T421 (Last Part)

96 14 41
                                    

"Itulah lain kali jangan pandai-pandai nak cuba buka bilik larangan tu. Kalau bencana karang, siapa yang susah? Kamu semua juga kan?"Ustaz Amran mula berceramah kepada kami berempat.

"Baik ustaz,"kata kami sambil mengangguk perlahan.

"Dah. Dah. Sekarang ustaz nak pelajar muslim yang volunteer untuk azankan setiap bilik di sini,"kata Ustaz Amran sambil melihat ke arah beberapa orang ustaz dan pengamal perubatan islam yang dipanggil oleh pihak kolej sedang 'membersihkan' bilik larangan itu.

Tanpa membuang masa, aku dan Ashraf terus berlari untuk berebut bilik masing-masing sambil bertolak-tolakkan di antara satu sama lain sehingga kami hampir terjatuh.

"Heh! Macam budak-budak,"marah ustaz kepada kami.

Aku dan Ashraf hanya tersengih lalu terus mengazankan setiap bilik di dorm itu bersama pelajar lelaki muslim yang lain sehingga selesai.

~~~~

Sejak dari kejadian itu, kami berempat mengambil keputusan untuk berpindah ke blok asrama yang lebih selamat iaitu Blok F yang terletak berdekatan dengan bangunan akademik.

Memandangkan aku akan mudah jatuh sakit jika diganggu oleh makhluk halus sekali lagi dan Edison pula terlalu takutkan hantu, ini memang keputusan yang bijak untuk kami berpindah keluar dan hidup dengan lebih aman.

Ketika aku sedang sibuk menjemur kain, aku terlihat Ashraf sedang melukis sesuatu.

"Apa kau lukis tu?"tanya aku sebaik sahaja selesai.

Ashraf hanya tersenyum sambil menunjukkan lukisannya.

"Tadaaa!"

Dengan serta-merta, mataku membulat.

Bukan kerana lukisan aku sedang menjemur kain dilukis olehnya. Tetapi, kelibat bayang-bayang hitam yang bertenggek bersebelahan denganku sambil tersenyum lebar.

"K-kau biar b-betul Ash...ni siapa ni?"tanyaku dengan rasa takut.

"Inilah kawan aku!"katanya dengan teruja.

Aku yang mula menggelabah terus berlari ke arah katil sambil menekupkan muka pada bantal.

"HALUU PULIS! ADA ORANG GILA DEKAT SINI!"jeritku.

Ashraf hanya ketawa sambil terus melukis bayang-bayang itu.

"Aku main-main je lah,"gumamnya.

Kemudian, dia memandang kosong ke arah dinding simen sambil mengawang-awangkan tangannya ke hadapan.

"Kan bro?"katanya kepada sesuatu 'benda' yang tidak muncul pada pandangan mata itu.

Sah, Ashraf nak kena hempuk ni!

'Mereka' sentiasa ada di mana-mana dan hidup bersama kita.

The End
Just a short story hihi.

Sedikit Penerangan
1. Blok D masih dibuka lagi tapi Shahri dan semua roommate dia saja yang pindah sama-sana dengan Asyreen dan roommate yang lain.

2. Bilik nombor 4 sudah dibersihkan daripada roh jahat dan papan Ouija yang masih ditinggalkan di dalam bilik itu sudah dimusnahkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

3. Benda-benda ew (korang tau-tau je lah) sudah dilupuskan oleh makcik tukang sapu. Haa habis tu siapa lagi? Takkan mamat jambu yang geli darah pula? Ok gurau

4. Blok F ialah blok asrama yang paling selamat dan kurang gangguan (walaupun Ashraf masih dapat tengok 'benda' tu)

Okay, itu sahaja penerangan bagi yang tak faham dengan cerita ini. Terima kasih kerana membaca! ❤


6 June 2020
7:40 p.m.
Saturday

(C) Tingkat Empat | OSHWhere stories live. Discover now