian malam sebelumnya, aku tidak dapat hadir ke kuliah kerana mengalami demam panas. Penangan tandas itu membuatkan selera makanku hilang dan tidurku tidak lena.
"Kau tak nak sarapan ke?"tanya Ashraf kepadaku sebaik sahaja dia selesai berpakaian.
Aku hanya menggeleng. Tak ada selera.
Edison yang sedar akan perubahan sikapku terus duduk di sebelahku sambil meletakkan tangannya pada dahiku.
"Kau demam ni. Kau patut rehat bro,"bibir kucing itu terus berbicara.
Brandon dan Ashraf yang menyusul selepas Edison masing-masing mendapatkan tempat duduk mereka di atas katil aku. Sambil-sambil itu, kepala mereka terus terteleng memerhatikan aku yang tidak bermaya pada hari itu.
"Kau sakit ke?"tanya Brandon.
Aku hanya mampu mengangguk. Lidahku kelu dan aku tidak dapat berbicara kerana terlalu sakit.
"Dahlah. Rehatlah ea? Nanti kitorang tapaukan makanan untuk kau,"Ashraf menyandang beg pada bahunya lalu menapak keluar dari bilik diikuti dengan Brandon dan Edison.
"Bye Shahri,"ucap Brandon sebelum pintu bilik ditutup.
Kini, tinggal aku sendiri lagi di sini.
YOU ARE READING
(C) Tingkat Empat | OSH
FanfictionTinggal di tingkat empat di sebuah asrama yang berpenunggu. Mampukah aku survive? thanks to @cocokies for the beautiful cover ♡♡♡ GENRE: HORROR