T419

75 12 31
                                    

"Shahri!"

Aku mencelikkan mata dan aku mendapati diriku kini berada di atas katil semula. Aku meraup kasar wajahku lalu menjeling ke arah jam tangan yang diletakkan di atas meja.

Jam 12:07 tengah malam.

12 tengah malam? Apa yang dah jadi tadi?

Aku mimpi rupanya. Allahuakbar.

Aku meraup kasar rambutku ke belakang sambil mendengus kasar.

Eh kejap-

Siapa panggil aku tadi?

Katil di sebelah kujeling. Katil milik Edison.

"Ed?"aku menegur Edison yang sedang duduk memeluk lutut membelakangi aku.

"Weh, aku tegur kau ni. Kau tak dengar ke siot?"aku menyindirnya.

Namun, lelaki itu tidak menjawab. Sebaliknya bunyi tangisan yang sayup-sayup sahaja kedengaran keluar dari mulut lelaki itu.

"Edison? Edison?"aku menyentuh bahunya perlahan-lahan.

Tiba-tiba, lelaki itu berpaling memandangku sambil membesarkan matanya. Wajahnya berubah menjadi makhluk yang menyeramkan.

Makhluk itu melolong kuat sambil cuba menerkam aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Makhluk itu melolong kuat sambil cuba menerkam aku. Tetapi aku berjaya melepaskan diri dan lari dari bilik itu.

"Tolong! Tolong!"aku segera berlari keluar dari bilik lalu membuka pintu.

Kelihatan Edison, Ashraf dan Brandon yang berada di tidak jauh dari aku. Mereka memandang aku dengan begitu kehairanan.

"Kau dah kenapa Shahri?"tanya Edison.

Aku tidak mempedulikan pertanyaannya malah terus memeluk lelaki itu.

"Edison! Sini rupanya korang! Korang pergi mana?"tanyaku.

"Kitorang ada kelas malam tadi,"kata Brandon sambil membawa buku Biologinya.

"Ouh...okay,"gumamku.

"Kau dah kenapa Shahri?"Ashraf menjongketkan sebelah keningnya.

"Aku ingatkan korang semua tidur weh tadi. Aku ada nampak sorang makhluk ni muka dia macam Edison tidur sebelah aku lepastu aku ada mimpi yang makhluk sama rupa macam Asyreen tiba-tiba nak jampikan aku dengan jampi Jawa. Pastu aku ada nampak lagi hantu dalam mimpi tu,"kataku dengan cemas.

Aku melihat Ashraf sudah berubah riak wajah yang aneh.

"Kau kenapa Ash?"tanya Brandon.

"Aku nampak something,"gumamnya perlahan.

Riak wajah kami berubah.

"...benda tu ada kat dalam bilik kita. Dia duduk di atas katil kau Shahri,"bisik Ashraf lagi.

Aku merenung ke arah tingkap bilik kami yang terbuka itu.

Tidak ada apa-apa pun di situ.

"Kau serius ke ni? Tak ada apa-apa pun dekat situ,"kataku kepada Ashraf.

"Benda tu masih ada lagi di situ,"nada suara Ashraf mula bergegar.

Aku lihat Edison sudah mula takut. Brandon pula meneguk air liur yang tersangkut di tekak.

(C) Tingkat Empat | OSHWhere stories live. Discover now