T409

77 15 15
                                    

Mereka semua tak percaya cerita aku. Mereka kata aku reka cerita. Siap ejek aku lagi.

Ashraf menepuk kuat bahuku sambil ketawa.

"Kau ni asyik mengarang je,"katanya sambil ketawa terbahak-bahak.

"Betul lah!"aku cuba mempertahankan kebenaran tetapi mereka mempalaukan aku.

Semua orang tak nak percayakan aku.

Ataupun aku memang istimewa?

~~~~

"Korang nak tau satu cerita tak?"kata Asyreen Kim, rakan sekelas kami yang berkulit gelap itu.

"Apa dia?"tanyaku.

"Ramai orang cakap kawasan ni berhantu."

Kata-kata Asyreen itu membuatkan selera kami berempat semasa memakan maggi kari mati.

"Tempat ni b-berhantu?"tanya Ashraf dengan takut.

Asyreen mengangguk.

"Senior yang cakap,"kata lelaki berkulit gelap itu lagi.

Aku hanya mendiamkan diri manakala Brandon terus ternganga. Sementara Edison pula terus menghabiskan mi segera itu.

"Kalau kau nak tau, kawasan ni ada penunggu tau. Bilik yang korang tinggal sekarang tu pernah kena huni oleh seorang pelajar perempuan. Tapi sayang dia dah bunuh diri dengan menggantung diri di siling di atas kau tu,"kata Asyreen sambil menudingkan jarinya pada siling di atas kepalaku.

Mataku terbuntang luas apabila aku mendongak dan melihat siling yang berdarah itu.

(C) Tingkat Empat | OSHWhere stories live. Discover now